Rabu, 20 Julai 2016

SUDAHKU TAHU versi RAYA - Projector Band

Ramai dah dok bercakap tentang lagu SUDAHKU TAHU RAYA ni, tapi baru hari ni kerkesempatan untuk dengar. Maklumlah, kalua dah balik kampong tu, line pun tadak apalagi nak nengok yutiyub bagai kan…jom kita dengar sesame;


SUDAHKU TAHU versi RAYA - Projector Band



Tapi kan, kalau dah raya tu, memang nak dengar lagu raya je huhuhuhu tadak maknanya lagu cenggini buat versi raya. Sekali dengar bolehlah…nak dengar berkali-kali tu tidak kot huhuhuhu.

Selasa, 19 Julai 2016

Dilema Rumah Terbuka



Dah habis raya ke?

Mana bulih, belum cukup sebulan ni huhuhu kalau hujung minggu beraya sakan rumah kawan-kawan dan sanak saudara hingga jem serata ceruk negeri Selangor dan Kuala Lumpur, tengah minggu pulak meriah dengan sambutan raya di pejabat pulak. Pejabat tu buat ofis terbuka, pejabat ni buat jamuan raya, pejabat ambo je tadak jamuan bagai…tadak bajet katanya!

Elok juga buat pejabat terbuka sambutan aidilfitri. Musim lepas raya ni ramai orang ikat perut selepas berhabis sakan musim Syawal balik kampong lepas. Kalau belanja tak sakan pun, tetap juga habis. Tetap juga korek tabung senak perut nak tunggu musim gaji. Jadinya, bila ada pejabat terbuka ni, bolehlah makan sedap-sedap lagi walaupun poket dah kering. Duit cukup-cukup untuk isi tangki minyak dan beli susu anak je.

Namun, bila sepanjang bulan ni asyik ada rumah terbuka, pejabat terbuka sepanjang masa, bila masanya nak puasa 6? Dilemma betul. Puasa bulan Syawal ni memang dugaannya lebih hebat dari puasa Ramadhan. Serba salah pun ada. Tak pergi rumah terbuka kang, pendek silaturrahim pulak katanya. Kalau pergi rumah terbuka tetapi berpuasa kang, kecik hati pulak tuan rumah. Serba tak kena jadinya.

Apa-apapun, selamat jalani ibadah puasa 6 dan kunjungi rumah terbuka. 

Ambo belum makan lemang lagi ni. Lemang nismilan lebih sedap ditekakku. Ada orang nismilan buat lemang tak? Mintak sebatang!

Isnin, 18 Julai 2016

Hargai Ibu Bapa Selagi Mereka Masih Ada

Ini adalah Iklan Hari Raya Aidil Fitri 2016 terbaru yang sungguh menyentuh perasaan daripada Candy Factory Studios. Wajib ditonton. The best ads! Unexpected climax! This a very touching, meaningufl and heartfelt 2016 Iklan Raya / Eid al-Fitr TV Commercial from Candy Factory Studios Webfilm titled "Penantian" (Malay Language Without Subtitles). Please visit their website at www.candyfactorystudios.com.my



Mata masuk habuk tak?
Hebat kan makcik dan pakcik ni berlakon. Menusuk kalbu!

Jumaat, 15 Julai 2016

Sedih Cucu Tak Jadi Balik Raya

Bila anak cucu tak jadi balik beraya, kesiannya;



Kasihan atok, merindu. Cuti beku, atok...nak buat macam mana. Redha ajelah.

Itulah pengorbanan ramai pekerja di malaysia. Jururawat, doktor, tentera, polis, bomba. Kita yang mudah dapat cuti ni, bersyukur sangat-sangat mak ayah tak punah harapan kat tengah jalan macam ni.  Setiap tahun balik juga beraya walaupun terpaksa menempuh jam berbelas jam. Paling tidak, beraya juga kita bersama keluarga di kampung halaman.

Khamis, 14 Julai 2016

Hadiah Kereta Untuk Abah

Alaaaaaa syahdunya iklan raya NAZA Hari Raya 2016 - Aidilfitri yang amat bermakna ni;



Bertuahnya mak dan abah dia…dapat kereta NAZA musim raya cenggini. Mmmmm kalau mampu bagi hadiah macam ni pun ok jugak. Sangat ok lah kan.