Sabtu, 3 Mei 2014

Kereta Api Berlanggar Di Seoul


Tengok tajuknya buatkan aku terdian seketika. Pelanggaran kereta api bawah tanah berlaku di stesen Sangwangsimni apabila sebuah kereta api bawah tanah yang berhenti dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta api yang lain.

Akhbar menulis kereta api ini “bertembung”, tetapi bagi aku istilah bertembung tu tak tepat sebab kereta api dilanggar dari belakang. Bila langgar berdepan baru kira bertembung hu hu hu hu wartawan tu kena masuk kelas istilah sekejab hu hu huhu mai masuk kelas aku, yuran dia rendah je!

200 orang penumpang cedera (melecet, pendarahan otak dan seorang lagi kerana patah tulang) dalam nahas kereta api di Seoul. Dua gerabak akhir tren yang berhenti itu tergelincir dari landasan akibat impak pelanggaran, manakala cermin kedua-dua kereta api pecah. Tingkap retak pada kedua-dua tren, dan satu pintu menyambung dua gerabak rosak teruk.

Di Seoul, kereta api bawah tanah adalah pengakutan perhubungan yang utama. Perkhidmatan awam ini cekap, murah, selesa dan mudah. Bawah tanah sana penuh umat, kat atas muka bumi jalan tak adalah sesak sangat, manusia pun tak ramai. Entah bila perkhidmatan sebegini boleh berada di Malaysia.

Jumaat, 2 Mei 2014

19 Perkataan Milik Islam di Brunei


Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan digunakan oleh orang bukan Islam di negara itu, berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah. Perkataan yang diharamkan itu adalah seperti berikut;

1. ALLAH
2. masjid
3. azan,
4. baitullah,
5. al-Quran,
6. fatwa,
7. firman ALLAH,
8. hadis,
9. haji,
10. hukum syarak,
11. Ilahi,
12. kaabah,
13. kalimah syahadat,
14. kiblat,
15. imam,
16. mufti,
17. mukmin,
18. solat dan
19. wali.

Perkataan-perkataan ini hanya merujuk kepada agama Islam sahaja ya…tak boleh agama lain. Kalau nak sebut, perlu merujuk kepada ertinya bersandarkan pengertian dalam agama Islam.

Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam. Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi.

Mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun.



Pada Hari Itu Semuanya Akan Dibuktikan


Sesungguhnya Dia Maha Tahu, maka aku serahkan segalanya kepada Dia;

(Allah mengetahui apa yang sebenarnya); oleh itu, cukuplah Allah sebagai saksi antara kami dengan kamu, bahawa sesungguhnya kami tidak menyedari pujaan atau penyembahan kamu (kepada kami). Pada masa itu tiap-tiap diri dapatlah mengetahui (dan merasai) akan apa yang telah dikerjakan dan mereka dikembalikan kepada Allah Tuhan mereka yang sebenar-benarnya (yang akan membalas dengan adilnya); dan (dengan itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.
(Yunus 10:29-30)

Mungkin di dunia yang luas ini, ada orang boleh melepaskan diri, menghindari atau mengkhianati, namun di sana nanti akan terjawab semuanya. Masih mampukah untuk berdalih? Makanya, aku serahkan segalanya kepada Dia.

Perbualan kokpit MH370 dan Menara Kawalan KL


Laporan awal dan rakaman audio kehilangan pesawat MH370 telah diumumkan kepada orang ramai malam tadi.

Maklumat lengkap berkaitan laporan awal MH370 berkenaan mengandungi;

1) Rakaman audio perbualan antara kokpit MH370 dan menara kawalan udara Kuala Lumpur



2) Laporan awal kehilangan MH370, bertarikh 9 April









Kalau rajin, tengoklah.



Khamis, 1 Mei 2014

Kartina Dahari Meninggal Dunia


DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aminnnn.

Kartina Dahari (kiri) dan Julie Sudiro


Hari ini, seorang penyanyi yang terkenal dengan lagu irama keroncong era 60-an hingga 80-an, Kartina Dahari, meninggal dunia petang semalam di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, akibat barah. Antara lagunya yang popular ialah Jangan Ditanya, Sayang Di Sayang, Hati Ke Hati, Sejak Kita Berpisah dan duetnya bersama Datuk Ahmad Jais, Budi Setahun Segunung Intan.

Kartina Dahari - Dari Hati Kehati



Budak-budak zaman sekarang dah tentu tak ramai yang tahu penyanyi keroncong lama ni. Aku pun bukannya kenal wajah arwah, tetapi aku dah biasa dengan lagu-lagu nyanyiannya. Kat mana lagi nak dengar kalau bukan di Klasik Nasional. Syahdu!

Tapi aku sangat suka lagu ni;

Kartina Dahari - Keroncong Jangan Ditanya



Ya, usah ditanya mengapa aku pergi…jangan ditanya ke mana aku pergi, hapuskan saja kenangan yang lama. Selamat tinggal kubermohon diri huh u huh u

Ini pula lagu buat pahlawan Negara;

Kartina Dahari - Tinggallah



Iramanya keroncong, mesti ramai yang tak suka. Tapi…aku tetap suka huh u huh u ohhhh sangat klasik!

Akulah tu yang klasik huh u huhu