Isnin, 26 Mei 2014

Mesyuarat Khas Isu Penemuan Dna Babi Dalam Produk Cadbury

Ini Kenyataan Media Penuh oleh KP Jakim
------------------
KENYATAAN MEDIA BERKENAAN
KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS ANTARA JAKIM, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, KPDNKK, JABATAN KIMIA MALAYSIA DAN JABATAN STANDARD MALAYSIA BERKAITAN ISU PENEMUAN DNA PORCINE DALAM PRODUK KELUARAN SYARIKAT CADBURY CONFECTIONARY (M) SDN. BHD.
________________________

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada hari ini 26 Mei 2014 (Isnin) telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia berkaitan isu penemuan DNA Porcine dalam produk coklat susu dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Sungai Buloh, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

2. Mesyuarat ini telah diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung maklumat penemuan analisis DNA porcine bagi dua produk di atas, kaedah persampelan yang digunakan, penyelarasan maklumat analisis antara agensi dan tindakan lanjut yang bakal diambil oleh pihak-pihak berkaitan.

3. Jakim telah menghantar sampel kedua-dua produk berkenaan dan produk-produk lain dalam aliran pemprosesan (processing line) yang sama di kilang tersebut ke Makmal Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan pengujian. 

4. Untuk makluman, Makmal Jabatan Kimia Malaysia merupakan makmal rasmi yang digunakan oleh Jakim/Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pensijilan halal sebagaimana yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Makmal Jabatan Kimia ini juga telah diwartakan sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menjalankan analisa makanan selain mendapat akreditasi dari Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA termasuk bagi pengujian produk makanan terproses (highly processed food).

5. Hasil keputusan mesyuarat bersetuju memutuskan beberapa perkara berikut antaranya ialah:

5.1 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghantar secara rasmi laporan hasil penemuan analisis kedua-dua sampel produk berkenaan kepada Jakim bagi melengkapkan hasil siasatan.

5.2 Sebarang penemuan oleh mana-mana agensi yang melibatkan isu halal perlu diselaraskan bersama Jakim/JAIN selaku Pihak Berkuasa Yang Berwibawa dalam pensijilan halal di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Oleh yang demikian, kenyataan berhubung isu halal hanya akan dikeluarkan oleh Jakim bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat awam.

5.3 Bagi tujuan pengawalan dalaman, selain dari pemantauan berkala yang dibuat oleh pihak Jakim, Jakim juga akan menetapkan pemegang Sijil Halal Malaysia perlu membuat pengujian berkala bagi produk dan ramuan kritikal (seperti ramuan berasaskan haiwan) di makmal yang telah mendapat akreditasi Jabatan Standard Malaysia di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005.

5.4 Jabatan Kimia Malaysia akan mengeluarkan keputusan analisa dua produk berkenaan yang telah diserahkan oleh Jakim dalam tempoh 7 hari bekerja. Keputusan yang akan dikeluarkan oleh Makmal Jabatan Kimia Malaysia akan menjadi keputusan rasmi bagi isu ini.

5.5 Semua agensi perlu menjaga aspek integriti bagi manfaat semua pihak iaitu pengguna dan industri demi menjaga kredibiliti pensijilan halal Malaysia, meliputi aspek kesahihan dan penyebaran maklumat.

5.6 Jakim akan membuat kenyataan media selanjutnya sebaik keputusan dari Makmal Jabatan Kimia Malaysia diperolehi.

6. Sukacita dimaklumkan Jakim juga telah menghantar pasukan Pemantauan Dan Penguatkuasaan Halal Jakim untuk membuat pemeriksaan ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang dilaksanakan.

7. Sehubungan dengan itu, semua pihak digesa untuk tidak membuat tindakan terburu-buru dalam isu ini bagi mengelak keresahan awam, sebaliknya menyerahkan tindakan dan keputusan selanjutnya kepada pihak berautoriti.


DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
26 Mei 2014



Lelaki Sanggup Jadi Hamba Perempuan Cantik?


Betul ke lelaki sanggup jadi hamba perempuan cantik?
Kenapa lelaki sanggup jadi hamba perempuan cantik?

Bila lelaki tak berapa kacak, bersama berkasih sayang bercinta mashyuk dengan perempuan jelita lawa rupawan (tak adalah pun seindah bidadari), bagaikan Beauty and the Beast, kenapakah lelaki sanggup menjadi hamba?

Kenapa lelaki yang kacak atau tak berapa nak kacak pun hanya sanggup jadi hamba perempuan cantik lawa jelita sahaja?
Kenapa lelaki tak sanggup jadi hamba perempuan tak berapa nak cantik lawa rupawan?

Entri ini hanya ada soalan sahaja…silalah jawab. Aku pun nak tahu juga kenapa? Kenapa? Kenapa?

Ahad, 25 Mei 2014

Jepun Juarai Piala Thomas


Walaupun Malaysia KALAH dalam perlawanan akhir Piala Thomas hari ini, namun saingan sengit yang ditunjukkan tetap membanggakan. Yaaaaa Malaysia kalah kepada Jepun dalam Piala Thomas 2014, tapi paling kurang kita Berjaya ke perlawanan akhir. Peluang untuk bawa pulang semula Piala Thomas ada sinarnya.
jumpa atromen di Nilai 3

Biarpun tidak berjaya bawa pulang Piala Thomas sejak 12 tahun lepas, namun kita perlu bangga dengan pasukan badminton Negara yang berjuang habis-habisan. Kalah yang terpuji. Ramai rakyat Malaysia hampir dapat serangan jantung tengok perlawanan akhir Piala Thomas 2014 yang sengit tu.

Lagi nak bangga bila Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei meraih motivasi tambahan menjelang perlawanan akhir Piala Thomas hari ini apabila dinobat sebagai Pemain Lelaki Terbaik Dunia 2013. Ini adalah anugerah ketiga diraih oleh pemenang pingat perak Sukan Olimpik dua kali itu, yang menjadi tonggak penting dalam membawa Malaysia melangkah ke final Piala Thomas, dah 22 kali kita tunggu detik ni.  

Kejayaan menggondol tujuh gelaran Siri Super Dunia tahun lalu, selain muncul naib juara dunia membolehkan pemain negara itu mengetepikan cabaran dua pemain China, Lin Dan dan Chen Long, selain pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia serta beregu Korea, Ko Sung Hyun-Lee Yong Dae.

Tahniah Chong Wei!

Dahhhhh! Pi tido! Esok nak kerja. Jangan wat lupa sambung cuti pulakkkkkk! Kalau menang Piala Thomas je ada cuti!

Idamkan Libasan Muay Thai Dyana Sofya?

Dyana Sofya memang cantik, cun gilerrrrr…masih single pulak tu. Tapi, awas! Jangan perasan hebat nak ganggu dia, tak pepasal kena libas Dyana Sofya ada ilmu Muay Thai!

Dyana Sofya yang cantik menawan manis jelita ini semakin terkenal sejak menjadi calon PRK Teluk Intan mewakili PR dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan. Dyana bakal bersaing satu lawan satu dengan calon BN pada PRK Teluk Intan 31 Mei ini.

dia memang comel kan? macam artis korea pun ada!

Anak perempuan tunggal pasangan Mohd Daud Ismail dan Yammy Samat ini sangat komited dengan kerja dan berusaha untuk mencapai sesuatu dalam hidup dengan bersungguh-sungguh. Patutpun lawa, rupanya Dayana Sofya ni 'hantu coklat', dia suka makan coklat terutama bila tidak berkesempatan untuk makan. Haaaaaaa sesiapa nak ngurat dia bolehlah hadiahkan dia ceguni coklat setiap hari ya sebab dia tak suka makanan segera hu huhuhu jangan dok gedik nak belanja McD ya. Kalau nak belanja, silalah belanja gulai lemak pucuk ubi dan sambal tumis.

Aku suka dengan cara dia berehat: baca buku. Kalau pergi berkempen pun dia masih sempat untuk baca buku yang sentiasa ada dalam begnya….fuhhhhhh! tengah bayangkan koleksi buku-buku yang dia ada. Rasa macam nak pi pinjam je!


Jejaka kacak idaman Malaya Khairy Jamaluddin pun kata Dyana Sofya tu lawa, tapi...memang lawa pun!

Walaupun dah tersebar gambar Dyana Sofya berbikini kononnya, tapi beliau menjelaskan gambar tersebut adalah artis Filipina, Pauleen Luna.Mmmmmmm tak sabar nak tahu keputusan pilihanraya teluk intan ni, berjayakah Dayana Sofya menang kerusi dipertandingkan. PRK Bukit Gelugur dah tahu keputusannya, Ramkarpal dah menang di Bukit Gelugur. kenalah sabar tunggu seminggu lagi untuk tahu keputusan PRK Teluk Intan pula.

Ni apa hal aku dok cerita pasal Dyana Sofya calon PR Teluk Intan ni? Sejak bila pulak aku terlibat dalam kegiatan politik tanahair ni? Jawapannya mudah saja: sejak grup whatApps ofis aku dok tampal muka dia siang malam dok puji kejelitaan dia. Huh! Dasar Panda! Tetiba tak tau pasal apa panda boleh terselit dalam entri ni…alahai!




Sabtu, 24 Mei 2014

JAKIM sahkan Coklat Cadbury ada DNA Babi


JAKIM dah keluarkan pengesahan bahawa coklat cadbury yang sedap tu haram dimakan oleh orang islam.

Pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa Dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA babi (porcine) sangat mengejutkan dan memalukan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM).


DNA babi itu dikesan dalam sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel bernombor kelompok (batch no) NO200813M01H I2 bertarikh luput 13 Nov 2014; dan Coklat Susu dengan Buah Badam dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Jan 2015. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq


Ada DNA babi  dikesan. Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan dengannya. Berikut itu, JAKIM telah menggantung serta merta sijil halal kedua-dua jenis coklat Cadbury ini.


Aku tak berapa nak suka sangat coklat sejak dah tua ni, namun sepanjang hidup aku, dah tentulah akan makan juga. Bukannya tak suka langsung, cuma tak berapa nak gilakan coklat je. Bayangkan sudah berapa banyak babi masuk dalam darah aku walaupun hakikatnya aku sangat ambil berat bab bab makan, namun bab(i) tetiba termasuk jugak dalam darah aku hu huhuhuhu

Persoalan aku juga: hanya gantung sijil halal dua jenis coklat cadbury terlibat je? Yang lain tak subhah ke? 

PsssT: perkara lain lagi yang dah disahkan haram adalah: rokok, rasuah, curi tulang masa kerja, claim tak betul. 

Kenapa aku tulis DNA BABI bukan DNA khinzir? Sebab kata BABI itu lebih jijik dari khinzir! Sekarang ni, rasa jijik tu dah dapat tempias kat coklat pulak hu huhu huhu