Memaparkan catatan dengan label ops daulat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ops daulat. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Mac 2013

Gambar Guru Hina ATM PDRM di Lahad Datu Ditangkap


Sehari dua ni riuh rendah di dunia maya tentang seorang guru menghina ATM PDRM yang bertugas di Lahad Datu di FB nya. Sebegitu ramai orang menegur perbuatannya itu sama ada di bahagian komen FB atau menulis entri di blog, tidak mendatangkan kesan. Malah dia semakin galak membuat penghinaan dengan menggelarkan perjuangan menghapuskan penceroboh @ pengganas di Lahad datu sebagai “mati katak”, manakala para tentera dan polis pula digelar “anjing” dan ‘doggie”.

Sedih. Kalau dia orang yang tidak dapat pendidikan yang sempurna, bolehlah kata. Namun, bila libatkan golongan pendidik yang sudah berzaman diiktiraf sebagai insan mulia, memang sangat tidak wajar untuk berlaku.

Berikut jawapan kementerian pelajaran berhubung isu guru menghina ATM dan PDRM yang melakukan operasi Ops Daulat menghapuskan pengganas Suluk di Lahad Datu;



Melalui FB PDRM, VAT 69 dan Kelab Penyokong PDRM, guru berkenaan telahpun ditahan. Nak tengok wajah guru yang menggelarkan para perwira negara yang bersabung nyawa di Lahad Datu sebagai “anjing” dan “doggie” tu?. Silalah tengok di blog Keris Putera.

Sebagai anak kelate aku memang dukacita dengan apa yang berlaku. Tetapi sebagai anak Kelantan juga, aku sangat bangga bila Sultan Kelantan ziarahi keluarga Ahmad Hurairah. Subhanallah. Allahu akbar.

Sumber: utusan malaysia

Baginda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bukan sahaja berangkat menziarahi dan menyertai majlis tahlil untuk Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah Ismail, 24, di kediaman keluarganya di Kampung Bayu Lalang. Baginda juga mengetuai bacaaan tahlil yang turut disertai kira-kira 200 orang terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk setempat.

Mengiringi baginda ke majlis tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Panglima 8 Briged, Brigedier General Datuk Mohamad Zaki Hamzah dan Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Moga-moga kedatangan sultan kebanggaan kami ini sedikit sebanyak mengubati kesedihan keluarga arwah.


Rabu, 6 Mac 2013

Gambar Mayat Pengganas Penceroboh Sulu Mula Diedar


Hari ini pihak polis dan tentera mula mendedahkan maklumat mengenai Ops Daulat dan Ops Sulu yang telah dijalankan. Walaupun keluasan kawasan penggeledahan semakin luas, barisan perwira Negara kita sedang melakukannya dengan teliti.

Menurut sidang akhbar yang dibuat KPN di Lahad datu, 13 anggota pengganas Sulu mati dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal pagi semalam sehingga kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Video SIDANG MEDIA KPN LAHAD DATU 6 MAC 2013



Pihak polis juga mula mengedarkan foto @ gambar sembilan daripada mayat pengganas kepada wartawan bagi menghentikan bermacam khabar angin yang berlaku terutama di dunia maya.Komen-komen yang aku baca tu sesedap mulut tok nenek kalian je nak komen apapun, padahal Semporna dan Lahad Datu pun belum ramai yang dah sampai hu hu hu

Pasukan polis menemui satu kubur besar di kampong Tanduo mengandungi 9 mayat dan senjata yang digunakan.

Seorang pegawai forensik polis diserang pengganas Sulu ketika menjalankan tugas dalam operasi mencari dan menggeledah tetapi terselamat pada kira-kira jam 1.45 petang tadi.

Semporna hari ini: 4 Penceroboh Ditangkap Dan 1 Pemberi Maklumat Pada Tentera Sulu Dicekup. Pengkhianat betul. Rasa nak humban ke ke laut!



Adik Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Azzumuddie, 60-an, yang mengetuai operasi pencerobohan ke Sabah pada 12 Februari lalu masih belum ditangkap. Terdapat 3 teori bagaimana Raja Muda Azzumuddie melarikan diri;

Pertama, pengganas telah membuat laluan bawah tanah dan laluan tikus ekoran mereka telah berkubu di kawasan kampung tersebut sejak lebih tiga minggu lalu.

Kedua, keluasan kawasan tersebut menyebabkan pihak berkuasa menghadapi sedikit kekangan untuk mengawal keseluruhan tempat. Jadi mereka boleh melarikan diri ke kawasan yang tidak dikawal untuk bersembunyi.

Teori terakhir pula ialah pengganas mengambil kesempatan keluar dari kampung ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya mengosongkan rumah. Mungkin mereka ikut jalan berlainan dengan penduduk untuk mengelakkan daripada dicekup.

Selamat berjuang perwira Negara.



Selasa, 5 Mac 2013

Kata-kata Semangat Rosyam Nor Kepada Perwira Negara di Lahad Datu


Semangat berjuang kepada semua perwira negara, kami mendoakan kejayaan kalian.

Terjumpa kata-kata semangat buat para satria sedang berjuang di Lahad Datu dalam operasi Ops Daulat yang ditulis pelakun, penerbit dan pengarah Rosyam Nor yang ditinggalkan di Sinar Harian. Sangat indah, penuh kobaran semangat;




Tak nampak? Okey, aku salin semula di sini:

9 Februari 2013, tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar,
Dalam rundingan, kami bersabar,
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar

1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar

Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar

Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar


Berdiri bulu romaku membaca tiap patah kata itu. Selamat berjuang perwiraku!

Nak tengok versi yang lebih cantik? Mmmmm siap ada kapai terobang lagi tu!


 Versi ini disebarkan di FB Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia.

Selamat berjuang wira negara!