Jumaat, 22 Jun 2018

Layanan Super Duper Mesra di CIMB UKM


Ehhhhh! Dah raya ke berapa ni?

Lamanya tak tulis blog huhuhuhuhu buat-buat terkejut pulak ya.

Pagi tadi, ambo ke CIMB UKM di Bangunan UnikeB. Ada sedikit urusan kerja perlu dibuat, dahulukan duit sendiri, kemudian akan dituntut semula. Harapnya dapat penuhlah ya. Almaklumlah, bukan kecil anak jugak jumlahnya untuk ambo yang marhaen ni.

Petak parking memanglah banyak yang kosong sebab masih ramai yang belum gerak balik dari kampong halaman. Namun, apa yang mengecewakan, terpaksa juga parking di hujung nun sana kerana sikap sesetengah dari kita yang sangat PANDAI dan HEBAT parking kereta di luar petak.
Taulah masih banyak parking kosong, namun perangai makhluk dunia ke tiga ni macam nak kena lempang. Kalau pakai lori tu tak apalah jugak memang tak muat nak parking. Takat kereta biasa je tu, mintak tolonglah berhemah sikit. Tak perlu nak kejar sangat jadi negara maju kalau kesedaran sivik tu masih di bawah tapak kaki. 

Kereta ambo tak adalah besar hingga tak muat, tapi bila berdepan dengan mentality orang tak berapa nak cukup sikap sivik kat mental ni, baik saja ambo pergi jauh-jauh. Kang jadi apa-apa, penat pulak ambo nak TUKAR warna HIJAU. Itu kelemahan utama ambo, kalau marah boleh jadi HULK. Jadi elak je awal-awal.

Hati terubat bila berurusan di kaunter 6. Alahai cik Puan tu (lupa pulak nama dia), sangatlah mesranya penuh dengan senyum manis. Perghhhhhh! Rasa nak masuk kaunter hari-hari lah pulakkkk huhuhuhu

Rabu, 16 Mei 2018

Terima Kasih, Cikgu


Ambo bukannya sesiapa tanpa cikgu. Gurulah mendidik ambo kenal huruf, tanamkan ambo mana yang betul dan salah, bekalkan ambo semangat juang. Ya, ambo bukan pelajar cemerlang. Ambo hanya pelajar yang berada pada aras paling sederhana. Yang jarang dilihat. Yang bukan cemerlang pencapaian, yang bukan juga corot dan bermasalah disiplin panjat pagar bagai. Tapi, cikgu tetap nampak ambo. Tetap beri semangat untuk sentiasa berjuang. 

Dan kini, ambo berada di sini. Di tempat yang ambo sendiri tidak pernah impikan akan berada. Ditempat yang saing sobat ambo pun tak sangka sama sekali. Di tempat yang cikgu sendiri telan liur tak percaya bila tahunya (ada peristiwanya). Ambo bukan sesiapa cikgu, tapi doa cikgu buatkan ambo berada di sini. Terima kasih, cikgu!

Terima Kasih Cikgu



Ambo tak masuk ke tadika, terus ke darjah satu dengan naif. Orang lain dah pandai baca mengira, tapi ambo…hanya pandai conteng-conteng. Darjah satulah baru ada pensil sendiri. Baru ada kertas dan buku sendiri. Makanya, orang lain dah membaca laju tapi ambo baru nak kenal huruf. Orang lain dah pandai mendarab ambo baru kenal nombor. Tapi, cikgu tak pernah jemu membantu. Cikgu tetap percaya ambo boleh kejarnya walaupun lambat. Dan ambo, hingga kini perlu usaha lebih berbanding orang lain untuk capai apa yang orang lain mampu dapat dengan mudah. Ya, usaha bezakan ambo dengan pelajar lain kerana peluang lambat ambo dapat.

Terima kasih, cikgu.

Terima Kasih Cikgu versi Najwa Latif Upin Ipin



Di sekolah menengah, ambo memang lemah dalam matematik. Matematik Tambahan hanya sekali lulus. Penat cikgu terang bagi faham tapi ambo tak faham-faham juga. Ambo yang putus asa, tapi cikgu tetap semangat buat kelas tambahan percuma. Cikgu sentiasa semangat mengajar, bagi latihan macam-macam, bagi perangsang berapi-rapi. Hingga akhirnya, ambo tetap gagal Matematik Tambahan. Apapun, terima kasih, Cikgu. Ambo kagumi kesungguhan cikgu, dan itulah yang ambo amalkan hingga kini.

Cikgu, setiap jasa dan ilmu cikgu tetap ambo kenang. Tetap ambo ingat. Dan, setiap kali ambo putus asa dan rasa kecewa dengan anak bangsa sendiri, kesungguhan cikgu semualah jadi penguatnya. Jika cikgu dahulu tidak pernah jemu ajar ambo, buat kelas tambahan percuma tanpa minta duit untuk isi minyak petrol pun…patutkah ambo mudah hilang semangat.

Terima kasih cikgu, walaupun berjuta ucap terima kasih itu tak akan cukup untuk membalas segala budi itu. Cikgu, ambo di sini untuk teruskan legasi dan segala pahala yang semua cikgu salurkan selama ini. 

Jom, doakan semua guru di Malaysia sentiasa dirahmati Allah dan diberkati kehidupan. Dan, guru yang pertama dalam hidup setiap kita tentulah seorang ibu. Mek, terima kasih kerana berikan kehidupan kepada kami.

Selasa, 3 April 2018

Ada Anak Perempuan Pun Tak Boleh Jaga


Mek belum sihat lagi, masih terlantar memerlukan bantuan sepenuhnya  segala keperluan. Bila Mek bersuara dan kata “Anak perempuan ada, tapi tak jaga aku…” (sudah diterjemahkan, kalau letak dialek Kelate terus kang ampa jugak tak faham), ambo rasa macam hari tu jugak nak berhenti kerja dan balik kampong jaga Mek walaupun hakikatnya tak mampu pun jaga dia. Nak jaga diri sendiripun tak daya, ada hati nak jaga Mek yang perlu diangkat bagai. Tak sedar dirilah namanya tu.

Usah fikirlah yang tugas jaga mak tu jatuh ke bahu anak lelaki, namun bukan semua keperluan Mek sesuai anak lelaki yang urus walaupun hakikatnya banyak jugak urusan Mek adik bongsu ambo yang buat. Namun, sebagai anak, hati memang tersentuh sangat bila tak mampu nak jaga Mek walaupun bukan ada sesiapa larang pun. 

Dan Mek, luahkan rasa itu hanya kat ambo sahaja sebab ambo aje pun dia boleh cakap macam tu. Anak perempuan Mek yang lain dah tentulah tak boleh jaga dia kerana ada keluarga masing-masing. Yang ambo dok sedih ni, ambo bukannya perlu minta izin sesiapa pun untuk jaga Mek, tapi tetap tak mampu nak jaga.

Alasan kerja tak sepatutnya jadi alasan utama, tapi hakikatnya kalau ambo tak kerja, siapa nak bela ambo? Mmmmmmm banyak fikir pun susah juga. Tapi kalau ambo tak fikir, siapa nak tolong fikir untuk ambo?

Orang kata rezeki ada di mana-mana, namun dalam keadaan ambo macam ni, memang tak adalah mana-mana tempat nak terima ambo kerja kalau berhenti kerja sini. Haaaaaaa itu logic akalnya. Akal manusia je tau…bukan libatkan hal-hal iman, ketentuan dan blab la bla tu…

Mmmmm menung sekejab cari Tarikh untuk dapatkan tiket, nak balik kampong jumpa Mek. Rasa dah macam anak tak guna dah ni…hishhhhhhh!

Khamis, 15 Februari 2018

Bila Allah Menguji...

Manusia memang tak pernah sempurna, selagi bergelar manusia. Namun, ramai juga yang tak insafi tentang ini, ya lah...ingat diri sendiri tu hebat aje...bagus aje, baik memanjang. Tambah-tambah lagi bila berada di puncak kan....kalau panjat gunung, memanjang je pandang langit cari mustari atau pluto terus, nak pandang ke bumi huhuhuhu gayattttttt!

Allah uji kita dengan macam-macam cara. Ada orang diuji dengan kesenangan, harta bertimbun-timbun tujuh ganerasi bermewah pun tak habis...macam Qarun. Akhirnya...lenyap hartanya ditelan bumi.

Ada orang Allah uji dengan kuasa, semua orang berlumba mengampunya. Semua orang mahukan restunya, mahu dia menyokong...macam Fir'Aun. akhirnya berkubur di tengah Laut Merah.

Ada orang Allah uji dengan Wanita, akhirnya Nabi Yusof ke penjara dek godaan isteri pembesar Mesir. Godaan kita memang tak sehebat Nabi Yusof, namun, setakat mana bersedianya kita menepis godaan si jelita? Tak percaya? Tunggu hampir Ramadhan nanti, berapa ramai sanggup bersesak penuhkan Bangi Sentral menunggu berejam-jam di butik-bukit sekitar Bangi...itu baru satu hal, belum hal lain lagi tu huhuhuhu

Macam-macam ujian lain lagi ada. Allah uji dengan kecerdikan dan pandai, tetapi berapa ramai yang tidak manfaatkan sepenuhnya kebijaksanaan itu? Allah beri sanjungan dan penghormatan, bukan sedikit orang jadi bongkak.

Paling sedih, Allah bagi sedikit sahaja kecerdikan, sedikit sahaja ilmu, sedikit sahaja kesenangan hidup...dan dengan anugerah yang sedikit itu dia bongkak. dia tak amanah. dia gila kuasa. dia lancang menghukum. 

Mungkin dia tidak sedar, sebenarnya Allah sedang tarik EQ dia secara perlahan-lahan. Secara tak sedar. Dia tidak lagi memahami keperluan orang lain. Dia tidak lagi menjaga air muka orang lain. Dia tidak lagi pentingkan ummah, sebaliknya sedang membolot isi dunia ke dalam hidupnya.

Semoga kita tidak diuji sebegitu.

Rabu, 14 Februari 2018

Hukum "Pok Ya Cong Codei" Menipu

Nama Sabri Yunus melonjak dan meletop semula bila Pok Ya Cong Codei ditayangkan. Sabri Yunus dalam telefilem ni terlibat sebagai pengarah, penulis skrip dan pelakon. Ambo ambik masa berejam dok fikir hotel apa laaaaa nama Cong Codei tu huhuhuhu sel-sel otak gagal bersambung, nak buat macam mana huhuhuhu

Salah satu sebab utama mengapa nama Pak Ya menjadi sebutan penonton ialah apabila dalam sebuah babak di dalam telefilem itu menyebut hotel Concorde sebagai ‘Cong Codei’. Telefilem itu turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim, Mustapha Kamal.

Asal usul nama Cong Codei;



Dalam telemovie "Pok Ya Cong Codei", watak utamanya adalah Pok Ya, Tok Gedebe zaman dia di kampong dia termasuklah di Golok. Kira taglinenya sama macam Phua Chu Kang lahhhh kontraktor di JB, Batam dan Singapura huhuhuhu

Uniknya telefilem ni adalah;

1. dalam Bahasa kelate walaupun tak adalah pekat sangat. Penonton juga boleh baca terjemahan walaupun ada msanya terjemahan itu tidak betul-betul tepat, namun dah lebih kurang dah tu.
2. watak utamanya adalah Pok Ya, si Tok Gedebe (samseng) dari kampong, yang datang ke KL nak cari anak datok Sahak yang hilang. Walaupun guna watak utama yang berusia, orang kampong yang konon-kononnya macam kekampungan, namun telefilem ni berjaya jadi trending. Jadi viral. Jadi gempak. Ya lah…Kekasih Paksa Rela tu guna abang Am (Remy Ishak yang jadi kegilaan ramai, takat ni kegilaan terhadap Sabri Yunus tu tak pernah pulak atasi kegilaan yang sama terhadap Remy Ishak kan kan kan? Gitu lah perbandingannya.

Ending telemovie Pok Ya Cong Codei ni tak terjangkalah. Orang Gedebe macam Pok Ya tetiba kena tinggal dengan bininya yang lebih comel dari anak datok Sahak tu. Namun dialognya kemas mencengkam hingga penonton boleh ingat, iaitu: Mudah cari bini baru dari cari bini yang lari huhuhuhuhu



Kalau ikutkan, memang lah cerita ni pasal orang-orang samseng, orang Gedebe, jadi…mainan dia pun dok pusing tang tipu menipu itulah. Jom dengar apa komen Ustaz Azhar Indus pasal isu Pok Ya Con Codei tolong orang hasil daripada pendapatannya yang sebegitu. Dia tipu duit datuk sahak, kemudian beri kepada Hasan ke apa nama tah kekasih Datok Sahak tu…



Baguslah telemovie macam ni muncul dalam industri kita. Asyik-asyik Abang Am Kekasih Paksa Rela je muncul, asik-asik Kekasihku Ceo lah...kekasihku Abang Bomba lah....kekasihku Ustazlah...nak jugak nengok watak macam Pok Ya ni…yang tak ada rupa, tak ada harta tapi ada prinsip. Walaupun perbuatan tidak menghalalkan cara, namun banyak perkara boleh kita fikirkan dalam telemovie "Pok Ya Cong Codei"