Khamis, 14 Februari 2019

Benarkah Lelaki Menyokong Poligami, dan Wanita Menolak Poligami?


Masih lagi berkaitan tentang Suami Orang Ajak Kahwin.  Ni kira latihan mengundi sebelum buat praktikal dalam Pilihanraya Kecil Semenyih nanti.

Berikut adalah keputusan undian rakan-rakan di facebook ambo;

Jumlah Rakan FB: 101, tak pasti pulak berapa ramai yang aktif dan tak aktif. Haaaaa boleh dah semak semula mana-mana yang tak aktif tu, kita rehatkan sementara.

Ambo ni hanya terima rakan-rakan yang tertentu sahaja. Yang tak kenal jarang ambo terima jadi kawan, kecuali sebelum tu dah saling berkomunikasi di tempat lain. Kira malas dah nak terima orang-orang yang sekadar nak menambah bilangan kawan di FB tetapi tak tau ke mana hala, like tak pernah, komunikasi tak pernah, apalagi nak komen atau share. Tau lah tidak saling mengenal, namun itulah peluang untuk kenal. Sesekali tu perlu jugak ada komunikasi. Mula-mula memanglah segan, dah lama nanti akan rasa akrab.

Ramai jugak orang yang jadi kawan di FB je awalnya, tetapi boleh jumpa dan ngeteh dan saling bertanya khabar. Bukan sokmo nak jumpa ponggg, ya dak? Gitulah caranya nak jadi kawan FB dengan orang tak bermasyarakat macam ambo ni. 

Jumlah yang mengundi: 22

Kalau dalam pilihanraya betul, hanya 22 peratus sahaja yang mengundi. Jadi tak boleh nak bentuk kerajaan baharu. Tak dapat 2/3 undian kannnnnnnn. Ingat senang PH nak bentuk kerajaan, itu pasal gabung sana sini carca marba macam rojak pasemboQ tu...mmmm sedapnya rojak pasemboQ. Lama dah tak makan.

Jumlah Undian “terima je suami orang yang katanya baik tu”: 8 undi. 50 peratus daripadanya adalah wanita. Wahhhhhh! Siapa kata wanita tolak poligami? Siapa kata wanita anti poligami? Wanita zaman sekarang ni dah boleh terima poligami rupanya. Dah tentulah wanita boleh terima poligami asalkan bukan suami dia yang poligami opssss! Nak poligami kena betul caranya tau...

Jumlah Undian yang “menolak untuk kahwin suami orang”: 14 undi. Dannnnnnn terdapat satu undi daripada lelaki. Haaaaaaaaa rare tak lelaki itu? Rasa nak interview je lelaki ni ini huhuhuhu 

Sebenarnya dalam hidup ambo ni agak kerap jugalah jumpa lelaki yang tidak menyokong poligami. Pesannya kat ambo, kalau boleh elak, elaklah...tapi kalau tak boleh elak, tak jadi kesalahan kerana Islam haruskan poligami dalam kes tertentu. Cuma, caranya kena betul. Lagi sekali, berkaitan CARA. Bagaimana poligami itu bermula kena betul caranya, bukannya lari kahwin ke Siam, balik sini daftar perkahwinan pun takkk....ehhh ni yang nak bebel ni!

Apapun undi yang anda buat, anda ada alasan yang tersendiri, seperti mana pendirian ambo jugak yang berada pada satu titik pegun; tunggu dan lihat sehingga benar-benar yakin. Bukan tak yakin dengan poligami tu, memang yakin pun poligami selesaikan banyak masalah, tetapi kalau cara tak betul poligami boleh undang lagi banyak masalah. Ambo kena yakin dulu calon yang nak berpoligami tu dahulu, kemudian boleh hormati dia. Tak ada 2 perkara ini tak adalah pemula kepada kisah seterusnya. Bukan mudah nak hormat orang apalagi kena ugut libatkan hal poligami.

Kesimpulannya, poligami itu tak salah. Yang salah dalam banyak kes poligami adalah orang yang berpoligami itu sendiri. Kemampuan bukannya diukur dari sudut kebendaan, banyak duit pun kalau berat sebelah pun tetap dikira tak adil. Mampu berlaku adilpun kalau tunggu isteri-isteri sahaja yang berkerja, tetap juga dianggap tidak adil. Timbangannya dari banyak sudut.

Nak terjebak dalam konflik poligami ni bukan susah. Untuk kes ambo, ini bukan kes pertama, tapi paternnya tetap sama. Kepada yang bercadang untuk poligami, tanyalah diri, mampu tak bahu memikul di dunia, mampu tak kepala menjunjung di akhirat?. Kalau fikir yang ni...tak ramai akan putuskan untuk berpoligami.

Kepada wanita yang memutuskan untuk berkahwin dengan suami orang, tanyakan semula kepada diri, mampu tak jeruk hati sendiri menahan rasa? Mampu tak terima kesengetan suami yang tidak mampu berlaku adil? Mampu tak bersendirian ketika kita sakit dan perlukan suami di sisi tetapi suami tak ada?  Atau…berupaya tak kita uruskan keluarga dan anak sendiri macam tak ada suami kerana suami kita itu tetaplah juga suami orang. Lagi-lagi kalau perkahwinan tersebut berlaku di Siam dan dirahsiakan dari semua orang. Ingat seronok ke rampas suami orang. Tapi...lagi susah nak elak bila suami orang mula mengejar.

Ehhh! Panjang pulak aku bebel pagi ni…nak bebel lagi sebenarnya, tapi kerja belum siap. Buat kerja dululah! Lain kali sambung nyembang topik hangat ni sambal nyirup kupi.

Rabu, 13 Februari 2019

CINTA SUAMI ORANG


Semalam dan hari ni, ambo ada muatnaik hantaran berikut di facebook:



Ya, dah lima kali (yang ambo sempat bilang), dia si suami orang ajak kahwin. Statusnya suami orang. Ada anak 4 orang dan seorang isteri berkerjaya. Dahulunya perkahwinan mereka jarak jauh (tak jauh manapun takat Bangi dan Kuala Selangor), isterinya yang lebih jelita dari ambo itu seorang akauntan. Setiap kata si suami orang nan lebih muda dari ambo ini bak gula batu, manis sentiasa. Kalau ikut katanya, dia seorang yang baik. Kata dialahhhhhhh, bukan ambo kata!

Ambo faham ini isu sensitif. Isu panas. Isu hot meletup letup kebambommmm. Namun, kita perlu berlapang dada melihatnya dari banyak sudut.

Bila ambo letak hantaran itu untuk rakan-rakan undi, bukan bermakna ambo dah pening kepala sangat dah nak fikir hingga kemurungan, bukan juga ambo dalam dilema atau tengah keliru, tidak juga nak usi-sik pendirian rakan-rakan semua. Bukan ambo nak kahwin dengan suami orang. Itu hanya pendapat masing-masing, tidak menggambarkan pun pendirian ambo dalam bab poligami ni.

Maaflah andai rakan-rakan perempuan yang berstatus isteri atau rakan lain yang pernah berada dalam situasi begini sama ada sebagai isteri, anak, bakal isteri dan sebagainya rasa status tu menyentap hati. 

Kerapkalinya, bila seseorang perempuan itu mula menua (macam ambo) dan belum ada tanda-tanda nak ubah status jadi Puan, maka, ramai yang beranggapan golongan ini perempuan tak laku. Ambo pun pernah dapat cop tu. Maklumlah muka tak berapa nak pulih melepak, kulit tak berseri-seri atau tak reti nak mekap berinci tebal. Orang selekeh katanya lambat laku. Kalau paras rupa yang jadi perkara pertama, maaflah…tak pilih ambo pun ambo tak kecil hati.

 Dah lah tak laku, memilih pulak tu. Memilih sangat hingga jodoh lari. Itu cop biasa ambo dapat. Katanya, sebat ajelah sesiapapun asal ubah status. Sekali lagi, maaflah. Ambo hanya akan kahwin dengan orang yang ambo boleh hormat je, sebab ambo nak masuk syurga. Janganlah sebab seorang lelaki bergelar suami, ambo tercampak jauh dari pintu syurga. Kahwinilah lelaki yang boleh kita hormat. Kelak, kita tak akan ingkar, melawan dan durhaka.

Ambo bukan anti poligami. Bermakna, ambo boleh terima pun sebab itu hukum Allah. Memang wajib terima. Namun, kalau menerimanya hanya sebab nak ubah status itu, baiklah tak payah. Banyak factor lain yang mempengaruhi. Ia tetap berbalik semula kepada “hanya akan kahwin dengan orang yang boleh dihormat”. Hormat itu bukan mudah datangnya. Kalaupun anda ustaz yang sentiasa mengalir ayat Qur’an di bibir sepanjang masa tetapi tidak aplikasikan dalam kehidupan, asyik dok ugut “lawan saya awak masuk neraka”, maaflah…itu bukan pilihan ambo. PANG kang! Haaaa kan dah muncul semangat pendekarnya tu!

Kepada rakan-rakan yang prihatin beri pendapat dan nasihati ambo dalam kedua-dua hantaran tersebut, terima kasih daun keladi. Ambo sangat hargainya. Buat masa ini, ambo belum ada niat nak terlibat dalam poligami lagi. Ayat bergulanya belum cukup manis untuk membius emosi ambo. Ambo juga tak pernah terfikirpun untuk ganggu gugat ketenteraman keluarga orang. Jadi, biarlah ambo duduk jauh-jauh, teruskan hidup macam biasa.

Kita tunggu kali ke 40 dia ajak kahwin baru ambo fikir, baru ambo pergi jumpa isteri terchentanya, jumpa keluarga mertuanya, keluarganya juga…kalau selepas tu masih juga TERACUN dengan janji manisnya, baru lah ambo bawak dia jumpa wali ambo, kemudian buat istiharah mohon petunjuk dan buat keputusan. Jauhhhh lagi perjalanannya.

Mentang-mentang ambo ni BUKAN golongan antipoligami, janganlah anggap semudah itu caranya. Walaupun ambo dah nak pencen, tapi ambo masih ada wali tau, jangan dok buat tak tentu hala. PANG kang!

PsssT: Sesiapa yang ada suami tu, jangan risau suami anda skandel dengan ambo sebab ambo akan mintak izin anda untuk kahwin, janji...ambo tak sorok-sorok kahwin kat Thailand. Janji, ambo tak sondol tak tentu hala.



Jumaat, 8 Februari 2019

BORONG BARANG MURAH DI CHINA? BETUL KE MURAH?


Ambo dah pernah sampai Beijing awal tahun 2003 kot. Laaaaaaaama giler! Tapi masa tu semua yang pergi China naik sawan memborong. Gila tak borong kalau barangnya cantik-cantik, murah berkali-kali ganda dan masa tu tukaran asing pong memberangsangkan. Bayangkan ajelah, satu winter coat tu ambo beli dengan harga belas-belas ringgit je.

Dah pergi sekali jadi ketagih pulak nak landing-landing di China ni, maklumlah...barang-barang di China murah ya amat... tapi ambo pergi tempat lainlah pulak...Kunming, Lijiang. Yang ni pergi makan angin, bukan pergi China memborong barang. Kalau nak memborong sakan, memang China antara tempat boleh tuju, sama ada borong untuk kegunaan sendiri ataupun borong barang murah untuk berniaga. Tanyalah sesiapa pun, mesti setuju bab ni.

Ambo ada sesuatu yang menarik sangat nak kongsi-kongsi hari ni. Sebelum tu, Ambo nak tanya, pernah tak terfikir untuk shopping beli barang di China tanpa perlu pergi ke China? Alaaa….shopping online ala-ala kat Shopee tuuuuu…..

Tapi ni bukan Shopee tau, ni shopping kat website China terus! Ya, tak payah tunggu dan berebut booking tiket Airasia murah baru boleh beli barang! Jimat masa, jimat kos...ding dong posmen dah hantar depan pintu rumah.

Best sangat ke shopping kat website China terus ni? Selamat ke? Sampai ke barangnya? Harga murah sangat ke?

Haa…post ni akan menjawab semua soalan tu tau. Post ni sesuai untuk sesiapa yang suka membeli online murah nak dapatkan sumber yang pelbagai juga. Paling sesuaiiiiiii untuk sesiapa yang sedang berniaga dan sedang mencari-cari lubuk untuk beli produk dengan harga kos lebih rendah dari ambil di Malaysia!

Biar betik! Yaaaa memang betul! Kita makan aje betik tu, kita hanya klik klik online sahaja, kemudian tunggu barang sampai. Itu kalau nak guna sendiri, kalau nak jual kita cerita cara nak jual juga.

Memborong barang murah di China ni kena beli banyak-banyak sampai 500 - 1000pcs atau berkontena-kontena ke? Ambo pernah dengar orang cerita, kena borong satu kontena produk baru boleh dapat harga murah.

Takkkkkkk lah! Nak membeli 1 unit pun boleh.
Beli 3-5 unit dah layak dapat harga borong seolah-olah kita order 100 pcs. Tak percaya kan? Mehhh sini, terus baca hingga penamat.

Cuba tengok screenshot ni;





Haaaaaaa kalau kita beli 1 unit, 3 unit pun boleh!

Stokin tu boleh beli banyak-banyak sebab sepasang tu dalam singgit lebih jerr. Salah hari boleh jadi stoking pakai buang huhuhuhu. Beg sekolah Roblox tu trend budak-budak sekarang, harga di pasaran sekarang ni dalam RM70-80 sebuah. Harga dari China hanya 57 Yuan sahaja! Nak tahu harga Malaysia? Bahagi dengan 1.55 dapat harga dalam Ringgit Malaysia. Harga Beg sekolah Roblox tak sampai RM40 kau! Bergaya sakan anak ke sekolah, sepesen je belaka dengan sepupu sepapat mereka. Keriangan anak-anak hanya separuh harga dari beli di kedai belakang rumah ambo!

Itu kalau beli untuk kegunaan sendiri. Sesiapa yang baru nak mula cari duit tambahan tu, ini peluang melayang namanya. Nak bergolek tu, lambat sangat nak sampai huhuhuhu Silalah rebut sebelum menyesal!

Jadinya, tak perlu beli banyak. Boleh beli untuk diri sendiri dan keluarga, boleh mula berniaga kecil-kecil dalam kalangan rakan-rakan dah. Ada order, baru order di web China tersebut dan pos terus ke alamat customer. Piece of cake! Nak senang, buat dropship terus….tak payah sibuk nak packing parcel lagi dah. Mudah kan?

Ada barang apa lagi?

Search je apa-apa pun insyaAllah ada kat Land of China yang besar tu… pelbagai jenis kualiti dan harga ada. Ni contoh barang2 lain yang ada;





Pokok pisang viral pun ada tau! Mmmmmm sesuai benar letak pokok pisang dalam rumah sempit ambo ni huhuhuhuhu opsssss!

Barang2 Nordic pun ada. Search je.

Lepas dah pandai search, nak urus shipping macam mana pulak?

Ha, yang ini kita cuma guna satu apps khas untuk create shipment, bayar shipment dan kita juga boleh check tracking perjalanan barang tu. Jadi takde la kita risau barang tu takde khabar berita kan? Kalau customer tanya pun tak pening kepala nak jawab. Ni contoh screenshot kat bahagian shipment.




Klik je VIEW untuk kita boleh tengok barang tu dah sampai mana, kalau dah arrived Port, kita boleh tengok barang sedang di proses di kastam. Mudah sangat. Lagi best, tak ada apa-apa caj atau tax lagi yang perlu dibayar untuk keluarkan barang tu! Haaaaa yang ni kena hati-hati bila kata diperlukan caj sekian-sekian, salah hari scammer yang datang pulak.


MUDAH SANGAT MEMBORONG BARANG MURAH DI CHINA?


Nak belajar tak cara borong barang murah di China ni?

Boleh contact KakMunn di Whatsapp 017-2137897

Bukan setakat cara memborong, KakMunn akan bagi sekali:
1) Katalog id/link supplier yang trusted...tak perlu susah2 nak search lagi
2) Panduan asas berniaga di Shopee A to Z
3) Ada support group di FB, Whatsapp dan telegram. Ketiga-tiganya aktif menjawab soalan. Jadi tak perlu risau kalau blur dan terkapai-kapai. Berguru kepada yang tahu.

Bermula hari ini, 8hb Feb 2019 hingga 9hb Feb 2019, ada PROMOSI borang barang murah di China. Cepat-cepat rebut peluang ya...rezeki tersepak tak datang banyak kali. Sila buat keputusan yang tepat pada saat yang tepat. Hubungi KakMunn laju-laju untuk harga promosi ya. Jangan kata akak tak payunggg!


Pepatah Inggeris ada mengatakan, “NEVER PUT ALL YOUR EGGS IN ONE BASKET”.

Tapi...ambo sekolah atap je. Cikgu royat, kalau tak tahu, sila bertanya sebelum sesat jalan, Sebelum terlambat. Orang dah sampai bintang, kita masih meraba sensorang berangan memborong barang murah di China.

MALU APA, BOSSKU!!!




Khamis, 7 Februari 2019

Dikir Malu Apa Bossku



Huhuhuhuhu tengah trending sekarang lagu MALU APA BOSSKU
Jom kita dengar lagu MALU APA BOSSKU versi dikir barat nyanyian Ezeri L P & Fadil Turbo;




Ni dia lirik lagu dikir MALU APA BOSSKU

MALU APA BOSSKU 6x

Kito Caro Kito Biar Ore Caro Ore,
Apo Kito Ado Anugeroh Dari Tuhe,
Nok Malu Apo Didale Kehidupe,
Sesok Atau Kayo Buke Jadi Ukure,

MALU APA BOSSKU 3x

Ore Keto Besar Keto BMW,
Kito Cumo Paka Keto Dasun Woh Ulu,
Pade Dengan Modal Bakpo Kito Nok Malu,
Jange Kito Hira Malu Apa Bossku,

MALU APA BOSSKU 3x

Ore Paka Seluar Beli Butik Padini,
Kito Cumo Paka Hok Beli Dale Guni,
Siya Duo Riya Xmalu Doh Sekali Ni,
Asal Tidok Tala Duit Belanjo Anok Bini,

MALU APA BOSSKU 3x

Ore Rumoh Banglo Rego Beratus Ribu,
Kito Ore Kampung Rok Duduk Rumoh Kayu,
Xsoh Agah Sombong Kalu Kito Xmampu,
Patut Kito Bersyukur Malu Apa Bossku,

MALU APA BOSSKU 3x

Perfium Ore Paka 4 5 Ratus Ringgit,
Kito Minyok Ata Hok Ore Wak G Sejid,
Ore Modal Tebal Harto Setinggi Bukit,
Turut Xdok Pasal Kering Pitih Dale Beg,

MALU APA BOSSKU 3x

Kito Keno Yakin Meletok Halo Tuju,
Hidup Setanding Dengan Ore Samo Maju,
Xsoh Kito Banding hok mampu Dan Xmampu,
Kito Keno Bersaing Malu Apa bossku,

MALU APA BOSSKU 6x

Jumaat, 17 Ogos 2018

ISTERI MELAWA SANGAT PUN SUSAH JUGA


Kalau isteri bau bawang, memang sah-sah lah kena kritik tak reti berhias. Peristiwa ini berlaku kepada seorang lelaki yang usianya melebihi 50 tahun. Kalau ikutkan, dia lagi tahu hal-hal berkaitan hukum dan tanggungjawab berumah tangga sebab ini bukan perkahwinan pertamanya. Lagi pula, dia sekolah tinggi bertingket-tingket, bab agama memang bidang dia. Tapi itulah, hairan juga aku bila situasi ini berlaku.

Kat bawah aku salin semula status di facebook;

****        *****************   **************
Semalam mesorat berderet. Habis mesorat pertama, memasing membawang. Entah macam mana, keluar isu seorang pensyarah lelaki dari fakulti lain tengah kechiwa walaupun baru kahwin dengan isteri baharu.
Rupanya, dia adalah suami ke 4 perempuan cantik itu. Untunglahkan dapat kahwin dengan perempuan cantik. Namun ada sesuatu yang sebabkan si suami berkeluh kesah.
“Isterinya itu Janda Berhias”, kata si bawang besar Holand.
“Okeylah tu...dahlah cantik, janda berhias pulak”, sampuk ambo.
“Apa pulak, asyik kena beli macam-macam. Melawa je kerjanya”, bantah bawang besar Holand.
Adehhhh!! Itu suka berhias, bukan Janda Berhias. Ikut suka dia je nak pakai simpulan bahasa, bagi tafsiran SALAH guna kepala sendiri.
Dapat isteri suka melawa pun salah, bau bawang lagilah salah. Dia suka melawa sejak dulu lagi kot, tak kan nak berubah jadi hantu kak limah bila kahwin dengan pak ostad. Adehhhh!!!
Hantu Kak Limah pun nak melawa jugak masa kawin...

“Dah bini dia, nak suruh sapa beli kalau bukan dia? Aku ni beli sendiri sebab tadak laki...ada laki, dialah kena beli. Kan bawang merah?” Kata ambo sokong tindakan isteri pensyarah hebat itu.
“Betul! Seluar dalam pun dia kena beli, mekap tak kan tak beli kot. Kami ni kalau ada laki, sah-sah dah laki yang kena beli...jangan nak ngelat, mentang-mentang bini kerja kena beli sendiri. Apa beza ada laki ke tak,” rungut bawang merah.
“Sebab tu Allah takdirkan kami single, tak pening fikir laki dok lepas tangan. Mentang-mentang kami belum kahwin, ingat kami tak tau senarai tanggung jawab suami”, sambung bawang merah.
Tersenyap si bawang besar Holand.
Kenapalah ramai sangat lelaki sekarang beranggapan kos hidup isteri yang berkerja tu isteri sendiri kena tanggung. Ambo bukannya kedekut, tapi tu paling asas. Dan paling rasa hilang respeknya bila mereka ni ahli agama. Mereka lupa kot erti nafkah. Tak terfikir ke berhutang nafkah?

Mmmmmm itu belum sentuh hal poligami lagi tu. Lepas tu senang-senang tuduh kami memilih. Memanglah kena pilih. Kalau dah sah2 nak kena manipulasi, baik lari awal-awal lagi.
Ehhhhh!!! Dah jadi entri blog pulak!

**************   **********   ***********

Yang buatkan aku geram adalah, usah beranggapan bila berkahwin dengan isteri yang bekerja, makanya, semua keperluan dirinya dia kena tanggung sendiri. Apa guna ada suami? 

Mungkin anda persoalkan, kalau dah suami berkemampuan, tak perlulah isteri bekerja. 



Jawapan bagi persoalan itu mudah sahaja; usah kata dia mampu kalau mahu penuhi keperluan diri isteri seperti mekap, pakaian, facial, perfume pun sampai gundah gulana sebegini. Orang berkemampuan tak kesahpun semua tu. Tak mampulah tu! Apa lagi kalau nak tanggung loan kereta, rumah, keperluan diri  dll isteri yang sedia ada sebelum mereka berkahwin.  Kalau isteri biasa upah mokcik kleaner sekali seminggu, itu pun suami kena urus. Patutnyalah. Yang tak patut berlaku tu usah berbahaslah, memang berlambak.

Ini bukan soal isteri kedekut nak memberi. Kalau dia kedekut nak beri hartanya pun, itu memang hak dia. Mana boleh suami pertikai.

Haaaaaaa, sebelum kahwin, sila mesorat dan buat perjanjian siap-siap biar jelas semua. Jangan buat anggapan yang lelaki memang TAHU akan tanggungjawab rumah tangga dengan alasan pernah kahwin sebelum ini dan usia dah lebih garis 50. Kalau bab barang keperluan diri isteripun dah berat nak beri, bagaimana nanti dengan nafkah anak-anak? Nafkah edah kalaulah usia perkahwinan tak panjang. Lagi culas lahhhh!

Janganlah hanya kerana hal kecik begini, rumah tangga runtuh pula. Kecil sahaja tetapi makan dalam. Setiap hari dok pendam, burai nanti...perang dunia meletus.