Khamis, 28 Julai 2016

Tembak Lagi, Berapa Banyak Tembak Daaa!



Termasuk kejadian tembakan di lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang (Berhampiran Setapak Central) akibatkan kematian seorang pengurup wang, dah berlaku 6 kejadian tembakan mengorbankan mangsa sejak Januari 2016.

Wahhhhhh! Mudahnya nak lupuskan orang. Kalau tak letupkan, simen aje. Malas nak simen, tembak aje walaupun di kawasan atau tempat terbuka. Berani betul orang sekarang ni. Buat jenayahpun tempat ramai orang. Tengahari buta pulak tu. Macam tak kesahpun ada CCTV ke apa. Fuhhhhhh!!! Hebat, hebat! 

Berikut adalah kronologi kejadian tembakan melibatkan sebahagian besarkan orang yang berniaga. Aku tak nak komen banyak bab ni, tak payah buat apa-apa speklusasilah ya;


Aku sengaja tak letakkan gambar dan video kejadian tembak di lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota/Jalan Genting Klang tu ya bagi menghormati mangsa dan ahli keluarga. Tak kiralah mereka itu siapa, namun yang pasti apabila kehilangan ahli keluarga, kita akan sedih. Silalah hormati perasaan sebegitu.

Semoga selepas ni dah tak berlaku lagi kejadian jenayah melepaskan tembakan di tempat awam macam ni...macam menakutkan pulak. Apalagi kalau salah tembak orang. Tak pun nak tembak orang lain, orang lain pulak yang kena, lagi naya. 

Tapi, Malaysia masih lagi selamat kan kan kan?


Isnin, 25 Julai 2016

Sweetnya Nora Danish dan Remy Ishak

Tu dia!

Tau la Nora Danish ni duta Rania Gold. Fuhhhhh! Depa hasilkan video klip yang sangat manis;

"RANIAKU" - Official Music Video



Aku suka tengok video klip ni bukan sebab ada Nora Danish. Bukan sebab ada Aizat Hamdan walaupun lagu dia tu pun merdulah juga, jiwang karat. Bukan sebab ada Remy Ishak jugak. Lagilah bukan sebab Rania Gold pun huhuhuhu, Tapi…sebab cinematografi dia memang cantikkkkk.

Fuhhh! Kata mana tu? Teringin nak pergi lah!

Okeh…sambung berangan naik kapal layar!

Jumaat, 22 Julai 2016

Cabaran Puasa Enam



Ya, bulan Syawal memang bulan ujian. Ujian untuk puasa 6. Ujian juga untuk pertambahan berat badan selepas raya. Memang menimbulkan dilemalah bila ada rumah terbuka, pejabat terbuka yang ada masanya dibuat pada hari berkerja. Kalau pejabat terbuka tu kita fahamlah bila buat pada hari berkerja.

Macam dah jadi trend dah, ajak kawan-kawan datang rumah terbuka waktu makan tengahari. Alamak! Ingatkan hujung minggu sahaja bergelut puasa enam dengan rumah terbuka. Hari berkerjapun ada rumah terbuka. Cemana nak buat tu? Sangat serba salah dibuatnya. Pergi kang, hancur puasa. Tak pergi kanggg….mmmmm jawablah sendiri. Adakala orang boleh terima alasan “puasa” tu…kadangkala, ada juga yang tak boleh terima. Apa nak buat. Katanya tak reti bermasyarakat huhuhuhu

Kalau asyik terbatal puasa bila tiba waktu tengahari je, bila masa nak cukupnya puasa? Itu belum lagi terkejar-kejar dengan cuti bulanan. Fuhhhhh silalah gigih!

Masa masih ada lagi. Sempat tak ni?

Khamis, 21 Julai 2016

Khalifah - Hang Pi Raya

Huhuhuhu ni pun satu lagi lagu yang buat versi raya. Lagu asalnya Hang Nak Pi Mana, tetiba dah jadi Hang Pi Raya. Moh kita dengar…kata masih raya kan kan kan;

Khalifah - Hang Pi Raya



Kalau bandingkan dengan lagu SUDAHKU TAHU versi RAYA - Projector Band tu, lagu ni lebih boleh diterima kat telinga aku, mungkin sebab rentak dia lebih laju kot. Tapi, dengarnya pun hanya sekali jugak. Mmmmmmm aku dah tua kot, tu pasal.

Rabu, 20 Julai 2016

SUDAHKU TAHU versi RAYA - Projector Band

Ramai dah dok bercakap tentang lagu SUDAHKU TAHU RAYA ni, tapi baru hari ni kerkesempatan untuk dengar. Maklumlah, kalua dah balik kampong tu, line pun tadak apalagi nak nengok yutiyub bagai kan…jom kita dengar sesame;


SUDAHKU TAHU versi RAYA - Projector Band



Tapi kan, kalau dah raya tu, memang nak dengar lagu raya je huhuhuhu tadak maknanya lagu cenggini buat versi raya. Sekali dengar bolehlah…nak dengar berkali-kali tu tidak kot huhuhuhu.