Bila perempuan lawa menjeling tahap terbeliak biji mata, aku terasa hairan juga. Kalau aku ni lagi jelita dari dia, boleh juga aku katakana yang dia cemburukan kejelitaanku itu. Namun, bila aku yang dijelingnya ini hanyalah gagak di rimba, kerana apakah jelingannya itu?
Kalua lelaki, boleh juga kata dia sedang cari jalan nak usha aku, tapi…bila perempuan jelita yang menjeling sebegitu entah apalah yang buatkan dia bertingkah sebegitu sekali. Aku ini sudahlah bagai gagak di rimba, rakyat marhaen sahaja pula.
Itu aje nak cerita pun. Hanya nak jadikan peristiwa dijeling perempuan jelita ni sebagai kenangan yang dicatatkan di sini.
Mmmmmm tetiba rasa macam pelik pulak buat macam tu.Jomlah dengar lagu... Hati-hati Amira Othman
Wahhhhh Shila Amzah pun dah kena demam Dilwale ni…cer dengar Shila Amzah nyanyi lagu Janam Janam dengan penuh penghayatan ni;
JANAM JANAM (Dilwale) Nyanyian Shila Amzah
Tahu kenapa lagu Janam Janam ni berhantu? Iramanya memang menyentuh hati, liriknya, lagi lahhhhhh boleh cair hati yang keras huhuhuhu. Jom kita tengok maksud lirik lagu Janam Janam dari filem Dilwale ni…
TERJEMAHAN LIRIK LAGU JANAM JANAM dari Filem Dilwale (2015)
Janam Janam Janam janam janam saath chalna yunhi.
-Kita akan berjalan bersama seperti ini di setiap kelahiran
Kasam tumhe kasam aake milna yunhi.
-sumpah demi dirimu aku akan selalu datang menemuimu seperti ini
Ek jaan hai bhale do badan ho judaa.
-Meski raga kita terpisah namun jiwa kita tetap satu
Meri hoke hamesha hi rehna.
-setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya
Kabhi na kehna alvida.
-Jangan pernah ucapkan selamat tinggal
Meri subah ho tumhi aur tumhi shaam ho.
-kaulah pagiku dan kaulah senjaku
Tum dard ho tumhi aaram ho.
-Kaulah deritaku dan kaulah pelipurku
Meri duaaon se aati hai bas yeh sadaahanya.
-inilah suara yang bergema dari doa- doaku
Meri hoke hamesha hi rehna.
-setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya
Kabhi na kehna alvida.
-Jangan pernah ucapkan selamat tinggal
Teri Baahon Mein Hain Mere Dono Jahaan.
-dalam pelukanmu terletak dua duniaku
Tu Rahe Jidhar Meri Jannat Wahindi.
-mana kau berada, di sanalah surgaku
Jal Rahi Aggan Hai Jo Yeh Do Tarfa.
-api asmara yang membara di kedua sisiNa
Bujhe Kabhi Meri Mannat Yahin.
-tak akan pernah padam karena hasratku ada di sini
Tu Meri Aarzoo, Main Teri Aashiqui.
-kau adalah kerinduanku, aku adalah asmaramu
Tu Meri Shaayari, Main Teri Mausiqui.
-kau adalah syairku, aku adalah muzikmu
Talab Talab Talab Bas Teri Hai Mujhe.
-aku hanya menginginkan dirimu seorang
Main Som Tu Nasha, Banke Ghulna Yunhia.
-ku adalah arak dan kau rasa mabuk, kita menyatu seperti ini
Meri Mohabbat Ka Karna Tu Haq Yeh Adaa.
-kau penuhi kewajibanmu untuk mencintaiku
Meri Hoke Hamesha Hi Rhona.
-setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya
Kabhi Na Kehna Alvida.
-jangan pernah ucapkan selamat tinggal..
Sekarang ni demam Dilwale(2015) masih belum kebah. Makin ramai pulak terjangkit ni. Sempena hari Jumaat yang mulia ni, jom kita hayati lagu Janam Janam versi Dakwah ya…semoga kita dapat manfaatnya.
Terima kasih kepada Mr. Bie yang lagukan Janam Janam 'Ost DILWALE' Versi Parodi Melayu dengan tajuk Jangan-Jangan
Bagi lagu Gerua pula, Mr.Bie telah berduet dengan Adik C juga dalam versi Parodi.
Gerua' OST Dilwale Versi Melayu "Maruah" Mr Bie ft Adik C
Kalua rasa nak gelak, tengoklah video ni
Adoiiii, aku nak sambung gelak sekejab huhuhuhuhu mecam-macam la korang ni. Banyak masa betul buat benda-benda cenggini huhuhuhu
Aku adalah antara sebegitu ramai penonton yang tertipu dengan filem Dilwale. Mati-mati aku ingatkan filem Dilwale ni sambungan daripada Filem Dilwale Dulhania Le Jayenge(1995). Ohhhhh tipah tertipu!! Rupa-rupanya filem Dilwale ni tak ada kaitan langsung pun dengan filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995) yang jadi fonomena tu. Rasa nak bakar panggung!
Sinopsis filem Dilwale (2015)
Filem Dilwale (2005) berkisar tentang kisah cinta antara Kaali dan Meera. Kedua-dua mereka ini merupakan anak angkat (Kaali) dan anak (Meera) kepada dua kumpulan gengster (Randhir dan Malik). Randhir akhirnya cuba berbaik dengan Malik demi cinta anak mereka tetapi dikhianati oleh Malik sehingga kedua-dua ketua gangstar ini terbunuh. Dalam peristiwa itu, Meera menyangka Kaali telah menembak bapanya. Mereka akhirnya berpisah tanpa Meera mengetahui kisah sebenarnya.
Lima belas tahun kemudian, di Bulgaria, Kaali mengubah identitinya sebagai Raj yang membesarkan adiknya, Veer dengan penuh kasih sayang dan menyembunyikan identiti sebenar keluarga mereka. Veer jatuh cinta dengan Ishita dan merancang untuk berkahwin, tetapi ini telah membongkar sejarah silam antara Raj dan Meera.
Filem ini ada banyak emosi di dalamnya, gembira, sedih, lucu dan terharu. Part lucunya bila Veer dan Ishita cuba mengorek kisah cinta lama antara Raj dan Meera hingga wujudlah watak Ramlal dan Pogo. Okeh, aku nak sambung gelak!
Dalam filem Dilwale (2015) ni aku sebenarnya sangat suka lagu Gerua. Mungkin sebab aku dah tengok bagaimana penggambaran bagi lagu ini dilakukan di Iceland. Sangat cantik pemandangannya. Sangat indah lagu tu…rasa macam nak turut lari kat pantai berair tempat mereka berlari tu huhuhuhuhu aku sebenarnya lebih hayati keindahan alam dalam lagu Gerua tu berbanding lagunya pun huhuhuhu
Gerua - Dilwale (2015)
Pun begitu, yang glamer dalam filem ni adalah lagu Janam Janam….mmmmm nasib baik bukan Jahanam huhuhuhu apapun, lagu ni bagaikan tergiang giang di copeng telinga. Yaaaaa usah kau ucapkan selamat tinggal….hmmmmm
Janam Janam – Dilwale (2015)
Dalam filem ni, Kajol memang nampak sangat jelita. Fuhhhhh giler lawa. Tetiba nak lawa macam Kajol huhuhuhuhu
Bagi aku, filem Dilwale ni lebih ringan dan santai…ya, kisah cinta yang manis akhirannya kalau nak banding dengan filem epic Bajirao Mastaniyang diakhiri dengan tragedi. Tragedi cinta terlarang!
Mmmmmm aawal-awal tahun pun pi bantai tengok dua filem Hindustan huhuhuhu macam buang tabiat pulak kan huhuhuhu
Sabtu lepas Cik Bintang ajak pergi tengok cerita cinta epic Bajirao Mastani. Mmmmmm aku bukannya tahu sangat pun pasal cerita cinta dari benua belah sana tu, Shah Jehan dan Mumtaz pun aku tak berapa nak tahu sangat. Kisah taj mahal pun tak pula aku tahu dengan detail. Tapi bila libatkan kisah epic, sangat terasa nak tengoknya. Mana tahu lebih hebat dari Devdas yang tak epic itu huhuhuhu
Filem ini berkaitan percintaan antara Bajirao dan mastani. Sinopsis filem dan semua maklumat berkaitan filem ini boleh dibaca di Wikipedia yang lengkap dengan rujukannya juga tu. Silalah menelaah ya, akum alas nak tulis synopsis ceritanya kat sini huhuhuhu
Lima minit pertama tu bagi aku bosan. Yaaaa lah bukan mudah nak bagi intro kepada penonton untuk fahami kisah besar ini. Hati mula berbergelek bila lagu pertama dipersembahkan. Untuk aku, lagi ni maknanya memang mendalam tapi aku lebih suka lagu yang Deewani Mastani yang dinyanyikan Mastani bila buat persembahkan di istana …. Fuhhhhh sangat indah. Rasa nak bangun joget-joget sama aje huhuhuhuhu sangat berseni dan lemah gemalai. Jom kita joget sat;
Deewani Mastani Filem Bajirao Mastani
Masa Bajirao menari dalam salah satu lagu tu... aku rasa nak gelak huhuhuhu semuanya gara-gara pakaian klasik itu menampakkan macam depa pakai skirt. Bila menari Nampak macam pelik sikit sebab tarian lelaki patutnya Nampak keras tetapi dek sebab kostumnya sebegitu…tetiba kelihatan macam jelita pulak hu huhuhuhu
Lagu terakhir tu best, tapi aku tak puas hati. Sebabnya, aku dok bayangkan lagu tu akan jadi sangat indah kalau Aiswarya yang joget. Maklumlah, joget Aiswarya memang sangat indah kalau bawak tarian klasik. Sampai sekarang masih lagi dok tak puas hati. Ini bukan sebab lagu dan tarian yang dibawa oleh Deepika Padukone dan Priyanka Chopra cantik, comey aje pun. Cer tengok;
Tapi sebab aku dok bandingkan dengan Aiswarya dan Madhuri Dixit masa lagu Dola re Dola dalam filem Devdes, gitulah jadinya. Jom kita tengok keindahan seni tarian klasik bawaan Aiswarya Rai;
Dola Re Dola (Devdas)
Ramai orang kata filem ni bagus dan hebat. Tapi, masalahnya aku nak lagi. Bagi aku belum cukup. Patutnya jadi lebih hebat sebab pengarahnya tu memang hebat. Kisahnya pun kisah hebat.
Antara filem Bajirao Mastani dan Dilwale, memanglah tak kena kalau nak bandingkan sebab genre yang berbeza. Namun, jika anda sukakan wadah yang lebih berat, filem ini lebih sesuai sedangkan filem Dilwale sesuai untuk menonton santai. Mmmmm entri akan datang aku tulis pasal filem Dilwale pulak ya…