Dah habis raya ke?
Mana bulih, belum cukup sebulan ni huhuhu kalau hujung
minggu beraya sakan rumah kawan-kawan dan sanak saudara hingga jem serata ceruk
negeri Selangor dan Kuala Lumpur, tengah minggu pulak meriah dengan sambutan
raya di pejabat pulak. Pejabat tu buat ofis terbuka, pejabat ni buat jamuan
raya, pejabat ambo je tadak jamuan bagai…tadak bajet katanya!
Elok juga buat pejabat terbuka sambutan aidilfitri. Musim lepas
raya ni ramai orang ikat perut selepas berhabis sakan musim Syawal balik kampong
lepas. Kalau belanja tak sakan pun, tetap juga habis. Tetap juga korek tabung senak
perut nak tunggu musim gaji. Jadinya, bila ada pejabat terbuka ni, bolehlah
makan sedap-sedap lagi walaupun poket dah kering. Duit cukup-cukup untuk isi tangki
minyak dan beli susu anak je.
Namun, bila sepanjang bulan ni asyik ada rumah terbuka,
pejabat terbuka sepanjang masa, bila masanya nak puasa 6? Dilemma betul. Puasa bulan
Syawal ni memang dugaannya lebih hebat dari puasa Ramadhan. Serba salah pun
ada. Tak pergi rumah terbuka kang, pendek silaturrahim pulak katanya. Kalau pergi
rumah terbuka tetapi berpuasa kang, kecik hati pulak tuan rumah. Serba tak kena
jadinya.
Apa-apapun, selamat jalani ibadah puasa 6 dan kunjungi rumah
terbuka.
Ambo belum makan lemang lagi ni. Lemang nismilan lebih sedap
ditekakku. Ada orang nismilan buat lemang tak? Mintak sebatang!