Rabu, 6 Mac 2013

Video serangan Offensif Lahad Datu


Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi 5 mac. Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.



 

Detik Cemas Wartawan TV3 Hadapi Serangan Hendap Pengganas Di Lahad Datu



Polis dan ATM telah melancarkan serangan ke atas penceroboh di Tanduo, Lahad Datu sejak 7 pagi 5 Mac 2013




Pencerobohan Lahad Datu-Serangan offensif pada 05 Mac 2013




Kini operasi pembersihan pula dilakukan. Semoga saki baki pengganas Sulu dikutip. Moga-moga wira negara kita sentiasa selamat.

Ops Daulat:



masih diteruskan dengan lebih teliti, dengan keluasan kawasan diluaskan lagi.



Alhamdulillah, berakhir sudah konflik di Semporna Sabah. Walaupun begitu, kawalan ketat masih berterusan di Lahad Datu dan Semporna.


Selasa, 5 Mac 2013

Kata-kata Semangat Rosyam Nor Kepada Perwira Negara di Lahad Datu


Semangat berjuang kepada semua perwira negara, kami mendoakan kejayaan kalian.

Terjumpa kata-kata semangat buat para satria sedang berjuang di Lahad Datu dalam operasi Ops Daulat yang ditulis pelakun, penerbit dan pengarah Rosyam Nor yang ditinggalkan di Sinar Harian. Sangat indah, penuh kobaran semangat;




Tak nampak? Okey, aku salin semula di sini:

9 Februari 2013, tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar,
Dalam rundingan, kami bersabar,
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar

1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar

Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar

Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar


Berdiri bulu romaku membaca tiap patah kata itu. Selamat berjuang perwiraku!

Nak tengok versi yang lebih cantik? Mmmmm siap ada kapai terobang lagi tu!


 Versi ini disebarkan di FB Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia.

Selamat berjuang wira negara!




Hanya 20 Mayat Pengganas Sulu Ditemui


Ekoran Ops Sulu yang dilancarkan pagi tadi, yang video sidang akhbar Ops Sulu boleh tengok dalam entri sebelum ni, masih belum tamat. Hingga kini, hanya kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini. Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.


Video Sidang Media Ops Sulu Kampung Tanduo, Lahad Datu


Berikut adalah video Sidang media oleh Ketua Polis Negara perkembangan semasa Ops Sulu di Lahad Datu.



Semoga operasi ini mencapai kejayaan dan golongan penceroboh dilupuskan semuanya.


Mohon doa seluruh rakyat malaysia juga semoga duta kita di Filipina selamat. Hari ini, Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup ekoran tunjuk perasaan yang mengecam ketegangan krisis pencerobohan di Sabah yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.

Penutupan pejabat kedutaan itu berlaku ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera diraja Kesultanan Sulu di kampung Tanduo, Lahad Datu. Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam berkumpul di depan pejabat kedutaan Malaysia di Makati City itu selain di Tordecillas Street di Salcedo Village.

Mereka menggesa penamatan serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu. Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan tersebut.

Mereka membakar Jalur Gemilang dan gambar Perdana Menteri di hadapan Kedutaan Malaysia di Manila ni... Laporannya dalam Berita Terkini TV3:




Sidang Media KPN OPS Sulu Di Lahad Datu: 5 Mac 2013 @ 4.00 Pm




Komen aku:
agak-agaknya mereka ni ingat kita akan hantar kek besar bertingkat terpacak lilin apa ke Kampung tanduo setelah apa yang mereka lakukan? Kami kehilangan 8 nyawa satria yang gagah berani, bukannya boleh ganti dengan segala material.

Ishhhh! Mulalah darah pendekar aku nak meruap ni!




Iringi Langkah Perwira Kita dengan Doa

Pagi ini pasukan keselamatan mula menggempur Lahad Datu setelah sebegitu banyak air mata yang gugur. Terima kasih Polis dibantu pasukan ATM telah mulakan serangan, Sama-sama kita doakan semuanya dapat ditamatkan dalam masa yang singkat. 



Telefon Abang di Semporna. Keadaan katanya terkawal. Penduduk keluar ke pekan beli barang keperluan dan meminimumkan kegiatan di luar rumah. Lega. Mudah-mudahan mereka sentiasa dilindungi Allah.

Jom sama-sama kita baca doa berhadapan dengan musuh ni, Tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Allah, tiada kekuatan yang lebih kuat dari kekuatan Allah. Kita berserah kepadaNya untuk menumpaskan para musuh.



Aminnn.

Kita iringi setiap langkah para wira negara di Timur Sabah dengan harapan dan doa. Moga mereka ditingkatkan keberanian, dimantapkan semangat juang, dihapuskan ketakutan, digoncangkan hati-hati musuh untuk terus melawan, dilemahkan kekuatan musuh hingga mereka ketakutan dan tumpas. Semoga setiap langkah perwira negara ini adalah langkah-langkah yang diberkati.