Isnin, 11 Januari 2016

Amran Fans Page Kena Serang Ibu-Ibu Menyusu Bayi


Tetiba sahaja alam maya kelam kabut bak perang dunia ke 4 bermula. Alamak! Apa dah jadi ni?

Hujung minggu lepas aku ada nampak juga page Amran melintas kat wall aku bila ada rakan-rakan like status page tersebut. Tapi aku buat tak kesah je lah, tak ambil pot pun. Isu yang sama ditulis dek Sultan Melaka Fans;


Tetiba semalam baru perasan kecoh pulak pasal isu berkenaan. Bagi aku isunya jelas, Amran Fans Page tulis status tentang ketidakwajaran golongan ibu muda yang jelita ni tayang gambar tengah menyusu bayi  mereka (Breastfeeding) di FB memasing, walaupun katanya tidak mendedahkan aurat.

FB mereka, memanglah ikut suka mereka nak tampal gambar apapun, tapi bagi aku bukan semua perkara boleh letak di status. Itu akulah yang gaya orang lama ni. Kalau 14 kali sehari letak gambar selfie pun aku dah rasa nak block, tapi pandangan orang memang berbeza. Barangkali aku sorang je tak selesa nengok muka orang selfie 14 kali sehari di telefon, kalau tengok di skrin computer besau berinci-inci tu dah tentulah lain lagi pulak rasanya. Rupanya, kisahnya Amran Fans Page kena serang dengan ibu-ibu menyusu ni cenggini je;


Salah satu komen penyokong Meran;


Amran Fan Page telah muatnaik beberapa status untuk menyatakan apa sebenarnya berlaku tetapi asyik kena spin je balik huhuhuhuhu


Udah-udah lah tu perang ya Meran, semua orang dah tahu pun Meran bukannya anti ibu menyusu. Meran hanya anti orang upstatus gambar tengah menyusu bayi je. Bila dah kecoh begini, matlamat Meran dah tercapai kot walaupun masih lagi ramai yang dok emo dengan Meran. Meran akan Nampak lagi macho dan ensem apa bila hentikan perang ni. Ramai orang sayangkan meran tau. Berundur bukannya bererti kalah, Meran.

Aku bukan nak sebelah mana-mana pihak, apa lagi terlibat dalam peperangan mereka. Cumanya, kalau nak perang ke apa, silalah jaga budi bahasa kita bersama ya. Bahasa melambangkan bangsa kata orang. Di dunia maya ni, bahasa aje lah kot yang boleh bagi penilian kepada orang lain tentang jati diri kita. 

Ishhhh!!! terpanjang lah pulak entri ni...

 

Khamis, 17 Disember 2015

Khabar Pada Hati



Ini yang paling payah, bila melibatkan hati. Apalagi kalau terjebak dengan penyakit hati.

Orang kata, bila kena penyakit hati, simptomnya dapat dilihat secara luaran. Barangkali hanya tabib penyakit hati sahaja yang tahu caranya. Kita orang biasa yang waraknya ke laut ini, kerap kali terpedaya dengan pelbagai simptom palsu.

Bila terasa dah ada ciri-ciri penyakit hati nak melanda tu, bawak-bawaklah jumpa nujum. Cari-carilah dukun untuk mendapat rawatan kalaupun tak percaya sangat doktor di pusat perubatan swasta, boleh jumpa bomoh hujung kampong nun. Mana tahu hembus sembur air sirihnya boleh jadi penawar mujarab. Asalkan tidak tergolong syirik dan penyakit hati itu berjaya diubati, cubalah sedaya upaya. Kalau tak diubati, dibimbangi mendatangkan wabak yang lebih serius.

Faham taka pa yang aku tulis ni? Tak faham?

Tak apa, ni laras Bahasa falsampah. Jangan terus bakul sampahkan dulu!

Rabu, 16 Disember 2015

Bila Lagi Nak Berkawan?



Hari ni pepagi lagi menyinggah kedai buku penerbit UKM. Ambo dah biasa dengan staf di kedai buku ni, selalu juga lepak dengan mereka. Ada masa, untuk semak stok buku yang nak beli tu ada ke tidak, hanya telefon sahaja. Kalau ada, minta mereka simpankan.

Hari ni ambo beli satu buku kiriman seorang rakan yang dah berpindah universiti. Buku tu asalnya memang dia miliki, dapat percuma sebagai penyumbang bab. Namun, bila ada malaun yang pinjam dan tak mengaku pinjam bila minta dipulangkan, terpaksalah beli semula. Nak buat macam mana, dalam dunia ni perangai orang memang macam-macam. Sebab tu aku sangat tak berapa berkenan nak pinjamkan koleksi buku-buku aku tu kat orang. Bukan kedekut tapi biasanya dah tahu memang tak akan dipulangkan semula. Dah lah koleksi rare yang aku ada tu payah nak jumpa.

Ini je yang aku nak tulis sebenarnya, iaitu: kalau pinjam harta benda orang sila pulangkan dengan keadaan sama macam asal, bukan macam belacan.

Sebelum balik, dapat soalan cepu emas dari kakak comel tu “Tak ada apa-apa perkhabaran ke?” tanyanya.

“Perkhabaran apa?” terhairanlah sekejab aku. Pepagi ni sel-sel otak belum bersambung, maklumlah belum sarapan.

“Perkhabaran nak berkawan,” katanya dengan senyum simpul.

Alahai! Doa kan ajelah kak oi. Ambo tak larat dah nak berkawan dengan orang yang dah ada penunggu. Malas nak Tarik-tarik rambut.




Selasa, 15 Disember 2015

Orang Tengah Ceramah Korang Tak Payah Ceramah Sama!



Hari minggu lepas, Sabtu dan Ahad ambo ada ikuti satu bengkel penulisan. Ahli panelnya memang tersohor bukan sahaja di negara kita, malah nama mereka ni dah termashur merata tempat. Banyak ilmu dapat dikutip. Dalam kursus ni juga tetiba boleh terjumpa semula rakan lama yang dah terputus dan tercantum ikatan beberapa kali. Kali terakhir jumpa pada 1991 ke 1992. Bayangkan lahhhhhh, lama kemain. Suspen pun ada, gumbira tu memanglah ada. Cumanya, kesian jugak kat dia, teruk kena sakat ko ambo huhuhuhuhu

Malangnya, hati agak bungkam. Bila dalam majlis ilmu sebegitu, ambo mengharapkan biarlah penceramah yang bercakap dan mencurahkan ilmunya. Kita yang jadi penimba ilmu ni tak payahlah gatal mulut nak buat ceramah lain kat belakang. Tak ada siapa bayar pun! Mmmmmm kena belajar  adab menuntut ilmu tu...

Terima kasihlah kepada pemain bola sepak Selangor yang bagi kami cuti percuma di Selangor tahun ni. Dapatlah ambo merehatkan diri setelah sekian lama tidak nikmati cuti hujung minggu, walaupun hakikatnya, tak adalah rehat pun.  Kepada penyokong Kedah, maaflah ya…bukan tak mau sokong tapi mau cuti huhuhuhuhu

Alaaaaa bola aje pun. Sokong masa tengok TV sudah laaaa, kemudiannya hidup perlu diteruskan juga. Sama jugak dengan final gegar vaganza tu. Nana kan dah menang. Tak payah nak pertikai lah Ezat tak dapat nombor dua tu…tak payah kalutlah Faradhiya dapat nombor dua pun. Juri lagi tahu lahhhh. Penat aku nak berleter lah huhuhuhu

Mmmmmm enteri ni pasal apa pun aku tak tau, alahaiii!!!

Fauzi mana, Fauzi?

Tetiba!


Khamis, 10 Disember 2015

MAS ke Air Asia?

Sejak MAS distrukturkan semula, ini kali ke empat aku gunanya. Semuanya antara KLIA-KCH dan sebaliknya. Dah lama tak merewang di KLIA, rasa macam bangunan berhantu pun ada jugak…lengang sahaja. Namun, musim cuti sekolah, terasa jugaklah ada manusia. Namun, kalau nak bandingkan dengan KLIA 2 tu…fuhhhh memang sangat berbeza.

Kalau tengokkan harga tiket untuk pergi Kuching tu, mmmmm telan liurlah. Memang berganda tiga kali berbanding harga tiket bila guna Airasia. Tapi, sebab ni harta kerajaan, kos pun ditanggung kerajaan Malaysia, makanya aku teruskanlah juga menyokong syarikat penerbangan ini. Sebenarnya malas nak jalan jauh di KLIA 2. Kalau guna MAS, tak adalah jauh sangat. Ambo kan dah OKU….kalau boleh nak pesawat tunggu depan pintu pagar rumah tu huhu huhu

awan nano melatari Pullman Kuching

Bila tengokkan hidangannya pula yang nak bandingkan dengan harga tiket itu, mengeluh pun dah tak mampu. Biasanya bila gunakan penerbangan, kita terpaksa gerak awal. Dah tentulah perut tak sempat nak isi. Kalau ada nasi lemak telanjang pun dah sedap untuk dihadap sementara nak sampai destinasi. Apa daya, paling mewah kami dihidangkan dengan sandwish sahaja. Kali pertama dapat tu, aku dan orang sebelah saling berpandangan. Maklumlah ketika itu memang tengah kebulur. Hadap ajelah.

Kalau naik air asia yang harganya KURANG lebih dua kali ganda itu, kita bazirkan RM18 bolehlah makan nasi beriani buat alas perut. Masih lagi murah kosnya. Okeh, itu kepala otak aku dok banding sebab tengah lapar.

Ahad lepas, peristiwa sangat sadis berlaku pula. Aku duduk di kerusi tengah anda seorang aci yang sentiasa menghembuskan hingusnya dengan kuat sepanjang penerbangan. Okeh, tekak kembang tapi nak komen apa-apa pun tahan je mulut. Hormat dia orang tua. Sebelah kanan aku pula seorang gadis cina yang manis, awal-awal lagi dia tolak makanan yang diberikan, tetapi pramugari manis tu tetap berikan dia sandwish tu. Dah tentu dia juga tak lalu nak makan dengan situasi begitu.

sandwish MAS namanya...

Akhirnya si manis tu bagi aku, dengan alasan dia dah kenyang. Aku pun pandang ajelah kedua-dua set sandwish kat depan tu. Nak makan memang tak mampu nak telannya ketika itu bila ada orang main hembus hingus dengan kuat didengari satu kapal terbang sepanjang penerbangan. Dapat idea, gabungkan dalam bekas dan tutup macam kotak. Selesai masalah. Angkut sahaja balik rumah dan kuhadap keduanya sebagai makan malam.

Mmmmm entri ni campur segala mak nenek sebab kepala aku dah tak betul. Sedang mencari mana hilangnya Fauzi Qusyairi ni…awatnya tinggal aku sorang ni!!!!

Kata setia hingga hujung nyawa...Fuhhhh!!!