Memaparkan catatan dengan label pekerja malaysia gembira berkerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pekerja malaysia gembira berkerja. Papar semua catatan

Khamis, 11 Januari 2018

Rakyat Malaysia Gembira Bekerja

Dah lama sangat blog ni terbiar sepi. Tak sempat nak tulis apa-apa pun, sibuk bekerja. Ya lahhhhh kan rakyat Malaysia ni kan gembira dengan kerja masing-masing. Haaaaa tahap gembira tu hingga berjaya raih tempat ke 4 di rantau inilah kiranya. Hebattttttt!!!! Itulah sebabnyaaaaaaa, jangan buat tak percaya!

Rakyat Malaysia didapati banyak menghabiskan masa di tempat kerja daripada di rumah namun mereka masih gembira. Itulah yang aku amalkan sejak 20 tahun bekerja ni. Tengok? Itulah yang orang Malaysia lain buat. Setahun dua lagi boleh jadi negara maju dah ni...berdarah mata orang Jepun nengoknya tu.

Menurut kaji selidik JobStreet.com dalam kajian Indeks Kegembiraan Pekerjaan 2017 mendapati, daripada 10,143 responden, 58 peratus daripada mereka dilaporkan gembira dengan kerja mereka. Hasil kaji selidik itu juga menunjukkan pekerja Malaysia yang bekerja dalam perkhidmatan awam, makanan dan minuman serta industri perubatan adalah yang paling gembira. Haaaaa kannnn, itulah dia. Kami ni bergembira je sepanjang masa kat tempat kerja, siap boleh nyanyi-nyanyi lagi;



Hanya 29 peratus responden merasakan kurang habuan termasuk peningkatan gaji yang sedikit, tujuh peratus responden berkata kurang penghargaan dari syarikat merupakan penyumbang kepada rasa tidak gembira mereka. Itu pasallah PM terchenta kita tu kena umumkan bonus kepada penjawat awam tiap kali pembentangan belanjawan negara.

Sejumlah 35,513 pekerja terlibat dalam kajian itu di tujuh buah negara merentas 20 buah industri. Dalam kajian itu, Indonesia menduduki tempat pertama tahap gembira di tempat kerja (5.27 mata), Vietnam (5.19), dan Filipina (4.97 mata) di tempat ketiga, kelima Thailand (4.55), keenam Hong Kong (4.45) dan ketujuh Singapura (4.31).

Eh, orang seberang tambak paling tak gembira? Biar benarrrrrr!!!
Apa-apa hal pun, bila pergi kerja, jangan lupa niatkan kerja itu sebagai ibadah. Baharulah dapat manfaat duia dan akhirat.