Sabtu, 31 Mei 2014

Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui


Semalam kita dikejutkan dengan penemuan mayat kanak-kanak dua tahun lebih tanpa kepala dipercayai dikelar di Sungai Klang, berhampiran Stesen Komuter Kuala Lumpur di Jalan Hishamuddin. Hari ni suspek pembunuh kejam kanak-kanak tanpa kepala itu ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran tol Sunway pada kira-kira 3 petang tadi. Mayat ditemui dalam keadaan terlentang itu ditemui orang awam yang memaklumkannya kepada polis.

Kalau baca perincian saksi yang menceritakan bagaimana mereka nampak lelaki itu membunuh mangsa, tak sanggup nak baca. Tak mampu nak bayangkan macam mana. Subhanallah. Tak ada hati perut.

Hari ini juga identiti lelaki yang jadi suspek ini mula dibongkar, kononnya pernah dipenjarakan bersama ayah kanak-kanak tersebut dan baru dibebaskan dari penjara kurang enam bulan. Identiti ibunya juga mula diperkatakan. Aku tak mahu komen apa-apa tentang itu, namun bagi aku, bila kita bersedia untuk ada anak, makanya perlulah bersedia untuk jadi ibu bapa.

Tugas ibu bapa itu terlalu berat dan tidak boleh fikirkan diri sendiri sahaja. Bila difikirkan tentang beratnya tanggungjawab itu, barulah rasa nak insaf sekejab dengan apa yang telah Allah takdirkan untuk diri ni. Yaaaa....Dia maha tahu apa yang mampu aku lakukan, apa yang tidak. Makanya, syukuri aje seadanya kehidupan ini. Jangan nak tamak!


Pahang Mara Ke Final Piala FA

Bola Sepak Piala dunia berbelas hari lagi, tapi tengah hangat sekarang ni perlawanan akhir final Piala FA. Semalam Pahang bertemu JDT untuk menentukan siapa yang layak ke perlawanan akhir Piala FA.

Jaringan tunggal Faizol Hussein pada minit ke-81 membawa Pahang melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur. Faizol berjaya menggamatkan stadium yang dipenuhi kira-kira 30,000 penyokong setia Tok Gajah dengan tendangan cantik ke kiri gawang gol menewaskan penjaga gol lawan, Izham Tarmizi Roslan. Pahang mara menerusi angregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada separuh akhir pertama.

Nak tunggu final Piala Dunia tak tau lagi bila…mulanya pun belum lagi. Jadinya, jom lah kita pakat nengok Final Piala FA.

Malam nanti Kelantan berentap Felda United untuk menentukan pasukan yang layak bersama Pahang di pusingan akhir Piala FA. Gomo Kelate Gomo. Pertarungan memang akan sengit, namun, dah tentulah jantung rasa nak gugur huhuhu hu itu yang malas nak tengok tu!

Kalau nengok 10 minit terakhir sebelum habis perlawanan akhir Piala FA untuk mengetahui siapa juara piala FA 2014 boleh tak? kira halallah ya !


Rabu, 28 Mei 2014

Penyeri Nilai 3 Hiburkan Anak-anak


Panda tak ada...hanya ada panda batu je. Tu pun ramai dok pi berebut nak bergambar dengan panda batu huhuhuhuhu kuat betul pengaruh panda semenjak dua menjak ni...


Dirakamkan Ahad lepas, bila musim cuti sekolah, memang akan sesaklah nak parking pun susah. Ramai ambil peluang untuk buat persiapan raya, termasuk aku. Borong kain ela, kemudian kirim dengan abang ipar balik kampung, mintak dia hantar kat tukang jahit. Bila adik balik, di apula pergi ambil yang dah siap. Seminggu je siap 2-3 pasang. Boleh pakai pi kerja dan buat raya la la la kalau tempah untuk raya, dah tau dah memang tak siap punya. Licik tak?

Selama ni pergi sini hari kerja, boleh parking depan pintu kedai. Kali ni kena jalan jauh sikit huhuhuhuhu dahlah badan tak adalah sihat manapun. Tapi...ini kira macam rawatan fisioterapi juga la l a la


Selasa, 27 Mei 2014

Video Nak Tukar Darah Gara-Gara Makan Cadbury Ada DNA Babi


Mula-mula aku bantai gelak sampai keluar air mata…geli usus aku dengan kenyataan makcik ni;



Ringkasan ceritanya: Gabungan Pertubuhan Islam bukan kerajaan (ACCIN) mahu kilang coklat Cadbury yang dua produknya dikesan mempunyai DNA babi membayar kos menukar darah kepada semua umat Islam yang telah termakan bahan haram berkenaan. Selain itu, menurut jurucakap ACCIN Sabariah Abdullah, yang mempunyai 18 NGO bernaung di bawahnya - mendesak supaya saman hingga berbilion-bilion ringgit ke atas syarikat antarabangsa itu.


Akhirnya air mata tu tak mahu berhenti walaupun usus aku dah tak geli lagi. Ya Allah, sebesar ini diturunkan ujian kepada kami!

Aku bukan orang pakar untuk keluarkan apa-apa fatwa, tapi dengarkanlah nasihat orang yang lebih mengetahui, pendapat Dr. Maza tentang cuci darah sebab makan coklat Cadbury;

Bukan hanya makan babi tu haram ya...makan rasuah pun haram. makan riba pun haram, berjudi bertaruh juga haram...



Cara Atasi Orang Kebulur

Seorang rakan aku letak status di FB tentang kebengangannya tahap gaban bila seorang rakan sepejabat yang gaji lebih tinggi suka ngendeng dan mintak makanan orang lain. Gaji lebih tinggi, campur kerja sampingan lagilah dapat ribu riban, tetapi masih berkira bab makan, bab nak isi anak tekak sendiri. Kalau anda berdepan masalah begini apa nak buat?

Sekali sekala memang boleh terima, tetapi kalau setiap hari dok ngendeng…belum sempat punchkad lagi dah tanya bekal orang, apa cerita. Perabut mahal mampu beli, nasi lemak kepak ayam nak isi anak tekak sendiri berkira pula.Macamlah bila mati angkut bawak sekali itu perabut mahal-mahal!

Bila orang bawa bekal, patutnya kita tahu yang dia sedang berjimat cermat untuk perbelanjaan lain terutama persekolahan dan keperluan anak-anak. Sekali sekala rasa sesuap dua lainlah, dalam pada tu juga, kita pun kenalah memberi jugak. Jangan asyik nak harap orang je hulur. Ramai mak di dunia ni dahulukan anak berbanding diri sendiri, walaupun ramai juga anak yang lupa diri bila berjaya dan buat mak macam kuli.

Kalau aku, ada beberapa cara akan aku buat. Antara cara yang aku guna bila berinteraksi dengan orang kebuluran nak makan percuma macam ni adalah;

  1. Bersindir pesan. Ramai orang tahu aku ni jenis marah anak sindir menantu. Biasanya orang kita memang hebat mentafsir makna tersurat dan tersirat, cuba bila sampai tang aku, jangan dok main cara ni sebab aku ni blur dan bendul…berfalsafah bagai aku memang tak reti. Kena bagi tahu terus terang je. Tak Berjaya cara ni, aku buat pula cara lain.
  2. Bungkus untuk dia satu, kemudian mintak dia bayar. Anggap sahaja dia memang suka dengan masakan kita yang sedap tu. Dia ambik bekal kita bagi tapi dia tak mau bayar? Tak apa, gunakan cara seterusnya.
  3. Gunakan psikologi terbalik. Setiap hari bawak bekal untuk dia dan pastikan bekal dia tu lebih banyak dari bekal kita sebab dia memang tengah kebuluran tak cukup makan dan dia juga tak mampu nak bayar bahan mentah dan kos penyediaan penat lelah kita tu. Jangan buat sekali dua je, silalah buat berbulan bulan lamanya. Kalau kita tak sempat masak dan beli nasi lemak tepi jalan tu, pastikan kita beli juga untuk dia. Kalau kita beli untuk diri sendiri sebungkus, belikan untuk dia dua tiga bungkus. Cara ni pakai modal sikitlah, tapi kalau aku…bila hati dah bengang tu, sanggup aje!
  4. Bicara hati ke hati, beritahu dia bahawa bekal yang kita bawa tu untuk isi tembolok sendiri sebab nak jimat untuk perbelanjaan lain. Tak jadi jugak? Suruh je lah dia bunuh diri. Apa ke jadahnya benak benar, benda macam tu pun nak tunggu orang ambil 4 langkah semata-mata nak bagi dia faham. Dengar cerita masa sekolah dulu hebat benar, bijak pandai…bab makan harta benda orang tanpa redha ni sama aje pun dengan menyamun. Hishhhh! Ilmu mantik tak cukuplah tu. Mai menuntut dengan aku, aku cuci kloroxkan kepala otak tu bagi hilang berpasir!

Bab makan ni kena beringat lebih sikit, jadi darah daging. Kalau makan pun main taram je, jangan buat tak faham kalau kehidupan kita tak tenteram, kacau bilau serba serbi rasa tak cukup walaupun gaji kita tinggi berangka-angka bertingkek-tingkek mengalahkan kondo mewah sebelah KLCC.

Ada orang, kerja biasa-biasa saja, gaji pun biasa-biasa sahaja, hidup pun biasa-biasa sahaja tapi kepala tak serabut. Hidup harmoni dan tenteram penuh kesyukuran dengan segala yang ada. Tapi ada orang lain, gaji tinggi pangkat tinggi kasut juga tinggi tapi ego juga tambah tinggi, hidup pun hanya nak meninggi-ninggi aje. Hanya hati di dalam sahaja tidak berapa tinggi darjah keselesaan dan ketenteramannya. Itupun kalau rasa tenteram dan bahagia tu lebih penting dari duniawi.

Aku hanyalah orang yang biasa-biasa sahaja, tak pernah idamkan pangkat tinggi-tinggi, gaji tinggi nak lah juga tapi tak adapun tingginya. Namun yang paling utama, alangkah indahnya hidup ni kalau tahap tenteram tu tinggi, tahap gembira dan ceria juga tinggi tanpa perlu tersangkut sendat dengan gundah gulana dengan duniawi. Dan, antara faktor ketinggian tahap bahagia itu adalah dapat menikmati setiap rasa di lidah dengan titik peluh sendiri. Nikmat! Ayat mudahnya, masak sendiri dengan hasil gaji sendiri…tak faham lagi? Tu pun nak kena cakap!

Lebih bahagia andai boleh ukirkan senyuman di bibir orang sekeliling kita, bukannya masam mencuka penuh dengan rasa meluat. Tak percaya? Cer cuba! Cer try! Hanya hati yang dapat merasa betapa tenteramkan diri walaupun cubaan kali pertama, kedua atau ketiga itu terisi dengan perasaan riak. Bila dah banyak kali ulanginya, syaitan pun malas nak desak lagi huh u huhu.

Selamat berusaha!

Anda tergolong dari golongan suka ngendeng makanan orang? Sila taubat cepat. Mana tahu orang dah sakit hati, diletaknya racun tikus dalam bekal tu, percuma aje masuk kubur tak sempat bersantai nikmat dengan perabut mahal yang kita beli tu!