Masih lagi panas tentang penyitaan durian oleh KPDNKK Petaling Jaya? Kes pertama kot durian disita dalam sejarah Malaya ni.
Sekarang ni, durian hanya makanan orang yang “ada ada” aje. Rakyat marhaen macam ambo ni mana layak makan durian, mahal gilerrrr. Sebiji durian pun dah cecah RM100 wehhhh
Katanya, durian gergasi ini dijumpai di Malaysia, ada sesiapa tahu tak?
Tengoklah...sebiji tu tak terangkat dek tenaga seorang. kena usung berdua. Masuk pajero, senget terus. Penuhhhh!!
Perghhhhhh! Dapat makan seulas pun dah sepinggan apa besarnya. Boleh kenduri sekampung ni. Untunglah tuan empunya!
Kalau rasa tak berapa nak berani, tak payahlah tengok. Memang agak seram pun tambah lagi kalau tengok seorang diri. Waktu malam pulak tu.
Kalau nak tengok juga, ajak kawan-kawan, boleh menjerit secara berjemaah. Pastikan tengok pada waktu siang ya....
Cuba satulah aku nak komen, biasanya rakaman video begini hanya nampak dari jauh-jauh je lah walaupun bersumberkan CCTV. Hantu-hantu ni macam dah tau dah tang mana letaknya CCTV, jadi depa ni akan melintas jauh-jauh sana je...kasi nampak bayang je. Awatnya depa ni tak tayang muka tang depan CCTV tu ek? Tak mahu jadi retis ke?
Dah lama tunggu saat-saat ni. Tengok tajuk pun dah boleh menyebabkan
berlaku kesenyuman yang lebar...perghhhhh istilah apakah itu? Ampun lah Datok
Demang Lebar Daun, istilah Bahasa Melayu dah terbaling kuang tak tun tuang dah
niiiii.
Selama ni, meleleh air liur nengokkan ramainya rakan-rakan pergi umrah dan
haji. Aku? Mmmmm hanya memandang je lah. Simpan impian diam-diam. Doa diam-diam
untuk mendapat seruan murni dari bumi Haram tu. Haji memanglah lambatttt lagi,
tapi umrahpun payah nak lepas. Hanya sebab tiada mahram bersedia.
Bukan tak usaha, tapi dok usha Mek pun depa dok berkeras nak pergi haji,
walhal baru beberapa tahun mereka mengerjakan haji. Yang aku pulak dok
termanggu-manggu sensorang nak pergi tak lepas. Bila aku melayang dan melata ke
pelbagai tanah asing, ada hati pulak tu Mek komplen “Bukannya nak pergi umrah
dulu...dok berjalan merata”. Haaaaaa nampak tak pedihnya tu kat mana?
Bila Arab Saudi sudah membenarkan wanita berusia 25 tahun ke atas masuk ke Arab Saudi
menggunakan visa pelancong, (tanpa mahram). Kebenaran itu hanya untuk golongan
wanita berusia 25 tahun ke bawah yang masih lagi perlu ditemani ahli keluarga
atau mahram untuk ke negara itu. Semoga dimudahkan urusan orang-orang macam
kami nak pergi ni.
Visa pelancong itu akan berfungsi sebagai dokumen masuk
tunggal dan ia sah selama 30 hari; merangkumi mereka yang sudah berada di Arab
Saudi, termasuk yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah.
Alhamdulillah. Akhirnya dah boleh lompat bintang!
Kalau sebelum ni hanya mampu mengirimkan salam melalui rakan-rakan sahaja,
paling syahdupun kena jaga anak buah bila kakak aku mengerjakah haji...akhirnya peluang untuk golongan yang tak berapa nak mampu sediakan mahram ni
muncul jua. Macam manalah rasanya berada di Tanah Haram. Macam manalah rasanya
pertama kali tengok sendiri kaabah di hadapan mata. Tak sabar dah ni!
Dah lama sangat blog ni terbiar sepi. Tak sempat nak tulis apa-apa pun, sibuk bekerja. Ya lahhhhh kan rakyat Malaysia ni kan gembira dengan kerja masing-masing. Haaaaa tahap gembira tu hingga berjaya raih tempat ke 4 di rantau inilah kiranya. Hebattttttt!!!! Itulah sebabnyaaaaaaa, jangan buat tak percaya!
Rakyat Malaysia didapati banyak menghabiskan masa di tempat kerja daripada di rumah namun mereka masih gembira. Itulah yang aku amalkan sejak 20 tahun bekerja ni. Tengok? Itulah yang orang Malaysia lain buat. Setahun dua lagi boleh jadi negara maju dah ni...berdarah mata orang Jepun nengoknya tu.
Menurut kaji selidik JobStreet.com dalam kajian Indeks Kegembiraan Pekerjaan 2017 mendapati, daripada 10,143 responden, 58 peratus daripada mereka dilaporkan gembira dengan kerja mereka. Hasil kaji selidik itu juga menunjukkan pekerja Malaysia yang bekerja dalam perkhidmatan awam, makanan dan minuman serta industri perubatan adalah yang paling gembira. Haaaaa kannnn, itulah dia. Kami ni bergembira je sepanjang masa kat tempat kerja, siap boleh nyanyi-nyanyi lagi;
Hanya 29 peratus responden merasakan kurang habuan termasuk peningkatan gaji yang sedikit, tujuh peratus responden berkata kurang penghargaan dari syarikat merupakan penyumbang kepada rasa tidak gembira mereka. Itu pasallah PM terchenta kita tu kena umumkan bonus kepada penjawat awam tiap kali pembentangan belanjawan negara.
Sejumlah 35,513 pekerja terlibat dalam kajian itu di tujuh buah negara merentas 20 buah industri. Dalam kajian itu, Indonesia menduduki tempat pertama tahap gembira di tempat kerja (5.27 mata), Vietnam (5.19), dan Filipina (4.97 mata) di tempat ketiga, kelima Thailand (4.55), keenam Hong Kong (4.45) dan ketujuh Singapura (4.31).
Eh, orang seberang tambak paling tak gembira? Biar benarrrrrr!!!
Apa-apa hal pun, bila pergi kerja, jangan lupa niatkan kerja itu sebagai ibadah. Baharulah dapat manfaat duia dan akhirat.
Entri tahun baru...huhuhuhu belum buat draf lagi ucapan tahun baru 2018, kira entri ni sebagai intro untuk cari semangat bagi entri tahun 2018 ni ya.
Kita tak akan miskin bila bersedekah. Jangan kritik Budaya Ketabungan huhuhuhuhu
Allah tidak pernah berkira dengan kita, tetapi kita pulak nak berkira sesame manusia. Jomlah dengat sedikit nasihat Ustaz Kazim (DUKE);
Ada 3 perkara nak masuk syurga dengan sejahtera;
1. Ibadat kepada Allah dengan seikhlasnya
2. Jamu orang makan; tidak dikira membuang masa bagi orang-orang yang duduk dan makan-makan... (jom mencendol!)
3. Berilah salam
Mmmmmm Nampak macam mudah tapi pengisian setiap perkara tu perghhhhhhhh rasa nak terduduk weh untuk capai KPI. Beruntunglah orang-orang yang mampu capai semuanya tu.
Ambo belum! Sob Sob Sob
Jomlah kita pertingkatkan amalan kita pelan-pelan.