Rabu, 14 Februari 2018

Hukum "Pok Ya Cong Codei" Menipu

Nama Sabri Yunus melonjak dan meletop semula bila Pok Ya Cong Codei ditayangkan. Sabri Yunus dalam telefilem ni terlibat sebagai pengarah, penulis skrip dan pelakon. Ambo ambik masa berejam dok fikir hotel apa laaaaa nama Cong Codei tu huhuhuhu sel-sel otak gagal bersambung, nak buat macam mana huhuhuhu

Salah satu sebab utama mengapa nama Pak Ya menjadi sebutan penonton ialah apabila dalam sebuah babak di dalam telefilem itu menyebut hotel Concorde sebagai ‘Cong Codei’. Telefilem itu turut dibintangi oleh Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim, Mustapha Kamal.

Asal usul nama Cong Codei;



Dalam telemovie "Pok Ya Cong Codei", watak utamanya adalah Pok Ya, Tok Gedebe zaman dia di kampong dia termasuklah di Golok. Kira taglinenya sama macam Phua Chu Kang lahhhh kontraktor di JB, Batam dan Singapura huhuhuhu

Uniknya telefilem ni adalah;

1. dalam Bahasa kelate walaupun tak adalah pekat sangat. Penonton juga boleh baca terjemahan walaupun ada msanya terjemahan itu tidak betul-betul tepat, namun dah lebih kurang dah tu.
2. watak utamanya adalah Pok Ya, si Tok Gedebe (samseng) dari kampong, yang datang ke KL nak cari anak datok Sahak yang hilang. Walaupun guna watak utama yang berusia, orang kampong yang konon-kononnya macam kekampungan, namun telefilem ni berjaya jadi trending. Jadi viral. Jadi gempak. Ya lah…Kekasih Paksa Rela tu guna abang Am (Remy Ishak yang jadi kegilaan ramai, takat ni kegilaan terhadap Sabri Yunus tu tak pernah pulak atasi kegilaan yang sama terhadap Remy Ishak kan kan kan? Gitu lah perbandingannya.

Ending telemovie Pok Ya Cong Codei ni tak terjangkalah. Orang Gedebe macam Pok Ya tetiba kena tinggal dengan bininya yang lebih comel dari anak datok Sahak tu. Namun dialognya kemas mencengkam hingga penonton boleh ingat, iaitu: Mudah cari bini baru dari cari bini yang lari huhuhuhuhu



Kalau ikutkan, memang lah cerita ni pasal orang-orang samseng, orang Gedebe, jadi…mainan dia pun dok pusing tang tipu menipu itulah. Jom dengar apa komen Ustaz Azhar Indus pasal isu Pok Ya Con Codei tolong orang hasil daripada pendapatannya yang sebegitu. Dia tipu duit datuk sahak, kemudian beri kepada Hasan ke apa nama tah kekasih Datok Sahak tu…



Baguslah telemovie macam ni muncul dalam industri kita. Asyik-asyik Abang Am Kekasih Paksa Rela je muncul, asik-asik Kekasihku Ceo lah...kekasihku Abang Bomba lah....kekasihku Ustazlah...nak jugak nengok watak macam Pok Ya ni…yang tak ada rupa, tak ada harta tapi ada prinsip. Walaupun perbuatan tidak menghalalkan cara, namun banyak perkara boleh kita fikirkan dalam telemovie "Pok Ya Cong Codei"

Selasa, 13 Februari 2018

Bangunan KWSP PJ Terbakar

13 February 2018 - Bangunan KWSP Jalan Gasing Petaling Jaya yang terletak berhampiran Lebuhraya Persekutuan telah terbakar jam 12 tenghari hari ini

Video kebakaran bangunan KWSP PJ



Lagi Video kebakaran bangunan KWSP PJ, hingga api Berjaya dipadamkan;



Maklumat lanjut berkaitan kebakaran bangunan KWSP Jalan Gasing, PJ boleh diperolehi dalam video ini;



KWSP mengumumkan penutupan sementara urusan di bangunan ini untuk kerja-kerja pembersihan.

Ending Kekasih Paksa Rela



Demam Kekasih Paksa Rela dah habis kan? Haaaaaaa petang semalam, 12hb Februari 2018 slot Akasia TV3 ni dah menamatkan siri ini. Dah ending pun Kekasih Paksa Rela. Dah gembira pun peminat-peminat Remy Ishak Abang Am kesayangan semua tu. Dah kebah ke demamnya?
Ini edisi akak nak tegur. Ingat Abang Terlajak Laris sahaja ke reti Nak Tegur?

Tak payahlah aku tulis sinopsis Kekasih Paksa Rela ni...kalian lagi tahu dari aku pun! 
Cantik kan Pulau Belitung? Haaaaa Kekasih Paksa Rela buat penggambaran hingga ke Belitung kau!


Ni bukan kes cemburukan Abang Am Kekasih Paksa Rela tu. Remy Ishak tak bersalah pun, dia hanya berlakon dan lakukan kerja dia je. Namun, kita juga kena tengok jugalah masej apa yang disampaikan dalam sesuatu drama tu terutama bila drama berkenaan jadi trending dan kegilaan ramai. Bukan salah Kekasih Paksa Rela pun…nasib drama ni baguslah, jadi kegilaan dengan ikon Abang Am kacak bergaya itu.

Dalam setiap drama yang muncul sekarang ni, macam dah jadi trend pulak memaparkan tentang isteri yang nusyuz. Kekasih Paksa Rela tak adalah paparkan watak isteri yang terjerit-jerit tarik rambut terguling guling mintak cerai bila tahu dimadukan, namun…tetap juga wujud situasi “mintak cerai daripada suami”. Memang masyarakat kita seronok ke tengok drama yang sebegini? Asal bermadu je kena mintak cerai, asal bermadu aje kebahagiaan isteri dah tamat? Termasuk dalam Kekasih Paksa Rela? 

Kau tak kena mudahlah cakap!
Bukan soal dah kena, bukan soal belum kena. Kalau Abang Am tu macam Yusman, si bapak tiri Hanan Kaira, memang wajarlah isteri pergi tuntut fasak mintak cerai sebab dia sendiri ke laut lepas perangainya. Namun, bila watak Abang Am itu dibentuk sebagai seorang lelaki yang segak, bergaya, kaya raya, hebat cintanya....diterjemahkan sebagai lelaki yang sempurna serba serbi, makanya...atas dasar apa isteri yang dimadukan wajar minta cerai?

memanjang aje Abang Am pakai kot kan...kat tepi pantai pun pakai kemeja dan slack bagai huhuhuhu

Konflik dalam Kekasih Paksa Rela episod-episod menuju ke ending tu nampak mudah. Nampak tak adalah tegang sangat isteri mengamuk dalam Kekasih Paksa Rela. Hanya memberontak dalam jiwa je. Namun, kita kena akui, bermadu dalam Islam tu tak salah. Hukumnya memang dibolehkan. Dalam kes Kekasih Paksa Rela ni juga, Abang Am kegilaan korang tu juga mampu. Mampu dari sudut material. Mampu dari sudut jiwa dan kasih sayangnya. Persoalannya: kenapa nak kena cerai salah seorang isteri?

KOnonnya pengorbananlah kan? Bagi ambo, itu bukan pengorbanan. Itu pentingkan diri. Itu ego. Antara Hanan Kaira dan Kak Ros tu, tak ada seorangpun nak kembali dan merujuk kepada hukum al-Qur’an ke? Buruk benarkan poligami tu dalam masyarakat kita hinggakan situasi sebegini pun isteri nak kena mintak cerai daripada suami? Tak ada siapapun sedar ke hukum seorang isteri yang mintak cerai daripada suami tanpa sebab yang kukuh? Ataukah, sebab hati itu sudah dikira kukuh? Hanan Kaira atau Kak Ros tu pernah kena lempang Abang Am ke hingga boleh mintak cerai?

Bagi ambolah, kat sini kita boleh ketengahkan masej murni. Dek kerana Kekasih Paksa Rela dah jadi kegilaan ramai, makanya penyudah yang kemas dan baik boleh pengaruhi penonton. Tak perlupun drama berwatakkan kupiah dan jubah macam Tanah Kubur baharu kita boleh ketengahkan masej yang indah.

Watak Kak Ros boleh diindahkan lagi dengan secebis insaf untuk menelaah sikit hukum Al-Qur’an. Penonton tak marahpun kalau watak itu “pergi umrah”, kemudian balik bawa cara hidup baru. Balik dengan perubahan baru. Balik dengan rasa lebih redha dengan apa yang dah tertulis. Kemudian hidup bahagia selama-lamanya macam dalam filem hindi tu. Penonton tetap gembira asal Abang Am tak mati. Ya dak?

Yang utama, kita tetap tinggalkan masej positif tanpa langgar hukum hakam Islam sebab itu landasan pertama hidup kita. Namun, drama-drama kita jarang merujuk apa yang patut dan apa yang tak patut untuk bagi dimensi baharu dalam masyarakat melainkan temanya ke arah keislaman. Adakah nilai Islam dalam drama atau filem hanya difahami melalui jubah dan serban semata-mata? inti patinya mana?

Tak bolehkah sesiapa ingatkan Kak Ros hukum seorang isteri mintak cerai tanpa alasan kukuh tu? Sebegitu sahaja kita boleh terima sifat isteri sebegitu? Dah moden sangatkah cara hidup kita hinggakan hal sepenting ni kita abaikan. Ke ambo sorang je anggap "isteri minta cerai" itu sebagai sesuatu yang besar? Eh, banyak pulak soal ambo ni kan?

Eh, panjang pulak aku berleter hari ni huhuhuhuhu ampunnnnn! Abang Am punya pasal huhuhuhu

PsssT: Ambo bukan penyokong tegar poligami, ambo juga bukan anti poligami. Ambo sokong atau bantah poligami berdasarkan kes dan situasi. Bukan semua kes sesuai untuk poligami. Yang utama, hukum Allah tetap kena jadi nombor satu. 



Rabu, 31 Januari 2018

Sejam Menunggu untuk Mesyuarat


Ini kisah hari Isnin.

Ini tempoh paling lama aku alami. Mesyuarat dijadualkan jam 9 pagi, tetapi hingga jam 10 pagi masih lagi belum mula, bos kena kidnap di tangga dalam perjalanan ke bilik mesyuarat. Jadinya, apa kami buat untuk sejam tu? Apalagi…makanlah!

Malas nak sembang dan buang masa, aku buat kerja dulu, conteng-conteng atas kertas je apa yang nak dibuat sebab memang tak bawak laptop pun. Ya lah, mananya nak tahu penangguhan mesyuarat selama itu, biasanya kalau lambat pun dalam 15 minit je.

Bila mula mesyuarat, tak pepasal kami pulak kena leter. Sahhhh lah tu bos kena leter sejam tadi, tempiasnya kami yang kena. Akulah yang paling terasa kot walaupun dia tak sebut nama pun. Tapi bila dia cakap, “Kerja setiap hari balik lambat, hari minggu pun dating kerja… tapi KPI tak capai pun.  Apa buat pun tak tahu,”

Sentap ceQ tau!

Tau lah ceQ kerja mati-matian pun bukannya ada siapa bayar OT, bukannya kaya pong….tapi bila sebut macam tu umpama kata “Apa hal kau kerja rajin berganda banting orang lain….tapi tadak hasil?” gitulah lebih kurang.

Jadi, azam aku tahun ni adalah TAK NAK LAGI KERJA RAJIN!

Baiklah aju joli je sepanjang tahu…kalau KPI tak capai pun memang dah kenalah kan. Huh!




Selasa, 23 Januari 2018

Kemah Keming Tu Gapo Dia Maksudnya?



Dua hari ni ambo terkurung kat dalam bilik mesyuarat berbengkel dan gotong royong menyiapkan soalan kaji selidik yang bakal diedarkan kepada graduan hujung tahun nanti. Haaaaaaa ada 10 bulan lagi masanya tapi dah mula buat soalan ya kawan-kawan…sape kata orang gomen buat kerja saat-saat akhir huhuhuhu

Nak kata stress memang stresslah gotong royong begini sebab bila banyak kepala, banyak pulaklah ragamnya. Namun kalau kerja dalam suasana stress, memang akan tambah meletuplah kepala nak jana idea. Jadinya, awal-awal tu masing-masing sivik sikitlah. Formal. Sebab Pengarah ada. Lama-lama sikit, mulalah jadi huru hara. Macam-macam perangai ada.

Semasa bincang itu ini untuk buat keputusan atau baikpulih ayat sesama sendiri itu, macam-macam ayatlah keluar. Ragam pun macam-macam. Bila ada rakan-rakan utarakan idea bernas ketika kepala dah berat dan ting tong, makanya keluarlah ayat-ayat memuji segunung fuji seperti “Kemah keming, boh!”

Tetiba adalah pulak rakan yang lain bertanya kembali maksud ayat “Kemah Keming” yang selalu dituturkan oleh orang Kelantan atau Trengganu itu. Beginilah jawapannya;


Haaaaaa boleh faham tak agaknya? 

Dapat sakit hati jualah adanya rakan yang berasal dari Johor itu, kerana makna “kemah Keming” itu tetap diterangkan dalam Bahasa Kelantan juga. Makin peninglah si penanya. Berikut ada lagi perkataan yang sama makna dengan “kemah Keming” tu, diutarakan rakan FB ambo;


Jadi, apa maknanya “Kemah Keming” itu?

Jawapan yang rakan ambo berikan tu betul juga. Tak salah pun. “Kemah Keming dan “Tak Googet” itu adalah sinonim, iaitu sama maksud sahaja. Ataupun dipanggil juga sama erti.

Sebenarnya, kata “Kemah Keming” merujuk kepada "jawapan yang jitu, padu, bernas, padu, tepat…itulah yang dikatakan “Tak Googet” yang bermakna, “tak dapat dah nak digerakkan lagidek kerana jawapan padu berkenaan.

Itulah lebih kurangnya. Ambo bukan pakar Bahasa. Ambo cuba untuk membantu rakan-rakan yang tertanya-tanya tentang makna perkataan itu sahaja. Jika ada maklumat lain nanti ambo tambah lagi ya.