Jumaat, 21 Mac 2014

Yuran Langganan Jalur Lebar Dah Tak Ada Rebat Cukai Pendapatan?

Siapa dah isi borang cukai? siapa dah hantar borang tafsiran cukai 2013? Sekarang dah ada e-filing, sat ja kalian hantar...berdesupppp orang LHDN terima.Tapi aku masih buat secara manual. Kuno tak aku?

Semalam print borang tafsiran cukai kat laman web LHDN, kemudian bertatih isi pelan-pelan sambil pecahkan gula-gula Candy Crush.

Tetiba aku perasan dalam borang cukai pentafsiran tahun 2013, dah tak ada lagi rebat untuk penggunaan internet. Ya…rebat yuran langganan penggunaan jalur lebar dah tak ada dalam borang tafsiran cukai 2013. Ker aku yang salah tengok?

Cer habaQ, kalian perasan tak kehilangan rebat ni? Mestilah aku tertanya-tanya sebab bilnya sebeban aku simpan hu h uhu hu

Tang mana tah nak kutip rebat pengecualian cukai pendapatan ni? Bukan mudah orang bujang nak dapat rebat cukai pendapatan. Jangan ngelat bayar zakat sudahhhhh!

Kenapa Sikit Je???


Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur” (Al-Mulk, 67: 23)

Khamis, 20 Mac 2014

Mek Fobia Aku Nak Balik Kampung Naik Kapal Terbang

Mek memang jarang telefon anak-anak kecuali ada hal penting. Bagi dia dan kami juga, anak-anak yang patut telefon mereka (mek dan ayah). Bila ada miscall dari kampong, memang akan suspen.

Masa aku pergi buat fisioterapi Rabu lepas, Mek ada telefon tetapi aku tak dengar. Telefon dok dalam beg. Jadi, bila ke parking kereta, aku berhenti kat taman di halaman hospital Serdang tu seketika dan telefon Mek semula.

Suara Mek lemah je, serak dan sedikit batuk-batuk. Katanya, petang sebelum tu dia rasa nak pitam. Tahun lepas, masa dia tak sihat, aku ambil cuti dan balik seminggu. Terus je dia sihat hanya dengan aku picit-picit tiap malam dengan losyen. Tak payah jumpa doktor pun. Ayah gelakkan dia kemain masa tu.

Kali ni terasa juga nak buat begitu, orang kata terapi jiwa. Tapi dengan keadaan begini, perjalanan yang panjang untuk balik kampong akan mudaratkan aku pula. Elok-elok dah ok sikit, kang melarat lagi lama pulak. Lagi pun dah nak cuti sekolah. Kakak dan adik dah pasti akan balik kampong. Rumah tu akan riuh rendah hiburkan hati mereka. Tahan je lah hati dulu…

Kata Mek, aku boleh tompang adik yang balik kampong masa tu. Tapi, aku tak boleh duduk lama. Perjalanan panjang itu buat aku fobia sebenarnya. Sekarang ni, nak duduk 30 minitpun rasa sangat derita…mulalah gelisah nak pi baring huh u huhu macam mana nak duduk 8 jam dalam perjalanan balik kampong tu?

Aku beritahu, Raya nanti balik kampong naik kapal terbang. Mek senyap tetiba. Kemudian dia cerita tentang Penerbangan MH370 yang hilang dan masih belum lagi dijumpai itu. [Errr...tiket beli tempah lagi ni macam mana?] Barangkali Mek dah lupa pengalaman aku naik pesawat yang tergelincir di landasan dulu tu...

Aku: Kalau nak mati…mana-mana pun boleh mati. Atas katil pun mati jugak walaupun tak naik kapal terbang. Lagipun, bukan hari-hari kapal terbang MAS hilang. Dah naik bertahun-tahun pun, baru kali ni hilang...selama ni, sampai aje pun pergi mana-mana.

Nasib baik Mek boleh terima. Nasib baik kehilangan MH370 berlaku selepas Mek ayah dan pergi menunaikan haji.




Rabu, 19 Mac 2014

TRW Pray For MH370


Prihatin dengan MH370...semoga segala usaha mencari dan menyelamat dimudahkan.


Selasa, 18 Mac 2014

Nak Kena Sama Pendapat Baru Boleh Geng Ke?


Prinsip aku mudah sahaja: selagi tidak jatuh hukum “haram” makanya, kalian berhak memilih untuk tentukan apa yang kalian nak. Aku tak boleh nak kata apa. Aku tak boleh nak hukum apa.

Tapi, kalau kalian rasa nak mintak pendapat aku…silalah bagi tahu. Takat yang termampu aku akan kongsikan pandangan aku yang tak adalah terang benderang benar. Rabun dan kabur jua adanya. Namun, pendapat aku itu tidak libatkan mana-mana pihak kecuali aku sahaja.
kalau kalian tahu sukarnya mencari orang kita aniaya di padang mahsyar...usahlah aniaya orang biarpun dengan kata-kata. Kiranya dikau tetap memilih jalan itu jua, makanya...silalah cari aku antara sekian ramai makhluk allah itu, urusanku denganmu di dunia ini telah tamat. Teruskan rundingan di sana nanti.

Bila tanya pendapat aku, janganlah pula nak paksa aku bersetuju dengan pendapat kalian pula. Dah tentulah ada persamaan dan perbezaan. Bila pendapat itu sama, bukan bermakna aku satu geng dengan kalian…dah tentu aku ada alasan sendiri dengan setiap pendapat itu.

Begitu juga bila pendapat kita tak sama, usah paksa aku ikut arus kalian. Aku punya alasan yang tersendiri. Bila tak sama pendapat, bukan bermakna aku tak boleh geng dengan kalian. Boleh aje. Kita hanya berbeza pendapat tetapi kita masih lagi sama-sama Islam. Tak begitu?