Rabu, 19 Jun 2013

Video Kebakaran 50 Buah Rumah Terbakar di Sibu


Satu kebakaran besar berlaku di satu kawasan rumah orang Melayu di Kampung Hilir, Sibu, Sarawak telah terbakar jam 4 petang tadi. Blog Belia bangkit melaporkan sebanyak lebih kurang 40 buah rumah sedang terbakar, Berita Harian mengatakan terdapat kira-kira 50 buah rumah. [laporan akhbar kata kampung Datu, tak pasti mana satu benar]

Anggaran je ya bilangan rumah tu. Tak ada siapa nak rajin dok pi bilang masa api tengah marak tu.

Suasana cemas semasa kebakaran besar di kampung melayu, Sibu Sarawak:(dari arah darat)




Detik-detik kebakaran perkampungan melayu di Sibu, dari arah laut:




Berikut, rakaman video kebakaran Kampung Hilir, Sibu, Sarawak: dah tinggal abu...habis semua.



Nak tengok GAMBAR-GAMBAR TRAGEDI kebakaran di Sibu tu...sila lah ke blog Belia Bangkit. Tadi ada 3 keping gambar kebakaran komuniti melayu Kampung Hilir, Sibu, Sarawak. Hebat betul blog Belia Bangkit ni, kampung tengah terbakar pun beritanya dah meluas satu dunia.

Kita tunggu Berita Perdana nanti kalau ada. Tak pun, tunggu akhbar esok. 

Kemaskini:

Berikutan kebakaran besar yang berlaku di perkampungan melayu di Sibu, 100 buah rumah di Kampung Datuk, Sibu antara perkampungan Melayu tertua di Sarawak, musnah dalam kebakaran besar hari ini, lebih 600 orang tinggal sehelai sepinggang. [ada mengatakan kampong tersebut bernama kampong Hilir….mmmm macam jauh pulak beza nama kampong ni].

Kebakaran berlaku jam 4 petang. Seramai 47 anggota dari dua balai di Sibu dan Kanowit berjaya mengawal kebakaran lima jam kemudian. Kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah kosong itu merebak dengan pantas berikutan cuaca agak panas selain rata-rata rumah di kawasan tersebut dibina daripada kayu.


Menurut Penghulu Kampung Datuk, Hussain Abdul Rasit, kira-kira 600 orang mangsa telah didaftarkan dan ditempatkan sementara di dewan Sekolah Kebangsaan Abang Ali berdekatan kampung itu.



Bajet 2014 dibentang 25 Oktober


Dah pun tengah tahun. Dah pun nak bentang bajet 2014...rasa baru semalam tahun 2013 disambut. Cepat benar waktu bergerak. Banyak lagi benda belum aku khatamkan untuk tahun ni. Kalau macam ni lah pantasnya waktu berputar, tak sedar kiamat dah sampai ni...alahai! insaf sekejab!

Menurut PM NAJIB Tun Razak dalam Majlis Konsultasi Bajet 2014 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen 25 Oktober ini. Macamlah PM tu sesapa je kan, main taram je sebut nama.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap isu dan cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkepentingan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebagai input penyediaan bajet 2014 tersebut. Beliau juga tubuhkan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara cabaran yang dihadapi ekonomi negara ialah dalam pembangunan potensi pertumbuhan sektor perkhidmatan, meningkatkan modal insan dan pengurusan bakat bagi wanita dan belia serta menguruskan pembaharuan fiskal.

Malaysia mempunyai penduduk yang agak muda, katanya, yang memerlukan kerajaan melabur dengan banyak terhadap pembangunan belia, khususnya dalam pendidikan dan latihan kemahiran. Golongan belia hari ini lebih berpendidikan, cekap ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dan juga berkait kepada rangkaian sosial melalui blog, Facebook dan Twitter di mana maklumat yang tepat dan tidak tepat merebak dengan cepat. Mereka juga mengharapkan lebih banyak peluang dari segi pendidikan tinggi, pekerjaan, keusahawanan dan pemilikan rumah yang mampu milik. Di samping itu, mereka mahu suara mereka didengar. Nak dengar suara aku tak?


Komen aku: aku bukan pakar ekonomi yang bijak pasal defesit fiscal, dasar fiscal segala. KDNK ka…KNK ka...semuanya aku blur bila libatkan angka. Tapi, masih adakah peluang untuk kami rakyat marhaen ni kemukakan pendapat?

Selain golongan belia, cuba-cubalah tengok keperluan kami yang bujang ni, walaupun bujang tua macam Bujang Lapuk tu...nampak macam kami tak ada tanggungan, tapi ketahuilah, kami yang bujang inilah yang banyak menyumbang kepada ibu bapa dan adik-adik dengan alasan “tak ada tanggungan”. Maknanya, kena menanggung jugaklah tu. Hanya tak boleh potong dalam cukai pendapatan tahunan disebabkan status single minggel itu.

Paling tidak, sediakanlah untuk kami Rumah orang-orang tua, dah tua bangka nanti tak ada siapa nak jaga, kenalah merempat rumah orang tua menagih simpati nanti. Insuran kesihatan sahaja belum mencukupi. Pencen juga dah tentu tak berapa nak cukup untuk masa akan datang kerana perubahan persekitaran masa itu. Salah hari petrol masa kami pencen nanti dah jadi RM10 seliter, gula dah jadi RM20 sekg...manalah kami mampu nak hidup dengan pencen ya...merempatlah kami mintak sedekah di jalan Tengku Abdul Rahman tu, sedangkan warga asing pulak jadi tokeh gedung.

Apa aku merepek ni?

Papa Ehsan dan Iffa di Wanita Hari Ini



Ohhhhhh! Ramainya peminat papa Ehsan!

Ada sesiapa dah terkena penangan Iffa dan Papa Ehsan dalam slot Drama Akasia TV3: Teduhan Kasih? Hu hu hu hu penyakit ni sangat bahaya!

Tengahari tadi, Papa Ehsan dan Iffa menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Wanita Hari Ini.


Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam adalah drama adaptasi novel Marissa, berjudul Teduhan Kasih. Hangat tak????

semua pink termasuk sofa hu hu hu


OST TEDUHAN KASIH (HYPER ACT - HANYA AKU)



Sinopsis Drama Teduhan Kasih:

Teduhan Kasih adalah kisah kecekalan seorang isteri bernama Iffa dalam menghadapi gelombang alam perkahwinan. Perkahwinan pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya walaupun ketika mengandung. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti hati Iffa. Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka pula sering menabur fitnah terhadap Iffa. Dia diceraikan dalam keadaan sarat mengandung, malah terpaksa menumpang di rumah ibu tirinya. Dia dipaksa melakukan pelbagai kerja rumah walaupun ketika sarat. Pada hari perkahwinan Ayu dan Ryzal, Iffa yang ditinggalkan keseorangan di rumah (ibu tiri dan kakak tirinya sengaja pergi melancong walaupun Iffa sarat), Iffa sakit untuk melahirkan. Dia terpaksa menunggu teksi untuk ke hospital sendirian. Ketika inilah Iffa bertemu dengan Ehsan. Penderitaan yang disangka tiada berpenghujung tiba-tiba berubah sejurus dengan kehadiran Ehsan. Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatan tinggi di sebuah syarikat. Kelahiran Adam telah mengubah hidup Ehsan hingga akhirnya Iffa dan Ehsan berkahwin walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kak Long (kak tiri Iffa), ibu tirinya, bekas suami, bekas mertua mencuba sedaya upaya untuk menghalang perkahwinan mereka.


Nak tahu kesudahan, kenalah tunggu depan TV hu hu hu hu

kagum dengan lelaki pakai baju pink la la la

Pelakon: Adi Putra ( Ehsan), Sherry Ibrahim( Iffa), Nabila Huda (Ayu), Shah Iskandar (Ryzal), dan pelakon pujaan hatiku juga, Zarina Zainuddin.


Lebih suka yang ni....comey gambarnya hu hu hu Hyper Act-Hanya Aku (lirik) OST Teduhan Kasih




Papa Ehsan yang macho


Errrr...aku tak berapa nak suka sangat dengan watak Iffa yang jenis terlalu pasrah ni. Wanita Melayu moden perlu lebih tahu hak dirinya dan mengekalkan nilai tradisi. Tapi, dalam novel melayu...memang gitulah gayanya. macam Izzah dalam Ombak Rindu!

Iffa Teduhan Kasih

susah nak tengok dia senyum dalam Teduhan Kasih. Banyak masalah tak semestinya tak leh senyum ;)

Aku sebenarnya lebih suka Kak Long (Zarina Zainuddin) hu hu hu hu jangan marah ya! Bagi aku, tanpa KakLong dan mak dia yang tak berapa nak betul dan tak berapa boleh nak ikut perangainya tu, lesu lesi lah drama ni. Hambar! 

Nasib baik ada dua watak ni, digabungkan pula dengan Nabila Huda. Memang menjadi. Kalau nak harapkan watak suci bersih sendu sopan si Iffa tu, tak berbaloi untuk aku tengok. Errrrr ada Ady Putra kan untuk cuci mata? La la la


Mmmmmm Dia lagi pandai berlakon sekarang ni kan berbanding masa awal-awal pembabitan dalam dunia seni dulu. Mmmmmm hebat!

Gamaknya, bilalah pelakon pojaan hatiku Zarina Zainuddin ni nak baca pujian aku ni ya? Dia ada baca blog ni tak? 

Hishhh! Gila glamer pepetang ni kan hu hu hu 




Permohonan komputer baru dah diluluskan

Alhamdulillah.
Yaaaaaa dah diluluskan lama dulu lagi….tapi;




Nak kata apa? Tak terkata.




Selasa, 18 Jun 2013

Tiket Bas Raya Naik 10 Peratus


Susulan permintaan pengusaha bas menuntut kenaikan harga tiket pada musim perayaan (Hari Raya Aidilfitri) depan hingga 30 peratus, hari ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus musim raya akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.

Bagaimanapun SPAD menambah, permintaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas kepada 30 peratus agak mustahil ditunaikan sebelum hari raya kerana proses perundingan dan kajian komprehensif masih dijalankan.