Memaparkan catatan dengan label menghasut untuk bercerai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menghasut untuk bercerai. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Mei 2014

19 Perkataan Milik Islam di Brunei


Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan digunakan oleh orang bukan Islam di negara itu, berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah. Perkataan yang diharamkan itu adalah seperti berikut;

1. ALLAH
2. masjid
3. azan,
4. baitullah,
5. al-Quran,
6. fatwa,
7. firman ALLAH,
8. hadis,
9. haji,
10. hukum syarak,
11. Ilahi,
12. kaabah,
13. kalimah syahadat,
14. kiblat,
15. imam,
16. mufti,
17. mukmin,
18. solat dan
19. wali.

Perkataan-perkataan ini hanya merujuk kepada agama Islam sahaja ya…tak boleh agama lain. Kalau nak sebut, perlu merujuk kepada ertinya bersandarkan pengertian dalam agama Islam.

Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam. Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi.

Mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun.