Khamis, 13 Jun 2013

TRW Ada Telefon Pintar Sendiri?


Fuhhhhhh! Pasukan Kelantan The Red Warriors TRW ada telefon pintar sendiri? Gila betikkkkkk!

Hari ni, Maxis dan Ninetology lancar dah lancarkan telefon pintar eksklusif edisi pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) dengan sasaran jualan 30,000 unit telefon pintar eksklusif edisi The Red Warriors itu di seluruh Kelantan bermula semalam.

Mereka perkenalkan dua buah model iaitu Black Pearl II i9400 dan Palette i5300 yang dibuat khusus untuk memenuhi citarasa golongan belia di kawasan Pantai Timur. Model Black Pearl II i9400 dilengkapi dengan system android dan skrin sentuh yang mempunyai ciri Dual Sim, manakala Model Palette i5300 didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik dan dilengkapkan dengan pelbagai ciri sesuai dengan gaya hidup hari ini.


Komen aku: Getik gelenyar aku rasa nak pi beli huh u huhu warna merah menyala ada tak? hu hu hu


3 Kemalangan Lebuhraya PLUS Dalam Masa 10 Minit


Tengok berita tengahari tadi, terkejut juga bila semalam dikatakan berlaku 3 kemalangan di tempat yang sama dalam masa 10 minit. Sayangnya, bila tengok semua akhbar berbahasa Melayu, tak ada lah pulak tentang kemalangan terbabit.

Gamaknya, semua wartawan dan pemberita dah pergi ke acara majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012 kot…maklumlah, majlis anugerah kan? Dalam majlis tu juga PM dah umumkan yang blogger hantu tu HARAM.

Terjah blog ondscene, juga belum ada maklumat tentang itu.

Aku letak ajelah maklumat kemalangan yang berlaku di lebuhraya PLUS arah Utara berhampiran Alor setar. 3 kemalangan telah berlaku dalam tempoh tak sampai 10 minit. TV3 sebut tadi kemalangan tiga serangkai.

Kemalangan pertama adalah bas ekspress (opssss! Lupa pulak bas ni terbabas ke apa).

Kemudian, 100 meter di belakang bas ekspress tersebut berlaku kemalangan kedua. Kemalangan ini melibatkan sebuah bas, sebuah lori, sebuah kereta dan sebuah motosikal. Tiada yang maut, tetapi ada yang cedera parah. Jumlah kecederaan tak ingatlah pulak ya…asal ada angka je aku memang blur huh u hu

Kemalangan ketiga pula melibatkan dua buah proton saga yang melanggar belakang lori yang terlibat dalam kemalangan ke dua.

Fuhhhhhh! Bertimbun kenderaan kemalangan kat situ.

Kita tunggu Berita Perdana malam nanti untuk dapat lebih banyak maklumat. 


Blogger 'hantu' akan diharamkan


Berita panas ni...menggelegak dan mendidih hu hu hu berita ni lagi cepat tersebar berbanding berita tiga kemalangan serangkai di Lebuh raya Utara Selatan yang berlaku dalam masa 10 minit semalam.

Pemilik blog dan portal yang menyebarkan maklumat tidak sahih dan fitnah akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan mereka meletakkan maklumat identiti sebenar tidak lama lagi, kata Datuk Seri Najib Razak dalam majlis Malam Wartawan Malaysia 2013 dan Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-PETRONAS 2012, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Perdana Menteri menegaskan, peraturan ‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media sosial lebih bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekali gus mengelak perpaduan masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu. Kononnya;

“kerajaan tidak akan mengambil tindakan melesenkan portal berita seperti dilakukan negara jiran tetapi bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan,” Datuk Seri Najib Razak.

Jadi, selepas ni tidak akan ada lagi penulis ‘tidak bernama’ dalam blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing.

Kerajaan tidak akan menapis internet walaupun mempunyai Akta Komunikasi dan Multimedia dan Rang Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC), akan menguatkuasakan undang-undang sedia ada untuk memastikan pihak yang cuba menanam perpecahan menggunakan elemen bangsa, agama, bahasa atau cuba memperkecilkan institusi Raja Berperlembagaan serta mencuba merosakkan sistem demokrasi berparlimen, akan diambil tindakan.

Komen aku: Tak boleh nak komen apa-apa. Sekarang ni tengah bilang berapa blog aku akan guna nama yang sama huh u huh u Portal berita je kan? kan? kan?

Hu hu hu hu



Bukan Otak Aku Je Penuh...Otak Dia Lagiiiiii Sendat!


Semalam godek kepala otak komputer kat ofis, dah berbulan bila guna akan HANG. Bila on, boleh pergi merata, datang semula 15 minit kemudian...masih belum habis lagi dia dok baca apa ke benda tah dalam kepala otak dia tu...macam sempit sangat dah otak dia. Nak buka fail word pun ambik masa 3 minit. Nak save satu ayat, ambik masa 2 minit. Bila masa nak siap kalau begitulah kelajuannya?

Berapa lama nak tahan kalau buat kerja atas katil comeyku terlalu hampir dengan selimut lembut gambar kartun aku tu...kang asyik nak tarik bantal, tarik selimut pula...bil melambung siapa nak bayar?

Cer tengok kepala otak dia...ini selepas dah buang banyak benda;


Setelah memadamkan lebih 1714 fail, sapu habuk sana sini, sembur pewangi, penyegar bagai, kemudian defrag....hanya sebanyak ini sahaja yang mampu aku kemas dan sendatkan otak dia. [Fuhhhhh! janganlah pulak ada yang sembur penyegar udara AirWick dalam tu dah la ya...].

Sepatutnya komputer ni dah kena lupus, dah lebih 5 tahun...tapi peruntukan tak ada. Beratus orang tengah beratur tunggu giliran. Aku pun heran, kenapa pihak pengurusan tak bagi je setiap orang external disk yang besau sikit kepala otaknya. 500 GB dah ok, kalau dapat 1T mesti lagi okey. Semua data aku boleh simpan kat situ, tak payah letak dalam perut dia ni...azab dia nak baca tiap kali on.

Kita hanya manusia kecil, cadang BAPAK punya ideapun bukannya orang nak ambik kira. Nak buang semua fail tu, khazanah tu payah nak jumpa. Zaman Parameswara lagi tu...kalau google pun banyak dah yang dah tak ada online. Bila nak pakai semula, mana nak cari?

Semoga dia mampu bertahan untuk setahun dua lagi. kalau aku TERkaya sedikit masa lagi, aku beli external hardisk 1T tu ya...boleh hampuk simpan kat situ juta-juta fail, e-bok, video, lagu bagai....Opssss! Cik Bintang, kat dalam perut ni dah tak ada lagi lagu-lagu kegemaranku, dah buang KECUALi lagu Suluk. Yang tu tak boleh buang, payah nak jumpa. Kena pi Semporna baru boleh dapat hu hu hu


Rabu, 12 Jun 2013

Cuti Peristiwa Sempena Final Piala FA


Ini yang aku suka pasal negeri paling miskin di Malaysia ni…negeri mana lagi kalau bukan negeri Kelantan.

Hari ni, Kerajaan Kelantan mengumumkan 30 Jun ini sebagai cuti peristiwa sempena kemaraan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) ke peringkat akhir Piala FA. Sila ingat ya…29 Jun nanti Kelantan TRW bakal bertarung dengan JDT di Bukit Jalil ya. Menang atau kalah, rakyat kelantan dapat cuti 30 Jun ya...

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini. Cuti berkenaan membolehkan para penyokong Kelantan pulang dengan selamat dan tidak tergesa-gesa selepas menyaksikan perlawanan akhir itu.

Kelantan selaku juara bertahan Piala FA layak ke pentas akhir selepas menyingkirkan seteru tradisi, Terengganu dengan agregat 6-5. Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) mara ke akhir Piala FA selepas menumbangkan Pahang menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Saingan kali ni tentulah sengit. Ada banyak sebabnya. Namun, aku sangat bangga bila penyokong Trengganu dan penyokong Pahang pun turut sokong Kelate TRW kali ni.

Gomo Kelate Gomo….aku nak tulis panjang lagi, tapi lebih baik aku berhenti dulu di sini sebelum ayat-ayat seterusnya itu mengguris perasaan entah berapa ramai orang.