Memaparkan catatan dengan label pembentangan bajet belanjawan 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pembentangan bajet belanjawan 2014. Papar semua catatan

Rabu, 19 Jun 2013

Bajet 2014 dibentang 25 Oktober


Dah pun tengah tahun. Dah pun nak bentang bajet 2014...rasa baru semalam tahun 2013 disambut. Cepat benar waktu bergerak. Banyak lagi benda belum aku khatamkan untuk tahun ni. Kalau macam ni lah pantasnya waktu berputar, tak sedar kiamat dah sampai ni...alahai! insaf sekejab!

Menurut PM NAJIB Tun Razak dalam Majlis Konsultasi Bajet 2014 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen 25 Oktober ini. Macamlah PM tu sesapa je kan, main taram je sebut nama.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap isu dan cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkepentingan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebagai input penyediaan bajet 2014 tersebut. Beliau juga tubuhkan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara cabaran yang dihadapi ekonomi negara ialah dalam pembangunan potensi pertumbuhan sektor perkhidmatan, meningkatkan modal insan dan pengurusan bakat bagi wanita dan belia serta menguruskan pembaharuan fiskal.

Malaysia mempunyai penduduk yang agak muda, katanya, yang memerlukan kerajaan melabur dengan banyak terhadap pembangunan belia, khususnya dalam pendidikan dan latihan kemahiran. Golongan belia hari ini lebih berpendidikan, cekap ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dan juga berkait kepada rangkaian sosial melalui blog, Facebook dan Twitter di mana maklumat yang tepat dan tidak tepat merebak dengan cepat. Mereka juga mengharapkan lebih banyak peluang dari segi pendidikan tinggi, pekerjaan, keusahawanan dan pemilikan rumah yang mampu milik. Di samping itu, mereka mahu suara mereka didengar. Nak dengar suara aku tak?


Komen aku: aku bukan pakar ekonomi yang bijak pasal defesit fiscal, dasar fiscal segala. KDNK ka…KNK ka...semuanya aku blur bila libatkan angka. Tapi, masih adakah peluang untuk kami rakyat marhaen ni kemukakan pendapat?

Selain golongan belia, cuba-cubalah tengok keperluan kami yang bujang ni, walaupun bujang tua macam Bujang Lapuk tu...nampak macam kami tak ada tanggungan, tapi ketahuilah, kami yang bujang inilah yang banyak menyumbang kepada ibu bapa dan adik-adik dengan alasan “tak ada tanggungan”. Maknanya, kena menanggung jugaklah tu. Hanya tak boleh potong dalam cukai pendapatan tahunan disebabkan status single minggel itu.

Paling tidak, sediakanlah untuk kami Rumah orang-orang tua, dah tua bangka nanti tak ada siapa nak jaga, kenalah merempat rumah orang tua menagih simpati nanti. Insuran kesihatan sahaja belum mencukupi. Pencen juga dah tentu tak berapa nak cukup untuk masa akan datang kerana perubahan persekitaran masa itu. Salah hari petrol masa kami pencen nanti dah jadi RM10 seliter, gula dah jadi RM20 sekg...manalah kami mampu nak hidup dengan pencen ya...merempatlah kami mintak sedekah di jalan Tengku Abdul Rahman tu, sedangkan warga asing pulak jadi tokeh gedung.

Apa aku merepek ni?