Isnin, 4 Julai 2016

Selalu Di Hati, Iklan Raya MYDIN Malaysia 2016

Iklan raya MYDIN Malaysia diinspirasikan dari kisah benar katanya. Jom kita hayati;



Ya, bila dah kehilangan…baru kita rasa macam mana peritnya rasa itu. Belajarlah untuk lebih menghargai pada Syawal yang mulia ini.

Ahad, 3 Julai 2016

Erti Raya, Iklan Raya Maghfirah 2016

Apa ertinya hari raya?
Tiap orang ada erti yang tersendiri.



Sementara masih ada mak ayah, moh lah kita balik kampong raikan Hari Raya bersama mak ayah.

Sabtu, 2 Julai 2016

Rumah Untuk Abah


Masa kecik-kecik, dia tengok kesusahan ayah dan berazam untuk beli rumah untuk ayah dan mak. Dia belajar masuk U, tapi, bila dia kahwin tanpa restu, dia dihalau dari rumah.



Itulah makna hari raya.

Mmmmm sendu jugaklah. Walaupun tak jadi kat ambo, tapi terkesan sebab berlaku kat orang yang terdekat. Apa-apa jadipun, ibu bapa tetap betul. Kita tetap anak.

Jumaat, 1 Julai 2016

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Ketika entri ni kalian baca (kalau baca waktu diterbitkanlah, kalau baca petang tak aci tau!), maka ketika ini ambo dah pun berada entah tengah hutan belantara mana. Hah? Apasal pulak? Cari buluh nak buat lemang ke?

Hari ni, insha Allah sebelum subuh ambo akan mula gerak untuk balik kampong halaman di negeri paling miskin nun. Maklumlah, negeri miskin, jadi kena gerak awal-awal pagi sebelum subuh. Cadangnya akan bersubuh di Genting Sempah, kalau TERlambat sikit turun, akan subuh di Gombak.

Balik Kampung – Sudirman Arshad



Ishhhh! Memang ambo akan turun dari rumah awal-awal pagi sebab nak elak jem orang pergi kerja di Pandan dan Ampang. Jadi kalau berjaya lepasi dua tempat ni sebelum berlaku kesesakan, satu nikmat tak terhingga tau. Bolehlah jimat masa sikit...errr, bukan sikit masa dijimatkan, tapi banyakkkkkk!

Jadinya, sempena Ramadhan yang kian ke penghujungnya dan Syawal yang kian menghampiri, ambo ambil peluang menyusun 10 jari memohon maaf zahir batin andai sepanjang kita bermesra di blog dan FB, ada gurau senda ambo melampaui batas, ada sindir pesan ambo yang menyakitkan hati. Ambo hanya insan biasa sahaja.

Andainya, ambo masih lagi ada TERhutang dengan sesiapa yang belum bayar, lupa nak bayar, tak ingat nak bayar, mohon tuan empunya diri hubungilah ambo dan beritahu. Insha Allah ambo akan bayar dengan kadar segera, sebab ambo tak mau mati dalam keadaan berhutang.

Kepada semua, semoga selamat sepanjang perjalanan balik ke kampong halaman. Pandulah dengan selamat, berhati-hati di jalan raya. Kampung tak lari pergi mana eh, ingatlah keluarga tersayang.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Khamis, 30 Jun 2016

Pelepasan Berkerja Pada 8 Julai 2016 (Jumaat) Sempena Hari Raya Aidilfitri




TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA di facebooknya telah buat pengumuman tentang PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA 8 JULAI 2016 (JUMAAT) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI kepada penjawat awam persekutuan. 


Berikut adalah Salinan pengumuman tersebut;


Dr Ali Hamsa·Thursday, June 30, 2016
PELEPASAN KHAS DARIPADA BERTUGAS PADA  8 JULAI 2016 (JUMAAT) SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI  
Sukacita saya memaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada hari Jumaat, 8 Julai 2016 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai 2016.

Walau bagaimanapun, pelepasan khas daripada bertugas ini tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada hari Selasa, 5 Julai 2016.   Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan ini daripada penjawat awam khususnya CUEPACS.  

Sehubungan ini, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan Kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi Jabatan dan Agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidil Fitri.  Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di Jabatan dan Agensi masing-masing.      

(TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA)   
Ketua Setiausaha Negara    
30 Jun 2016 


Jelas kan?
Jadi, doa-doalah Hari Raya Aidilfitri jatuh pada tarikh 6hb Julai untuk dapat cuti raya panjang sehari huhuhuhu