Wahhhhh!
Terubat rindu dengan abang-abang hensem KRU ni…
Best lah pulak lagu mereka Hingga Ke Jannah ni…liriknya syahdu gila!
"Hingga Ke Jannah" - KRU (LIRIK)
Dalam setiap mimpi, kita saling mencintai...
ke akhir nanti, setia berdua hingga ke Jannah
Dalam setiap doa, namaku tak akan kulupa
Semoga kita, setia berdua hingga ke Jannah…
Insha Allah semoga cinta kita semua bawa hingga ke syurga.
Rabu, 2 Mac 2016
Selasa, 1 Mac 2016
Padanlah Selalu Sakit! Jeleslah Tu!
Sekarang ni ramai dok cari sebab mengapa ramai wanita atau lelaki lambat kahwin, malah ada yang tak kahwin langsung pun.
Ikut kajian konon lewat kahwin berpunca dari nilai hantaran yang tinggi. Memang gini ek? Tradisi keluarga kami tak ada pulak letak nilai hantarannya sebegini;
sebab lambat kahwin |
Orang kata ambo terlalu memilih. Ambo akui pun. Ya lah, nak
buat laki bukannya macam beli ikan di pasar malam, belek-belek tengok matanya
merah ke tidak. Belek-belek tengok perutnya terburai ke tidak. Kalau mata biru
hijau macam Aiswarya Rai boleh beli. Kalau pinggang ramping macam Sarimah baru
boleh beli.
Nak pilih orang lagi susah dari nak pilih ikan. Ada masa
muka memang kacak segak dan badan kemain sado, tapi mulut tak berhenti hembus asap rokok
atau vape. Fuhhhhh! Alamatnya nyamuk aedes tak bersarang lah rumah ambo. Tak adalah
kena demam denggi, ya dak?
Namun memilih untuk dibuat suami juga ada banyak kategori. Ada
yang kata kena tengok poketnya kembung ke kempis, ada berapa banyak kilang dia
perintah. Betul jugak begitu, namun kalau harapkan poket je kembung tapi dada
kempis, tak boleh jugak. Selama mana nak tahan untuk kempiskan poketnya, kena
pulak yang jenis kedekut tangkai jering taik idung masin….huh uhuhu alamatnya
mati beraganlah macam kata Mek, macam mimpi gitulah.
kena bebel dengan doktor hensem huhuhuhu |
Namun sebenarnya, antara perkara yang sangat perlu untuk
dipilih adalah “adakah dia serius untuk halalkan sebuah ikatan?” kalau tak ada ciri-ciri
pun nak halalkannya, baiklah blah aje. Buang masa sahaja tunggu buah yang tak
gugur tu. Usia semakin bertambah, rambut makin memutih uban dan mati makin
dekat, namun dia masih lagi leka nak berdating menting keluar tengah-tengah
malam nikmati keindahan neon kota. Rasanya, orang gitu memang tak perlu ada
dalam list ambo.
Maaflah, ambo memang memilih!
Kalau dah memang bukan pilihan ambo, memang ambo ngelak
untuk buang masa.
Isnin, 29 Februari 2016
Berkawan-kawan Acara Kempiskan Poket
Dah lama tak jadi burung hantu. Dah lama dah tak buka kerja
bila balik rumah. Selama ni tidur pun dengan kertas dan buku, bila matlamat
terbesar dalam kamus duniaku dah tercapai, ambo dah mula slowdown
perlahan-lahan. Nak hidup macam orang lain juga, kononnya.
Namun begitu, tidak selalunya kita mampu untuk sentiasa
begitu. Aku memang sangat kagum dengan orang-orang yang mampu sahaja siapkan
semua perkara dalam hidup dia dalam sekelip mata (macam bela jin pulak!),
padahal, begitulah juga yang aku buat dulu. Bila dah tua begini, dah tak berapa
nak sihat macam orang lain, aktiviti pun terbatas, nak pergi pasar malam pun
dah malas. Kalua TERpergi pasar malam, rasa macam nak marah diri sendiri pun
ada. Ya lahhh kat pasar malam tu macam-macam benda best ada.
Ikan, udang, ketam segar buatkan hati berkobar-kobar nak
masak, padahal, nak angkut 3 jenis binatang tu ke kereta pun dah lelah. Apalagi
nak masak sedap-sedap. Berejam masa kat dapur baru boleh makan. Sampai masa nak
makan, badan dah lunyai tak larat nak berdiri dah. Nak makan pun dah tak
sesedap mana.
Bila Nampak buah-buah yang segar dan ranum, teringin nak
angkut semua. Nak beli durian sebiji pun kena piker 14 kali, apalagi kalua musim
buah manga. Apalagi kalau tengok buah rambutan, epal, lai, pisang. Geram. Balik
rumah dok teringat-ingat pulak!
Jadinya, bila ada orang sembang pasal pergi jelajah beberapa
soping mall musim jualan murah dan hairan bila aku kata “saya tak pergi soping”,
Aku makin insaf diri. Yaaaa, bukan tak ada orang ajak berkawan-kawan kempiskan
poket di pusat beli belah, namun, hakikatnya mereka belum begitu memahami
situasi aku. Dari timbulkan rasa tak “puas” orang dengan aktiviti menarik itu,
baiklah aku dendiam sensorang. Lagi pula, sekali dua sahaja orang nak ajak pun,
bila kita selalu menolak, mana orang nak ajak lagi. Ya dak?
Ajak orang semekin pergi soping memang tak berbaloi huhuh u hu !
Jumaat, 26 Februari 2016
Ayat Bodek Pensyarah
Sama ada pelajar sepenuh masa dalam kampus ataupun pelajar dewasa yang mengikuti pengajian secara separuh masa di bawah naungan PKP UKM, bab ayat rayuan dan ayat bodek pensyarah tu memang tak boleh tinggal. Sentiasa sahaja ada, cumanya…pelajar dewasa ni bila bodek tu lain Macham sikit. Orang kata guna ilmu tahap tinggi huhuhuhu depakan dah terlatih dengan KBAT huhuhuhu
Pelajar yang ikuti pengajian program eksekutif atau pendidikan jarak jauh dengan PKP ni biasanya adalah golongan yang dah berkerja sambung belajar. Mereka akan datang kuliah pada setiap hujung minggu ataupun selepas waktu berkerja. Jadi, boleh fahamlah komitmen mereka; kerja, belajar, keluarga, anak-anak dan sebagainya.
Kami yang mengajar ni pun kena kerja juga pada hujung minggu atau selepas waktu kerja. Penat tau! Sampai satu tahap, kami (ambo lah tu) tidak lagi mementingkan bayaran (bayarannya berbeza @ asing dari gaji bulanan, kira macam pendapatan extra), sebaliknya kalau boleh tak mengajar, rasa nak pilih tak payah mengajar. Hari minggu tu. Waktu malam tu. Kami pun nak kualiti hidup kami juga yang rasanya lebih tinggi lagi nilaiannya berbanding apa yang dibayar itu.
Namun ada ketika yang lain, kerapkalinya perlu juga terima tugas tersebut. Bukan sebab bayaran itu sangat, namun atas rasa tanggungjawab dan saling membantu tenaga pengajar yang lain. Sama-sama pikul beban tugaslah kononnya.
Bagi peringkat pelajar luar kampus ni, rayuan untuk bodek dengan pensyarah hanya berlaku masa hujung semester sahaja iaitu pada musim peperiksaan dan marking je. Situ aje pun pentingnya pensyarah kot.
Masa musim kuliah, musim ponteng kuliah atau musim siapkan tugasan, tak ada maknanya nak bodek bagai. Bila sampai je musim kena marking dan bagi markah, maka antara tugas kami yang mengajar pelajar dewasa ini adalah mengesan kedudukan mereka kerana ramai yang hilang dari radar. Bazirkan jugalah bil telefon, sms atau line internet untuk wasap mereka hingga berasap.
Bagi yang jenis beri respon cepat, makanya cepatlah selesai masalah mereka. Itu yang terjadi dialog sebegini;
hambek kau! baru keluar penjara tu! |
Namun ada juga antara mereka yang tak beri respon apa-apapun hingga bergegau jugak telefon. Markah dah nak masuk system baru kalut nak buat tugasan. Cemana tu?
Nasib baiklah ada ayat-ayat power pemanis bibir yang boleh jadi penawar boleh buat gelak. Haaaaa bagi sesiapa yang rasa nak bodek pensyarah untuk dapat markah tinggi tu, silalah praktikkan ayat sebegini;
Aminnnnnn!!! makbul harapnya |
Hu huhuhu itulah asam garam kehidupan dengan pelajar. Stress lelama pun cepat tua je. Sengih ajelahhhh!!!
Akupun pelajar juga. Ada kad pelajar, layak dapat voucer buku 1Malaysia….eiiiiii tak sabarlah pulak nak pergi kutip voucer buku tu! Selalu juga aku mintak lanjut tempoh untuk hantar tugasan, tapi tak adalah tunggu hingga system nak tutup. Takat lewat seminggu biasanya pensyarah anda masih izinkan sebab mereka pun dah bajet masa untuk proses pemarkahan.
Khamis, 25 Februari 2016
Bila Sentiasa Dirayu
Berdepan dengan pelajar peringkat tinggi ni, macam-macam
ragam ada. Sepanjang masa pulak tu.
Kalau awal semester macam sekarang ni,
rayuan maut sebab nak daftar kursus kita secara manual walaupun kursus dah penuh. Ayatnya
kenalah mantap “Saya sangat minat kursus ni…dah kerja nanti saya akan tulis
juta-juta buku untuk sebarkan kepakaran saya” gitulah lebih kurang antara
rayuan yang ambo kena hadap setiap awal semester.
“Ramai kawan saya kata kursus Dr memang bagus dan banyak
membantu dalam pengajian kami…mereka kata Dr kuliah pun mudah nak paham,”
mmmmmm kalau aku telan je pujian sebegitu, memang tak sedar diri namanya sebab
dalam kelas aku memang selalu nampak pelajar tidur. Kelasnya kalau tak 8 pagi, akan diberikan jam 4 petang. Memang masa paling sesuai untuk tutup mata. Menarik sangatlah tu
kan aku mengajar sampai ada yang masuk kea lam mimpi huhuhuhu
Ada pelajar, bila rayuan itu diterima, memang mereka akan
bersungguh datang kuliah. Tak pernah ponteng. Cemerlang dari awal hingga akhir,
dapat keputusan yang cemerlang juga. Namun sangat ramai jenis kaki merayu ni
perlu datang semula jumpa ambo untuk buat rayuan yang lain;
“Maaf Dr, saya terlupa nak buat tugasan…boleh tak saya
hantar tugasan tu minggu depan?,” haaaaaa rayuan sebegini rasa nak pelangkung
atas kepala. Dah lah muka tak pernah timbul dalam kuliah, bila dah terdesak
markah nak masuk, boleh pulak lupa nak buat ya. Bila dah bagi peluang, kerjanya
copy and paste di internet termasuk di blog ambo sendiri Grrrrrrr!!!
Bila dah dapat markah rendah, datang semula merayu “Dr.
boleh tak semak kenapa saya tak dapat A?” Amboih! Kelas tak datang, kuiz tak
buat, tugasan hantar cincai-cincai ada mimpi pulak nak A ya?
Biasanya, kuliah pertama ambo dah bagi amaran “Siapa yang
pemalas nak datang kelas, main-main buat tugasan…sila gugurkan kursus ni dan
ambil kursus lain!”
Garang tak? Ada depa nak heran? Tak ada maknanya!
Setiap hujung
semester ambo perlu bazirkan juga bil telefon singgit dua untuk telefon, sms,
wasap mana-mana golongan ini yang selalu TERLUPA nak buat tugasan. Gamaknya
semester ni kena jual kismis kot untuk elak golongan muda berpencapaian
cemerlang masa peperiksaan di sekolah ni sentiasa ingat.
Mmmmmm banyak makan semut lah tu!
Langgan:
Catatan (Atom)