Jumaat, 20 Jun 2014

Rasulullah Menanti Orang Yang Tak Kahwin Di Hadapan Pintu Syurga

Anak-anak kecil yang meninggal akan menunggu ibu bapanya di hadapan syurga.

Siapa nak tunggu kami yang belum tentu ada peluang nak ada anak ni?



Lega rasa hati bila dengar ceramah ni. Maklumlah, kalau takdirnya bujang sampai akhir hayat, paling tidak adalah juga orang akan tunggu. Orang istimewa pulak tu…ya Rasulullah S.A.W akan menanti orang yang tak kahwin di hadapan pintu syurga. 

Silalah jangan jadi Kak Nam celupar dok tanya sesuatu yang hanya Allah yang tahu.


Khamis, 19 Jun 2014

Dah Bodoh, Memanglah Kena Tipu!


Ayat macam tu dah acap kali aku dengar. Belum kena batang hidung sendiri, bolehlah sembang, bro! cer kena. Tak pepasal meroyan salahkan segala system dalam dunia huh u huh u

Kita tak pernah sempurna, hati-hati macam manapun adakalanya terlepas pandang juga. Orang yang kerjanya menipu ni, akal dia panjang walaupun ada masa kantoi juga di mana-mana. Nak buat macam mana, dah kerjaya dia menipu. Status jawatan tetap dia adalah PENIPU. Mudah-mudahan status tu dia tak bawa sampai mati. Itupun kalau dia sedar MATI itu pasti.


Dah kena tipu nak buat apa? Mula-mula dah tentulah kena pergi buat laporan di balai polis. Memanglah leceh. Kes aku sejak 2008, sampai sekarang senyap pengap dan aku sangat pasti sampai pencen pun dendiam je kat situ. Si penipu tu pula lepas bebas dan bermaharaja lela menipu orang lain pulak. Itu biasa berlaku, bukan aneh pun. Lainlah kalau kita ni seseorang macam anwar Ibrahim ke…altantuya ka…sapa lagi orang-orang yang cepat dapat liputan eh? Mmmmmm Nampak sangat aku tak berapa nak kenal hu huhuhuhu 


Jika libatkan urusan perniagaan, silalah panjangkan laporan polis berkaitan ke SKMM (bila libatkan penipuan online bagai) dan SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia) dan pihak lain yang berkaitan. KDPNKK sekali. Tak susahpun nak kenal pasti siapa si penipu tu…maklumat diri tetap boleh jumpa kat akaun bank, SSM atau no telefon walaupun ada sesetengah penipu ni biasanya gunakan orang lain punya nama atau akaun.Memang dah biasa menipu, depa ni dah tahu dah macam mana cara untuk lepas. Kat dunialah lepas, kat sana belum tentu lagi. Kat Padang Mahsyar nanti merangkak lah cari semua orang yang ditipunya...benda tu kan lambat lagi, bukan sekarang fikirnya. Tua nanti tobatlah! KOtlah sempat tua...

Putar alam dan tipu menipu keliling kita;



Setelah itu, berurusanlah dengan Pencipta segala isi langit dan bumi ini. Tipulah kalau kata hati boleh halalkan. Ya lah, hati memang sakit kena tipu…apalagi kalau libatkan jumlah yang banyak. Takat dua tiga ringgit boleh aje buat tak tahu dan halalkan. Tapi kalau ratus-ratus, ribu riban? Puluh ribu? Ratus ribu? Nak redha dan halalkan ke?



Kalau mampu, anda memang hebat. Tahniah!

Rabu, 18 Jun 2014

Ayah Tak Pernah Hadir Mesyuarat PIBG Sekolah

Cikgu sekolah selalu sahaja bengang dengan ibu bapa yang payah nak hadiri mesyuarat PIBG anak-anak mereka. Tak datang waktu hari report kad anak-anak diserahkan.

Ayah aku sebenarnya tidak pernah hadiri sebarang mesyuarat PIBG sejak kami darjah satu hinggalah tamat sekolah…hinggalah habis belajar lavel berapa pun, ayah tak pernah pergi. Kami konvo pun ayah tak datang masuk dewan tengok perarakan anak dia. Tak pernah!


Kami nak rasa hati? Tak pernah!

Kami faham ayah sibuk kerja keras demi sesuap nasi. Kami tak pernah lompat pagar sekolah ponteng kelas. Kalau aku nak keluar asrama pun, aku tak lompat pagar, aku keluar ikut pintu pagar hadapan sekolah lagi huh u huh u hu

Walaupun kami bukannya kategori pelajar pintar dan jadi harapan sekolah, tetapi kami tak terlibat dalam masalah disiplin. Kalau aku tak datang sekolah, bermakna aku ada di rumah. Tapi, itu jarang berlaku sebab aku suka pergi sekolah. Aku suka kedatangan penuh setiap tahun.

Kalau aku datang lambat ke sekolah, bukan sebab aku ponteng. Sebab basikal buruk aku buat hal. Kalaupun pengawas tulis nama dan hantar kepada guru disiplin, ada aku takut? Tak pernah! Sebab aku tahu aku bukan sengaja nak lambat. Aku sentiasa sampai awal. Dan cikgu disiplin tak pernah denda walaupun aku terbabas datang lambat. Kalau dia denda? Dah tentu aku akan pertahankan diri…bukan sengaja kan? Aku kan sentiasa perjuangkan kebenaran!

Walaupun cikgu kata “ibu bapa murid yang tak datang mesyuarat PIBG, anaknya akan kena denda”, tetapi ayah tetap tak juga datang mesyuarat tu. Dan aku tak pernah kena panggil atau kena denda sebab ayah tak datang mesyuarat PIBG tu.

Cara ayah aku mudah sahaja. Dia akan pergi ke rumah cikgu disiplin sekolah tu. Tanya hal anak-anak dia ada masalah ke tidak kat sekolah. Ada berani aku nak buat hal?

Kami sentiasa cuba ringankan beban ayah. Kami saksikan sendiri betapa penatnya dia berkerja di bendang untuk menyara kehidupan kami semua. Kegigihan ayah melebihi gigihnya orang lain di kawasan sekitar kami kerana kemiskinan kami juga lebih tinggi tahapnya berbanding orang lain. Rasa itu buatkan kami sedaya upaya cuba untuk tidak buat onar dan beri masalah.

Jadi, walaupun ayah tak pernah hadiri majlis perjumpaan PIBG, ada anak dia berani nak ponteng bagai walaupun anaknya ni gengstar tu boleh tahan juga hu huhuhu kira macam hero filem tamillah kan?

Mmmmm entri ni sepatutnya terbit sempena Hari Bapa, tapi aku cari tak jumpa tang mana dah save entri ni hu hu huhu



Selasa, 17 Jun 2014

Tanda Tanda Orang Yang Bijaksana


Tanda-tanda dan ciri-ciri orang yang bijaksana adalah;


Bukan mudah nak jadi bijaksana, namun...sekurang-kurangnya niat tetap ada.
Semoga dimudahkan Allah.



Isnin, 16 Jun 2014

Dapat T’Shirt Hinditrax Percuma


Masa muda-muda dulu (macamlah dah tua benar) aku tak berapa suka filem Hindi. Tengok filem tamil kat TV, selalu kena ejek dengan Mek sebab dalam keluarga kami tak ada siapa suka tengok filem Tamil apalagi Hindi. Semua tengok cerita P.Ramlee je.

Dah kerja, tak tahu macam mana tetiba aku boleh gila dengan lagu-lagu hindi, selalu tengok videoklip lagu hindi popular yang sedap di dengar di Youtube. Yang aku masih ingat punca aku suka tu sebab dulu-dulu dengar Time Hiway Radio DJ Andy Hakim selalu translet senikata lagu-lagu hindi dakam rancangan Hindi Power . Bila tahu betapa indahnya maksud setiap lagu-lagu tu, tetiba boleh terjatuh cinta! Tetiba baru tahu maksud filem Dilwale Dulhania Le Jayenge yang pernah dihadiahkan CDnya oleh seorang kawan...Opssss! manaku tahu dia nak ngurat. Pasai apa tak habaQ ceQ oiii...selepas 10 tahun baru tau maksudnya hu hu hu hu

Sekarang akan sentiasa di sisi SelangorFM setiap Isnin, bersama DJ Andy Hakim. Macam selalu…DJ idaman Malaya tu akan terjemahkan intipati kisah dalam setiap lagu dan rangkap kata yang indah-indah tu. Fuhhhhhh! Sangat menyentuh jiwa habaq hang!

Sejak dua bulan lepas…DJ Andy Hakim dah tulis blog berkisar tentang dunia Bollywood dalam bahasa Melayu. Kisah artis bollywood, kisah industri perfileman bollywood, terjemahan lagu-lagu dan semuanya dalam bahasa Melayu. Aku lebih suka tang lagu-lagu dan terjemahan tu dan info semasa. Silalah ke HindiTrax kalau nak tengok;


Tapi, lebih suka bila dapat t’shirt percuma Hinditrax. Gila tak suka!

buka je bungkusan...terus jerit sensorang. Comeyyyyy!!!!
Opsssss! Macam kat Korea pulak...teruja!!!
Nyata jelita! Ohhhhhh! Hati berbunga-bunga sepanjang hari dok renung ni!

Cantik tak? Cantik kan? Kan?

Lagi cantik sebab percuma huh u huhu terima kasih Abe Andy Hakim dan SelangorFM. Terima kasih penaja HindiTrax! Hati berbunga-bunga, kembang kuncup macam dapat bawak balik Khirtik Roshan gayanya!

DJ Andy Hakim buat kuiz mudah masa rancangan Irama Bollywood hari Isnin 26 Mei 2014, asalnya hanya pilih 3 pemenang sahaja. Bila sambutan gamat, tetiba jadi 5 orang pemenang dan aku antara salah seorang yang menang. Itupun lepas aku dah rasa putusasa macam tak ada peluang je huh u huh u sekali, DJ Andy Hakim telefon bagi tahu termasuk dalam senarai. Fuhhhhh, Seronok tak? Mestilah seronok. Tidur malam tu pun dok tersengih-sengih. Nasib baik tak mimpi jumpa Khirtik Roshan…kalau tak, jenuh panjat bukit lari-lari kejar biri-biri putih sambil nyanyi lagu Hindustan! Haila Haila!

Haila Haila



Seronok sebab jadi antara orang terawal yang dapat tshirt istimewa HindiTrax ni. Yang mahalnya daun maple berguguran tu, pergi Korea hari tu banyak jumpa pohon Gingko, pohon maple tak dan jumpa yang daun besar-besar, kecik cinonet je dan tengok. Lagi mahal dan jadi teramat mahal adalah siapa yang bagi tu. Fuhhhhhhh! tetiba rasa nak sembunyikan dalam almari tak mau bagi tengok kat anak buah. Karang kena paw! Makcik ni mudah luluh dengan rayuan huh u huhu

Mau tak sembunyi, Tshirt Korea ceQ dah kena paw hu huhuh u …tak apalah yang tu, ada jugak sehelai lagi. Yang ni memang satu-satunya tau!

Mmmmmm dulu pernah terima tiket tengok filem Hindi Dostana, merasalah juga tengok filem hindi kat panggung. Tak sangka masih ada rezeki. Persamaannya: ketika kedua-dua hadiah comel ni aku terima, aku tak berapa nak sihat. Kira macam jadi penghibur yang lebarkan senyumlah ni…

Sebenarnya entri ni bagitau "Terima Kasih DJ Andy Hakim, terima kasih HindiTrax...terima kasih SelangorFM"