Khamis, 31 Mei 2012

WYY 9999 Pula Akan Jadi Rebutan


Semalam, lepas berbuka lepak gaya mak sidugong yang kekenyangan
tak mampu dah nak angkat perut yang terlebih pengisian
walaupun mihun goreng tu tak sedap,
serius memang aku masak tak sedap semalam hanya satu sebab sahaja:
tak ada sekeratpun cilinya, tak rasa pedas langsung…lupa beli cili sayang oiii
tapi, langsai jugak satu kuali…kalau sedap,
tak tau lah berapa kuali akan habis huh u hu
sambil tengok berita utama, sambil juga baca akhbar online
sambil menduyongkan diri baca ajelah apa-apa yang patut

Sehari dua lepas heboh pasal bidaan nombor WWW 1
yang akhirnya dimenangi Sultan Johor pada harga RM520,000
semalam kecoh lagi bila Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
dalam Twitternya mengkritik baginda sultan bahawa jumlah wang yang besar itu
boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.
[aku di selangor ni pun perlu rumah jugak...sini mahal wehhh!]
Akhirnya Nizar memohon maaf dengan kritikan berkenaan apabila…
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa
kerabat diraja Johor tidak pernah mengambil sesen pun duit daripada kerajaan
sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.
Menerusi akaun laman sosial Twitternya @HRHJohor2, baginda bertitah;
perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman
atau mana-mana pegawai kerajaan.

Tempoh pemerintahan Kesultanan Johor dari era Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar
hingga kini adalah selama 117 tahun, Almarhum Sultan Ibrahim memerintah Johor
dari 1895 hingga 1959, Semua wang yang diperuntukkan oleh kerajaan
sultan Johor dan kerabatnya setiap bulan telah disalurkan kepada
Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Berikutan isu ini, Nizar akan disiasat
Oleh SKMM kerana kenyataan berunsur hasutan, walaupun Nizar mengatakan
Kritikan itu bukan hasutan
Kalau Tanya aku yang bukan bijak dalam dunia undang-undang ni
Nizar juga boleh diklasifikasikan dengan fitnah
Itu kalau akulah…nasib baik aku tak terlibat dalam bidang undang-undang
Kalau tak, lagi banyak akta dia kena huh u hu
Bukan dia je, orang lainpun sama ya…
Bila nak menulis di twitter, blog atau FB…sila pastikan kesahihan berita ya

Opsssss! Itu intronya…entri ni sebenarnya nak cerita pasal
Kemungkinan ada satu lagi nombor yang akan mendapat bidaan tinggi tahun depan
Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
meramalkan WYY 9999 bakal menjadi rebutan kerana nombor ini
merupakan nombor terakhir bagi pendaftaran kenderaan
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ia ditukarkan
dengan siri nombor baharu yang masih belum diputuskan kerajaan.
Opsssssss kalau aku, aku dok teruja nak dapatkan nombor yang baru tu
Ampunnnnnn! Aku tak suka nombor terakhir huh u hu
nombor terakhir itu dijangka mula digunakan Ogos 2013
Mmmmmm sempat tak kumpul deposit dalam tabung katak?


Rabu, 30 Mei 2012

Lelaki Hensem Ini Disayangi Ramai Orang

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V

Aksi Kambing Terlampau


Selasa, 29 Mei 2012

Pembentangan Belanjawan 2013


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dah umumkan
tarikh pembentangan Belanjawan 2013; pada 28 September 2012.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata:
Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap
pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.
Perundingan Belanjawan siang tadi menerima 84 memorandum dan
cadangan untuk ditimbangkan sebagai input Belanjawan 2013 dalam
Majlis Konsultasi Belanjawan2 013

Perdana Menteri yang mempengerusikan sesi itu, telah memilih tema
Perundingan Belanjawan 2013 sebagai “Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju”.
lima inisiatif untuk mengekalkan daya saing ekonomi negara
telah diperkenalkan, antara lain:
1. Syarikat yang mengambil semula pekerja wanita yang berhenti berkerja sebelum ini akan dikecualikan cukai
2. Menubuhkan Yayasan bank PKS
3. Menubuhkan Dana pembangunan sebanyak RM100 juta dalam bentuk geran
4. Dana pampas an pasaran modal bersepadu sebanyak RM420J

Itu je pun yang sempat aku dengar dalam Berita perdana jam 8 malam tadi. Terkocoh-kocoh kelam kabut terjah depan TV. Nak tahu kupasannya dengan lebih terperinci, nanti baca ajelah akhbar esok ya…

Harapan kita, belanjawan tahun depan lebih prihatin dan mesra rakyat secara keseluruhan.





OOOPssss! 3 artis terkemuka negara, Amy (search), Mus (May) dan Ibnor Reza dah masuk UMNO
hu huhu sejak bila pulak artis-artis ni minat masuk politik?


Nayati Suka Tinggal di Malaysia


Masih ingat lagi tentang Keluarga kepada seorang kanak-kanak warga Belanda,
Nayati Moodliar yang diculik bulan lepas dan dibebaskan setelah membayar
tebusan sebanyak RM300 ribu. Dah tentu mereka akan trauma, kini Bapa Nayati,
Shamelin, 41 tahun, seorang perunding di sebuah firma pengurusan antarabangsa
telah dibuang kerja kerana enggan berpindah keluar dari Malaysia
selepas anaknya yang berusia 12 tahun dibebaskan. Alasannya:
“Majikan saya memberitahu Malaysia tidak selamat,
maka mereka memberi notis seminggu untuk kami pulang ke Belanda"

Nayati diculik sewaktu berjalan kaki ke Sekolah Antarabangsa Mon’t Kiara
pada 27 April lalu, dibebaskan selepas enam hari apabila membayar
wang tebusan sebanyak RM300,000. kisah penemuannya aku ada tulis
berserta video penemuan Nayati Moodliar
Tiga lelaki telah didakwa di mahkamah majistret di sini
di bawah Akta Penculikan 1961. Bagaimanapun, dalangnya
masih lagi terlepas dan dipercayai melarikan diri ke Eropah.

Nayati sukakan Malaysia dan merasakan Negara kita ni
masih menjadi tempatan yang dia mahu untuk dibesarkan.
“Di sini berbeza, setiap hari panas dan aman, jadi saya boleh
membuat banyak perkara kerana saya menyukai aktiviti luar seperti berenang
dan bermain bola keranjang pada bila-bila masa yang saya mahu,” katanya.
“Dan saya terhutang budi kepada rakyat Malaysia untuk setiap daripada mereka
yang mendoakan saya. Saya berhutang nyawa sebenarnya.”
Sila baca mstar untuk cerita yang panjang lebar

Alahai Nayati…daku suka nak tinggal barang setahun dua di Belanda,
Dikau pulak suka kepanasan Malaysia ni ya…
Macam terbalik pula…tapi, aku pun bukannya nak menetap sana
Nak bercuti je pun. Ada sesiapa sudi taja?
Takat ni belum ada tajaan huh u hu usah muntah dulu ya!