Khamis, 23 Oktober 2014

Serpihan MH370 Ditemui Di Pantai Indonesia?

Hari ini, satu Serpihan dipercayai bangkai pesawat dilaporkan ditemui di pantai Indonesia. Pihak berkuasa masih belum mengesahkan sama ada ia adalah daripada pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang itu.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata, serpihan yang terapung tersebut mungkin telah hanyut menjauhi perairan Barat Australia dan menuju Indonesia.

Kemungkinan tetap ada. Serpihan itu mungkin dihanyutkan ke perairan Indonesia di bawa arus tetapi pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkannya. Operasi pencarian dasar laut kini sedang dijalankan di sebalah barat perairan Australia, iaitu zon yang dikenal pasti oleh pasukan penganalisis. Menurut ATSB, ketika pesawat MH370 melalui zon tersebut, ia dipercayai telah kehabisan bahan api dan mula terbang rendah.

Fasa baharu pencarian dasar laut MH370 telah dimulakan bulan ini dan setakat ini melibatkan kawasan seluas 1,200 kilometer persegi. Kapal GO Phoenix yang disewa Malaysia dalam misi tersebut kini meneruskan operasi selepas ia singgah di Pelabuhan Fremantle Port di Perth untuk mengisi minyak Selasa lalu. Kapal tersebut dilengkapi jentera pengesan dasar laut cangggih iaitu 'ProSAS' yang mampu menjalankan pencarian sehingga kedalaman 6,000 meter dan meliputi kawasan seluas 194 kilometer persegi sehari.

Semoga misteri ini terjawab akhirnya. Doakan semuanya berakhir dengan segera. Perasaan memang sangat terdera. Jasad pun entah di mana, kotak hitam lagi lah susah nak jumpa. Dalam masa orang dok kalut mengesan MH370 tu pun, ada jugak penyangak kebas wang mangsa MH370. Tadak hati perut betul!

Rabu, 22 Oktober 2014

Selamat Pengantin Baru TMJ

Wahhhhhh!!! TMJ Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21. Istiadat pertunangan dan pernikahan TMJ-Cik Khaleeda itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi. Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.

Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu. Jadi, orang lain jangan nak menyebok yaaaaa. Jangan ceroboh majlis orang huhuhuhuhu padahal aku jeles tak dijemput!

Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu.

Istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan. Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara. Tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.


Biodata TMJ, Tunku Mahkota Johor

Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia. Mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.

Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan. Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Januari 2007.

Biodata Cik Khaleeda Bustamam

Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak (2000 -2003), sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.

Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010.

Waaaaa hebatnya dia. Hebatlah kan boleh kahwin dengan anak raja…kalau macam aku ni, boleh berangan nyanyi lagu Laju Buaiku Laju macam LATIFAH OMAR dalam filem bawang putih Bawang Merah pun dah banyak bagus tu.



Fuhhhhhh! Selamat pengantin baru TMJ dan Cik Khaleeda Bustamam. Moga bahagia hingga syurga.

Mmmmmm TMJ dan Cik Khaleeda bina masjid pada tahun baru Hijrah rupanya. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun ya... Apa maknanya maal Hijrah pada kalian?

Mmmmmm ada sesape nak belanja kek tak? Opssssss!!!!



Selasa, 21 Oktober 2014

Video Puting Beliung di Klang?


Video ni sedang tersebar, kononnya dikatakan berlaku di Pandamaran Klang;



Respek dengan adik-adik ni…ada ilmu. Bila tengok benda macam ni, depa pi azan, bukannya pi jerit hysteria.

Wajah Artis Bollywood Tanpa Make Up

Orang kata, kejelitaan artis Bollywood lebih asli berbanding artis Korea yang cantik kerana banyak buat pembedahan plastik. Fuhhhhhh! Nama pun artis Korea…K-pop gitu, artis lelaki pun tak terkecuali dari melakukan pembedahan plastik. Namun begitu, ada juga artis korea yang buat pengakuan bahawa mereka tidak terjebak dengan pembedahan plastik.

Kononnya wajah artis Bollywood yang jelita itu lebih asli, betul ke? Jom kita tengok wajah-wajah artis Bollywood tanpa make up. boleh tengok perbezaan kejelitaan wajah artis Bollywood ini bila kenakan make up dan tanpa make up;



Kalau aku, hurmmmmm sama ada make up atau tak, memang sama aje. Tetap tak berapa nak jelita huh u huhu hu nak buat pembedahan plastik non hadooo emas dinarnya walaupun harga emas terkini di Kelantan turun merudum. Bukankah, rupa bukanlah satu ukuran? Hu huh uhuhu

Isnin, 20 Oktober 2014

Pembedahan Plastik Paling diGemari


Kalau pergi Seoul, Korea Selatan…kita boleh jumpa deretan premis tempat buat pembedahan plastik untuk kecantikan lebih banyak dari salon rambut atau pusat facial wajah huh u huhu hu sebab itukah ramai perempuan jelita lawa dan lelaki segak kacak hensem di sana? Jangan lupa...lelaki pun ada yang cantik jelita tau!

Secara umum, jenis-jenis pembedahan plastik yang digemari wanita di seluruh dunia adalah:

1. Payudara
2. Sedut lemak
3. Tegangkan Kulit yang kendur
4. Mata
5. hidung




Cantik punya pasal...semuanya sanggup. Ya lahhhh...kalau dah cantik, peluang untuk kahwin dengan anak raja tu munkin ada laaaa walaupun kita tahu, banyak kisah cinta yang tragis  dek kerana cemburu, dendam, cinta tak berbalas dan bla bla bla... semuanya dek kerana rupa. Tapi...tetap juga nak cantikkkkkk!!!!

Kematian akibat sedut lemak akibatkan kematian yang lebih tinggi berbanding kemalangan jalan raya di Amerika Syarikat (20%).Cer ambil iktibar.

Orang yang tak berapa nak lawa macam aku ni, paling rajin kunjungi pusat kecantikan pun hanya untuk facial muka je. Itupun ambil pakej paling basic yang ditawarkan dan lakukannya sekali dalam tempoh dua tiga tahun. Itu pasallah tak sempat nak jelita!