Memaparkan catatan dengan label pengorbanan bapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengorbanan bapa. Papar semua catatan

Rabu, 18 Jun 2014

Ayah Tak Pernah Hadir Mesyuarat PIBG Sekolah

Cikgu sekolah selalu sahaja bengang dengan ibu bapa yang payah nak hadiri mesyuarat PIBG anak-anak mereka. Tak datang waktu hari report kad anak-anak diserahkan.

Ayah aku sebenarnya tidak pernah hadiri sebarang mesyuarat PIBG sejak kami darjah satu hinggalah tamat sekolah…hinggalah habis belajar lavel berapa pun, ayah tak pernah pergi. Kami konvo pun ayah tak datang masuk dewan tengok perarakan anak dia. Tak pernah!


Kami nak rasa hati? Tak pernah!

Kami faham ayah sibuk kerja keras demi sesuap nasi. Kami tak pernah lompat pagar sekolah ponteng kelas. Kalau aku nak keluar asrama pun, aku tak lompat pagar, aku keluar ikut pintu pagar hadapan sekolah lagi huh u huh u hu

Walaupun kami bukannya kategori pelajar pintar dan jadi harapan sekolah, tetapi kami tak terlibat dalam masalah disiplin. Kalau aku tak datang sekolah, bermakna aku ada di rumah. Tapi, itu jarang berlaku sebab aku suka pergi sekolah. Aku suka kedatangan penuh setiap tahun.

Kalau aku datang lambat ke sekolah, bukan sebab aku ponteng. Sebab basikal buruk aku buat hal. Kalaupun pengawas tulis nama dan hantar kepada guru disiplin, ada aku takut? Tak pernah! Sebab aku tahu aku bukan sengaja nak lambat. Aku sentiasa sampai awal. Dan cikgu disiplin tak pernah denda walaupun aku terbabas datang lambat. Kalau dia denda? Dah tentu aku akan pertahankan diri…bukan sengaja kan? Aku kan sentiasa perjuangkan kebenaran!

Walaupun cikgu kata “ibu bapa murid yang tak datang mesyuarat PIBG, anaknya akan kena denda”, tetapi ayah tetap tak juga datang mesyuarat tu. Dan aku tak pernah kena panggil atau kena denda sebab ayah tak datang mesyuarat PIBG tu.

Cara ayah aku mudah sahaja. Dia akan pergi ke rumah cikgu disiplin sekolah tu. Tanya hal anak-anak dia ada masalah ke tidak kat sekolah. Ada berani aku nak buat hal?

Kami sentiasa cuba ringankan beban ayah. Kami saksikan sendiri betapa penatnya dia berkerja di bendang untuk menyara kehidupan kami semua. Kegigihan ayah melebihi gigihnya orang lain di kawasan sekitar kami kerana kemiskinan kami juga lebih tinggi tahapnya berbanding orang lain. Rasa itu buatkan kami sedaya upaya cuba untuk tidak buat onar dan beri masalah.

Jadi, walaupun ayah tak pernah hadiri majlis perjumpaan PIBG, ada anak dia berani nak ponteng bagai walaupun anaknya ni gengstar tu boleh tahan juga hu huhuhu kira macam hero filem tamillah kan?

Mmmmm entri ni sepatutnya terbit sempena Hari Bapa, tapi aku cari tak jumpa tang mana dah save entri ni hu hu huhu