Memaparkan catatan dengan label peluang wanita kerjakan umrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peluang wanita kerjakan umrah. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Januari 2018

Dah Boleh Masuk Arab Saudi Tanpa Mahram



Dah lama tunggu saat-saat ni. Tengok tajuk pun dah boleh menyebabkan berlaku kesenyuman yang lebar...perghhhhh istilah apakah itu? Ampun lah Datok Demang Lebar Daun, istilah Bahasa Melayu dah terbaling kuang tak tun tuang dah niiiii.

Selama ni, meleleh air liur nengokkan ramainya rakan-rakan pergi umrah dan haji. Aku? Mmmmm hanya memandang je lah. Simpan impian diam-diam. Doa diam-diam untuk mendapat seruan murni dari bumi Haram tu. Haji memanglah lambatttt lagi, tapi umrahpun payah nak lepas. Hanya sebab tiada mahram bersedia.

Bukan tak usaha, tapi dok usha Mek pun depa dok berkeras nak pergi haji, walhal baru beberapa tahun mereka mengerjakan haji. Yang aku pulak dok termanggu-manggu sensorang nak pergi tak lepas. Bila aku melayang dan melata ke pelbagai tanah asing, ada hati pulak tu Mek komplen “Bukannya nak pergi umrah dulu...dok berjalan merata”. Haaaaaa nampak tak pedihnya tu kat mana?

Bila Arab Saudi sudah membenarkan wanita berusia 25 tahun ke atas masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, (tanpa mahram). Kebenaran itu hanya untuk golongan wanita berusia 25 tahun ke bawah yang masih lagi perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk ke negara itu. Semoga dimudahkan urusan orang-orang macam kami nak pergi ni. 

Visa pelancong itu akan berfungsi sebagai dokumen masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari; merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah. Alhamdulillah. Akhirnya dah boleh lompat bintang!

Kalau sebelum ni hanya mampu mengirimkan salam melalui rakan-rakan sahaja, paling syahdupun kena jaga anak buah bila kakak aku mengerjakah haji...akhirnya peluang untuk golongan yang tak berapa nak mampu sediakan mahram ni muncul jua. Macam manalah rasanya berada di Tanah Haram. Macam manalah rasanya pertama kali tengok sendiri kaabah di hadapan mata. Tak sabar dah ni!