Mek belum sihat lagi, masih terlantar memerlukan bantuan
sepenuhnya segala keperluan. Bila Mek
bersuara dan kata “Anak perempuan ada, tapi tak jaga aku…” (sudah
diterjemahkan, kalau letak dialek Kelate terus kang ampa jugak tak faham), ambo
rasa macam hari tu jugak nak berhenti kerja dan balik kampong jaga Mek walaupun
hakikatnya tak mampu pun jaga dia. Nak jaga diri sendiripun tak daya, ada
hati nak jaga Mek yang perlu diangkat bagai. Tak sedar dirilah namanya tu.
Usah fikirlah yang tugas jaga mak tu jatuh ke bahu anak
lelaki, namun bukan semua keperluan Mek sesuai anak lelaki yang urus walaupun
hakikatnya banyak jugak urusan Mek adik bongsu ambo yang buat. Namun, sebagai
anak, hati memang tersentuh sangat bila tak mampu nak jaga Mek walaupun bukan
ada sesiapa larang pun.
Dan Mek, luahkan rasa itu hanya kat ambo sahaja sebab ambo
aje pun dia boleh cakap macam tu. Anak perempuan Mek yang lain dah tentulah tak
boleh jaga dia kerana ada keluarga masing-masing. Yang ambo dok sedih ni, ambo
bukannya perlu minta izin sesiapa pun untuk jaga Mek, tapi tetap tak mampu nak
jaga.
Alasan kerja tak sepatutnya jadi alasan utama, tapi
hakikatnya kalau ambo tak kerja, siapa nak bela ambo? Mmmmmmm banyak fikir pun
susah juga. Tapi kalau ambo tak fikir, siapa nak tolong fikir untuk ambo?
Orang kata rezeki ada di mana-mana, namun dalam keadaan ambo
macam ni, memang tak adalah mana-mana tempat nak terima ambo kerja kalau
berhenti kerja sini. Haaaaaaa itu logic akalnya. Akal manusia je tau…bukan
libatkan hal-hal iman, ketentuan dan blab la bla tu…
Mmmmm menung sekejab cari Tarikh untuk dapatkan tiket, nak
balik kampong jumpa Mek. Rasa dah macam anak tak guna dah ni…hishhhhhhh!
2 ulasan:
Insya Allah... semoga mek cepat sembuh dan urusan cik puan blog di permudahkan. mungkin boleh celoh cari masa sesuai, mungkin buleh terbe kut atas balik ari. apa pun hanya empunyai diri hok mengerti.
Eelobor: Balik ari? huhuhuhuhu ambo tadak daya dan upaya sapa staro tu, boh!
Catat Ulasan