Rebat tunai menanti pembeli kenderaan Mitsubishi. Adakah ini masa terbaik untuk tukar kereta? Sebelum raya
kereta buruk aku mati sebab paip air bocor, dalam perjalanan datang dari kampong pula, belt lah pulak putus. Masa tu, kepala aku terus kata “sekali lagi ko buat hal, memang aku tukarr huh u hu huhu” errrrr…kena tunggu mati tengah jalan sekali lagi tak?
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), melaksanakan 'Mitsubishi Merdeka Deals' sempena sambutan Merdeka 2014 bagi pembelian model Mitsubishi yang terpilih dari sekarang hingga 30 Sept, 2014.
model SUV Kompak ASX dapat rebat tunai hingga RM2,000. Berharga RM114,743.50 (varian 2WD) dan RM128,879.50 (varian 4WD). SUV Kompak ASX adalah 'SUV Dipasang Tempatan Terbaik' pada majlis Anugerah Industri Auto Allianz Auto Asia 2014.
Pajero Sport (model 2013) dapat rebat RM9,000 rebat tunai, tertakluk kepada ketersediaan varian model. Pajero Sport GL berharga RM151,277.60 manakala Pajero Sport VGT, RM172,211.60. Pajero Sport VGT diiktiraf bagi kecekapan minyak yang luar biasa pada Anugerah Kecekapan Bahan Api Auto Asia 2014.
Triton VGT GS berharga RM107,809.60 (model 2014) dapat rebat tunai sehingga RM5,000.
Malangnya, aku tak pernah termimpikan nak ada kereta jenis ni. X5 boleh tak?
|
seksi tak? |
Jenis x5 ni hebat, gah...mana tahu boleh tiru macam
Jejaka kacak x5.
Adoi laaaaaaa! Tau lah berangan tak payah bayar…percuma je, tapi boleh tak berangan ikut kemampuan. Kalau kek 2 biji pun tak mampu nak bayar, tak payah berangan X5 boleh tak?
Lainlah kalau ada orang nak sponser. Ya dak?
Mmmmmm aku tahu tak mampu yang tu...ada sesapa boleh sedekahkan yang ni pun dah cukup;
|
ensem dak? |
Okehhhh...nak terus berangan!