Isnin, 13 Mei 2013

Khidmat Guaman Percuma di UKM


Ada berita baik kepada sesiapa yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat peguam. Semoga entri ini membantu ramai orang…

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyediakan khidmat nasihat guaman percuma kepada orang ramai. UKM merupakan satu-satunya sahaja universiti yang menyediakan perkhidmatan undang-undang percuma sambil memberi latihan kepada para siswazah undang-undangnya.

Ramai orang memerlukan nasihat guaman tetapi mereka kurang arif mengenai tatacara atau segan tampil ke hadapan untuk membuat aduan. Klinik Bantuan Guaman UKM berjaya memperkenalkan orang ramai yang kurang berkemampuan kepada peguam-peguam yang sanggup mengendali kes mereka secara percuma hingga ke mahkamah.

FUU UKM telah menubuhkan Klinik itu sebagai projek kerjasama dengan UNIKEB. Ibu pejabatnya terletak di Aras 3, Wisma UNIKEB di luar kampus UKM. Ia beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat (10 pagi - 4 petang), dan ditutup semasa cuti umum .

Klinik itu telah memberi perkhidmatan undang-undang pro bono atau percuma sejak 22 Jun 2011. Perkhidmatan itu disediakan oleh pelajar Fakulti Undang-Undang (FUU) di bawah pengawasan Pengarah klinik, kakitangan akademik dari FUU dan pengamal undang-undang dari luar. Ia juga mendapat sokongan peguam, penyelidik, pendidik, ahli akademik dan siswa.

Matlamat penubuhan klinik itu adalah untuk menyediakan khidmat nasihat undang-undang kepada mereka yang memerlukannya tetapi kekurangan kemampuan. Ia juga menyediakan latihan amali kepada siswa fakulti itu di bawah penyeliaan pengamal undang-undang dan para pensyarah yang berkhidmat secara sukarela.

Klinik Bantuan Guaman itu juga bertujuan memberi pengalaman kepada mahasiswa undang-undang UKM dengan suasana pengurusan klien.Segala persoalan undang-undang akan dikendalikan oleh para pensyarah dan pengamal undang-undang manakala urusan pentadbiran harian di Klinik itu diuruskan oleh siswa Fakulti.

Perkhidmatan klinik itu diiktiraf oleh Majlis Peguam yang turut menghantar graduan undang-undang untuk latihan bersama kakitangan Fakulti Undang-Undang UKM. Peguam-peguam yang akan mengendalikan kes-kes klien ke mahkamah terdiri dari sukarelawan Biro Bantuan Guaman Negeri Selangor.

Ia menawarkan khidmat nasihat perundangan secara percuma kepada orang ramai (termasuk kakitangan dan para pelajar) dan segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian 03-89214919 atau email kbg@ukm.my. Klinik ini terletak di Aras 3, Wisma Unikeb, Universiti Kebangsaan Malaysia. Boleh juga layari laman sawang Klinik Bantuan Guaman UKM.


Jumaat, 10 Mei 2013

Bila Allah Tidak Izinkan Lagi

Ramai orang terlupa tentang kebesaran kuasa Allah. Aku juga!

Bila dia berbuat jahat, setiap kejahatannya itu bagaikan direstui. Lalu kita merasakan sangat tidak adil dengan situasi itu, padahal Allah lebih tahu percaturan terbaik setiap hambaNya.

Bila dia mendapat hidup yang lapang, dia tidak bersyukur. Masih jua tamak untuk menguasai. Lalunya kita merasakan sangat tidak adil dengan situasi itu, padahal Allah lebih tahu percaturan terbaik setiap hambaNya.

Bila dia dianugerahi rezeki yang mencurah, dia tidak menghargainya. Masih lagi haloba untuk mengaut laba dunia biarpun menggunakan jalan yang salah. Seakan terlupa kepanjangan usia yang kian memendek. Padahal Allah sendiri sering mengingatkan dalam kitab, mati itu pasti datang biar sejauh mana kita lari.

Ketika dilimpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah, dia terlupa untuk menghargai hingga sanggup mengkhianatinya… Allah lebih tahu percaturan setiap hambaNya yang ada masanya terlalu sibuk untuk insafinya.

Dan ketika Allah mendatangkan musibah kepadanya, masihkah lagi dianggap ujian untuk dia yang terlalu jauh tersasar itu? Bila Allah tidak izinkan lagi, maka tamat sudah perancangan manusia. Tidakkah kita sedar, ujian untuk dia itu masih juga menjadi ujian untuk kita juga. Menguji sejauh mana empati kita selepas dikhianati. Menguji setakat mana kentalnya jiwa kita untuk memaafkan dia, memberi sedikit ruang untuk dia kembali ke pangkal jalan.

Allah maha tahu. Allah maha hebat dan berkuasa, melebihi segala jenis kehebatan yang ada di dunia.

Biarpun mahu rasanya bergembira dengan apa yang berlaku itu, namun aku tahu, antara dia dan Allah siapalah kita untuk menghakiminya. Semoga dia sempat untuk kembali ke pangkal jalan sebelum benar-benar terlambat.

Usah menganiaya orang demi kepentingan sendiri. Doa orang teraniaya itu tanpa hijab. Doa yang Mudah makbulnya. Dan doa aku saat dianiayai sebegitu pernah makbul dalam waktu yang cepat juga tanpa aku sendiri menyangkanya. 

Ketika itu, aku sendiri terkedu sama ada untuk gembira dan syukurinya, ataupun bersedih. 
 



Khamis, 9 Mei 2013

Yeehahhhhh! Sudah Kembali!


Dah kembali ke bumi Malaysia nan terchenta.

Macam-macam hal berlaku walaupun hanya 3 hari aje aku keluar dari sempadan. Kalau lagi lama, entah apa-apa lagilah ya…

Nengok jugaklah pasal perhimpunan 805 di Stadium Kelana Jaya. Meriah betul. Sesak tak bergerak kereta ya…

Aku masih lagi bercuti hingga Ahad ni. Jadi, malas nak semakkan otak dengan banyak perkara yang dah tertinggal tu. Banyak kerja aku belum siap hu hu hujadi sekarang ni masa untuk berkerja keras walaupun masih dalam tempoh bercuti. Budak sekolah nak  buat kerja sekolah ya ;)






Rabu, 8 Mei 2013

Masalah Berbahasa Melayu?


Jika anda bermasalah untuk berbahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan...bolehlah dapatkan bantuan di sini:


Mereka sedia membantu anda.
Cubalah!

Selasa, 7 Mei 2013

Cerita Tentang Lantai dan Kaki


Aku memang cerewet. Bukan seorang dua yang kata, ramai dah. Aku memang menyedarinya juga. Sesiapa yang dah telaah isi kepala blog aku ni akan menyedarinya tahap cerewet aku tu tinggi. Tak percaya? Cer tengok bab gadis melayu yang menyewa rumah aku duduk sekarang ni. Cuba baca realiti gadis melayu zaman sekarang, atau sekurang-kurangnya tengoklah perempuan cantik bila masuk surau. Betul tak? Cerewet tak?

Bab makan, aku pastikan makan hanya makanan yang bersih, halal sudah semestinya. Kalau tersalah penyediaannya kurang bersih, sah akan kena cirit birit.

Itu bab makan. Belum lagi bab alahan kulit. Salah pakai produk, sehari dua je memang nampak kesannya. Pernah sekali aku TERpakai lipstik yang tamat tempoh kot, tapi menurut Dina...lipstik boleh pakai hingga 5 tahun. Lipstik tu belum sampai dua tahun pun lagi. Bila pakai, dalam masa seminggu bibir lebam. Sampai sekarang kesannya ketara lagi terutama bibir atas. Nasib baik bibir bawah dah mula hilang. Itupun jenuh! Lama bukan main!

Kes tu buatkan aku lebih berhati-hati pilih produk, apalagi kalau libatkan benda yang perlu ditelan. Mesti lagi cerewet check segala. Kalau nombor KKM pun tak ada, minta maaflah, aku tak akan ambil. Yang ada no KKM pun kena semak juga, betul tidaknya nombor tersebut. Banyak produk dikeluarkan dengan menumpang nombor KKM produk lain. Silalah hati-hati memilih makanan kesihatan tambahan.

Kalau tempat tu berhabuk, hidung aku mudah sangat dapat mengesannya. Kalaupun tak bersin, mesti susah nak bernafas. Kalau kat tempat orang, aku tahan ajelah nafas sebelum cuba beredar dengan kadar yang segera. Kalau kat rumah sendiri…mmmmm kenalah buat operasi membuang habuk.

Itu belum campur lagi dengan lantai yang kotor. Walaupun mata kasar Nampak okey aje, tetapi kaki aku ada alat pengesan khas. Kalau tak mop lantai dua minggu tu, automatic aje tapak kaki akan gatal-gatal hingga muncul bintik-bintik kecil berisi air bias. Cerewet tak aku?

Jadinya, kenalah sentiasa bersih keliling rumah yah u huh u itulah sepatutnya. Kenalah selalu mop lantai. Kenalah selalu buang habuk. Kalau nak kaki lebih jelita, kenalah sentiasa dibelai agar rekahan di tumit terutamanya hilang. Bila kaki lembut je memijak lantai yang dah tak ada habuk…yeeehahhhh! Nikmat dunia namanya tu ;)