Khamis, 10 Julai 2014

Azizul Raheem Dibebaskan Petang Tadi


Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dipenjara kerana memukul anaknya, dibebaskan pada 5 petang tadi (waktu Malaysia) dan disahkan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin.

Pegawai Wisma Putra dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan akan membawa balik Azizul ke kedutaan Malaysia di sana. Usaha sedang dilakukan untuk Azizul bertemu dan melawat Shalwati (isterinya) secepat mungkin sebelum pulang ke tanahair pada 15 Julai ini. Alhamdulillah, dapat juga anak-anak beraya bersama bapa mereka.

Mahkamah mengurangkan hukuman penjara mereka apabila Azizul dan Shalwati hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman itu. Shalwati akan dibebaskan tiga bulan lagi. Mereka akan dibawa pulang ke Malaysia apabila dibebaskan dari penjara nanti.

Rabu, 9 Julai 2014

Bila Diri Dihargai...


Dapat sijil sebab tulis entri tentang kebimbangan kehidupan hari tua nanti;


Penganjur ada buat majlis makan-makan di hotel ternama untuk berikan sijil dan token kepada blogger terlibat, tapi hari kerja...lagipun daku risau wajah jelita rupawan ini jadi tumpuan lensa hu hu huhu hu sila muntah hijoooo, makanya mereka poskan sahaja. Bila pos tu, tak adalah token ya...





Selasa, 8 Julai 2014

Kerepek Raya Kembali Lagi


Tahun ni tak jual sangat kerepek…tak sempat nak buat iklan bagai.

Walau bagaimanapun, hari minggu nanti kami nak pergi ambil kerepek kat kilang. Dah tentu kena tunggu dan beratur tepi kuali ni. Berikut adalah senarai harga kerepek raya tahun ini;



Kami hanya ambil pesanan dari rakan-rakan dan sahabat terdekat yang biasa tempah kerepek rembow rangup rapuh kriuk kriuk sahaja ni. Sebenarnya, kami ambil untuk keperluan kami beraya nanti. Jadi, kepada sesiapa yang nak kirim tu, bolehlah kami ambil sekali.

Sebenarnya harga kerepek ni dah naik dua kali, tapi sebab nak tolong rakan-rakan. Kalau dibandingkan harga yang orang lain jual di bangi…ada bezanya. Cubalah tengok kat warta atau PKNS Bangi untuk bandingkan harga. Sebab tahun ni kami tak berapa ada hati nak kaya, maka harga ini adalah harga kawan-kawan sahaja.

kerepek ubi BBQ...wajib ada rumah kami tiap kali raya

Jika berminat, Silalah bank in jumlah bayaran ikut tempahan yang nak di See Heart Beauty Marketing: MAYBANK: 555108305055 ataupun di akaun CIMB: 8601080278 kemudian email slip bayaran ke Email:sihatstore@gmail.com.

Kawasan: Bangi. Jika anda tinggal kawasan sekitar masih juga boleh buat pesanan dengan syarat sanggup datang ambil di Bangi. Sekarang ni aku kelam kelibut buat terowong nak naik ke langit, tak sempat nak buat penghantaran. Demand tak? Hu hu huhu

kerepek ubi pedas basah...adik ipar aku si Rani Murkajee tu dah tempah awal-awal hu hu h uhu

Boleh juga tempah jika yang berada di Kelantan, itupun kalau sanggup pergi ke Ketereh. Aku akan bawa balik raya nanti, kemudian kita janjilah jumpa kat mana-mana di pekan ketereh tu. Paling utama kena buat bayaran dulu. Aku tak mahu ambil risiko berlaku lebihan kerepek bila tuan punya kerepek buat-buat lupa nak ambik. Aku dah angkut balik dua guni, tak mahu dah tambahan yang lain...kang mandi kerepek pulak aku!

Tarikh akhir tempahan kerepek raya: Jumaat 11 Julai 2014. Sabtu atau Ahad kami akan ambil stok. Tak ada pengambilan ke dua dah. Terus aku borong dua guni hu huhuhuhu jemputlah ke teratak hamba raya nanti kalau nak makan kerepek ya...

Airasia Tergelincir Di Brunei, Yusof Haslam Tembak Penyamun dan Johan Dapat Duit Raya

Petang semalam terbeliak sekejab bila baca berita Datuk Yusof Haslam yang terkenal dengan Gerak Khas itu melepaskan 3 das tembakan ketika banglo mewahnya dicerobohi penyamun. Wahhhhh! Jangan memain, datuk Yusof ada pistol engkau! Jangan nak buat lawak April Fool dengan dia…karang tak pepasal boleh tertembak errrrrr ingat sesenang ke nak tembak orang huh u h uhu

Walaupun tembakan amaran itu Berjaya menakutkan penyamun tarbus tersebut, tetapi mereka berjaya mencuri barangan milik Syafiq seperti cincin perkahwinan dan jam tangan berjenama. Apapun, Alhamdulillah, mereka tidak diapa-apakan.

Kisah MH370 sesekali sahaja berbunyi, tetiba Sebuah pesawat AirAsia tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira pukul 4 petang Isnin. Kesemua 102 penumpang dan tujuh anak kapal yang menaiki penerbangan AK278 dari Kuala Lumpur itu, berjaya keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Bila tengok gambar pesawat tersebut, tetiba terkenangkan kejadian pesawat MAS yang aku naik tergelincir di landasan Di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu Kelantan dahulu kala. Fuhhhhhhh! Sila berdebar ya!

Walaupun begitu, 'Johan Raja Lawak' dan isterinya dapat duit raya bila Mahkamah Tinggi KL memerintahkan seorang pengarah dan syarikat penerbitan drama dan filem membayar ganti rugi RM170,100 kepada Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz dan isterinya Rozlinawaty Ismail. Baru aku tahu nama sebenar Johan Raja Lawak huh u huh u

Bayaran itu adalah kes saman berhubung kecederaan yang dialami Johan dalam penggambaran di sekitar Negeri Sembilan pada 2010. Pengarah Mohd Javed Mohd Nizar serta syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd membayar kos perubatan RM100 kepada Johan serta faedah lima peratus kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.

Johan Maharaja Lawak cedera kena pukul pengarah

Mahkamah turut memerintahkan Mohd Javed dan syarikatnya selaku defendan membayar ganti rugi RM20,000 akibat trauma kepada isteri pelakon dan pelawak itu, serta faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian. Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM50,000 kepada pasangan suami isteri itu.

dalam jugak tu...dah jadi paruttttt!!

tumbuk dengan cincin ka kaki kerusi ni?


Kes berlaku pada 18 Julai 2010, Johan, dan isterinya failkan saman RM1 juta terhadap kedua-dua defendan dengan mendakwa Mohd Javed telah mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada pada 11 Mei 2010. Johan mendakwa Mohd Javed juga bertindak menterbalikkan meja di hadapannya dan isteri. Johan turut mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanan didakwa akibat ditumbuk seorang kru penggambaran yang dikenali sebagai 'Halim'.

Mohd Javed dan Halim kemudian terus memukul dan menyepaknya dan perbuatan mereka dihalang Ozlynn yang menyebabkan isterinya itu turut dipukul. Plaintif menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi khas untuk perbelanjaan dan kos rawatan serta ganti rugi teruk.

Hishhhh! Nak jadi pelakon pun kena ada tali pinggang hitam ni…kena belajar kungfu bagai huh u huhuhu 



Jumaat, 4 Julai 2014

Fatwa Trengganu: Kassim Ahmad Kufur & Murtad



Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu sebulat suara memutuskan kenyataan bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad dalam‘Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian’ yang berlangsung di Putrajaya sebagai pemikiran yang kufur dan murtad. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Islam Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat khas kali pertama jawatankuasa itu yang bersidang pada 9 Mac lalu.

Fahaman atau golongan itu adalah sesat, menyeleweng dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam serta merosakkan akidah mereka. Ucapan disampaikan Kassim mempunyai unsur penyelewengan antaranya;

mempertikaikan syahadah yang kedua,
mengingkari dan mempertikaikan hadis sebagai sumber hukum,
mempertikaikan hukum rambut perempuan sebagai aurat,
hukum selawat, dan
membenarkan jenayah murtad berlaku dalam masyarakat.



Sehubungan itu, jawatankuasa fatwa turut memutuskan apa jua fahaman yang berunsurkan penolakan hadis itu perlu disekat daripada berkembang. Sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan apa sahaja berhubung fahaman ini adalah diharamkan dan orang Islam dilarang memiliki, menyimpan mencetak, menjual atau mengedarkan semua bahan terbabit.
 


Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengikuti fahaman anti hadis ini dengan berselindung di sebalik aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur persefahaman anti hadis ini adalah dianggap mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan syariat. Oleh yang demikian, orang ramai di Trengganu hendaklah menghindarkan diri daripada terbabit dengan fahaman golongan tersebut.

Mesyuarat jawatankuasa itu juga bersetuju supaya keputusan berhubung fahaman anti hadis itu diwartakan untuk dijadikan fatwa yang mengikat bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan yang terbabit.