Selasa, 31 Disember 2013

Argan Oil Dambaan Wanita Moroko


Sebenarnya, aku tak tahupun wanita Moroko ni cantik. Aku kenal VIRGIN ARGAN OIL lebih dahulu dari wanita Morocco. Bila dah guna Virgin Argan Oil yang tak ada bau, lembut dan meresap ke dalam kulit tanpa rasa lekit, aku amat kaguminya. Kemudian baru aku google tengok rupa wanita Morocco ni huh u huh u memang cantikpun. Muka ala-ala Arab gitu…


Rakanku nan gigih itu, Cik Bintang mulakan perniagaannya secara online dan offline. Silalah like ramai-ramai di page Sihatstore ya…lagi ramai like, lagi meriah suasananya.

Sempena memperkenalkan produk baru iaitu Virgin Argan Oil, Sihatstore telah membuat tawaran istimewa UNTUK 100 orang pembeli sahaja pada 1.1.2014 dengan harga pengenalan, iaitu RM 35.00 sebotol, Free postage + voucher RM10.00.

kupon virgin argan oil

Disebabkan hari ni hari terakhir tahun 2013 dan tengah malam ini dah sambut tahun baru 2014, bermakna tawaran berkenaan hanya tinggal dua hari je…hari ni dan esok. Sesiapa yang berkenan…silalah dapatkannya cepat. Masih sempat. Masih ada masa. Selepas 1.1.14, kupon dah tak ada, tetapi harga masih lagi harga pengenalan RM35. Harga ni terhad ya…selagi stok masih ada. Bila dah masuk stok baru, harga baru dan caj baru ya…

KELEBIHAN VIRGIN ARGAN OIL jenama HERBAL HUT?

Virgin Argan Oil jenama HERBAL HUT kaya dengan “essential fatty acids” (EFA) dan omega 6 yang membantu menyokong aktiviti membran dan memberi kelembapan kepada kulit. EFA juga berfungsi menghalang kulit dari hilang lembapan dan memberi ketegangan kulit.

Ia membantu melambatkan kedutan dan menjadi rona kulit lebih sekata. Virgin Argan Oil ini kaya dengan anti oksidan. Peratus “gamma tocopherols” yang tinggi membantu meneutralkan radikal bebas dan melindungi sel kit adaripada rosak. Seterusnya menjaga sel membran agar sihat. Herbal Hut Virgin Argan Oil insya allah mampu MEMBANTU untuk:
✔Mendapatkan kelembapan wajah
✔Mendapatkan rona wajah yang sekata
✔Memberi kelembapan yang berpanjangan kepada kulit
✔Membantu merawat kulit kering
✔Membantu mengurangkan jeragat
✔Mengembalikan seri wajah
✔Membantu menghilangkan parut
✔Membantu merawat selulit
✔Mencantik dan menguatkan kuku
✔Mencantik dan menguatkan rambut

Virgin Argan Oil yang 100% tulen dari Morocco dan 100% Organik.

Cara guna: cuci muka dengan bersih, olehkan ke wajah, lengan, siku, kuku atau rambut. Untuk wajah, urut perlahan-lahan sehingga minyak meresap ke dalam kulit. Virgin Argan Oil, lembut, tekstur yang ringan dan tidak berbau. pm/sms/whatsapp untuk menjadi 100 yang terpilih. 012-2459477

Di Sihatstore juga terdapat beberapa produk lain, antara produk terhangat dipasaran yang sentiasa mendapat sambutan hangat iaitu Harum Malam untuk wanita dan Men Capsule;


Menjadi produk pilihan ramai lelaki, Men Capsule;


Macam comey je kan produk ni;



Aku dah guna Virgin Argan Oil lebih kurang seminggu. Banyak perubahan yang boleh rasa terutama dari segi kemulusan kulit. Aku oleskan di kulit wajah yang selalu kering sebelum ni, terutama bila terdedah lama sangat dalam penghawa dingin @ econ.

Paling best, boleh juga guna untuk sapu di semua bahagian badan yang lain seperti tangan, lengan, siku dan tapak kaki. Kesan kulit kering yang kasar dah mula berubah. Nak guna hingga habis sebotol baru tengok apa jadi...hu hu huhu teruja ni. Tak sabau! Tak sabar! Tak sabar!

Ohhhhh entri terakhir tahun 2013 ni ya...Selamat Tahun Baru 2013



Isnin, 30 Disember 2013

11 Langkah Mengurangkan Perbelanjaan Sektor Awam

Aku sokong aje bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuatkuasa 1 Januari. Tindakan itu kononnya selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan
Bagus tu! Aku sokong! Tak elok membazir, amalan setan nirrojimmm!

Sejajar dengan itu, makanya kerajaan akan;

1. mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus,

2. mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

3. mengurangkan kemudahan tol pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus

4. meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

5. mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

6. mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

7. mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan. Cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

8. mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

9. mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

10. mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Mana lagi satu? Hu huhu huhu tang mana aku tertinggal?

Kalau Tanya aku, dah tentulah aku sokong. Itupun kalau Menteri pun buat sama. Janganlah pulak kami kuli Ba**k ni je yang kena lalui krisis ni, kemudian di akhir tahun tuntutan KPI untuk pencapaian tahunannya dimintak lain. Ya dak????



Jumaat, 27 Disember 2013

Tatkala Ditimpakan Ke Atas Mereka Kesusahan


[11]
Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya.

[12]
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan.

[13]
Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan.

[Surah Yusuf; 11-13]

Semoga perjalanan hari ini dirahmati Allah. Aminnnn!

 

Khamis, 26 Disember 2013

Resipi Kek Coklat Basah (Moist)

Fuhhhh! Tetiba rasa jadi macam Chef tersohor dalam siri Master Chef tu… semuanya gara-gara Myea Bakh punya komen;


Tak sangka lah pulak ada orang berminat nak buat kek coklat moist ni…tapi kalau jadi, memang sedap pun. Tetiba daku pulak yang terasa nak makan. Hah???? Nak kena buat jugak ke? Semua barang dah naik ni...kena peram dulu kot niat tu hu hu hu

Kek Coklat Basah Hangit Rentung Versi Anyss hu hu hu


Menghargai kesungguhan Myea Bakh nak buat kek coklat basah (moist) ni, daku buat entri baru ya…sila Myea Bakh berbangga.



Bahan-bahan Kek Coklat Basah (Moist)
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1 cawan minyak mazola (jagung)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh neskepe
1 sudu baking powder
1 sudu serbuk penaik
4-5 biji telur
secubit garam
sedikit vanila (kalau suka)


Cara Membuat Kek Coklat Basah (Moist)

  1. ayak tepung gandum bersama baking powder, serbuk penaik dan serbuk koko. Kemudian, masukkan gula, neskepe, garam. Kacau bagi rata. Masukkan pula susu cair, minyak mazola dan air suam.
  2. Gunakan bekas lain untuk pukul telur hingga kembang (dalam mangkuk pun tak apa. Saya biasa guna garpu je untuk pukul telur. Cukup sekadar kembang telur berbuih dan warna berubah sikit je).
  3. Tuang telur yang dah kembang tadi ke dalam adunan pertama tadi. Kacau lagi hingga sebati. Masukkan serbuk vanila & garam.
  4. Adunan ni akan nampak sedikit cair berbanding kek biasa tetapi kalau biasa buat kek gula hangus, lebih kurang begitulah tahap kecairannya.
  5. Sediakan loyang pembakar macam biasa, masukkan semua adunan tadi dalam loyang dan bakar selama lebih kurang sejam dengan suhu 150 darjah Frenheight.
  6. Nak uji kek ni dah masak ke belum: gunakan lidi cucuk kawasan tengah kek, kemudian teliti batang lidi tersebut. Kalau tak melekat apa-apa di bilah lidi tu, maknanya dah masaklah tu. Kalau masih ada cecair di hujung lidi, tambah masa untuk bakar. Bakarlah hingga masak.


Selamat mencuba ya Myea Bakh.

Masa dapat resipi ni dulu, percubaan kali ke tiga baru aku berjaya dapat kek yang benar-benar sedap dan cantik. Dua kali tu kantoi merata tempat. Mesti ada je tak kena sebab tangan aku ni memang tak suka ikut peraturan. Suka benar ubahsuai resipi orang tetapi akhirnya jadi bila ikut resipi yang sebenar. Memang hebatlah orang yang cipta resipi ni.

Bila dah dapat resipi ni, dah rasa kesedapan kek coklat basah (moist) yang ini, aku dah tak suka sangat kek coklat lain, terutama kek coklat yang mendakwa dirinya basah tetapi sebenarnya kering. Tak moist sangatpun tetapi disiram coklat cair atasnya untuk kelihatan basah. Ohhhh sangat tertipu dengan itu kek!

Sebab apa aku suka kek coklat moist macam ni? Kek coklat ni tak muak. Aku boleh tibai je seloyang tanpa kongsi dengan sesiapa huh u huh u


Penguatkuasaan Visa Dengan Rujukan (VDR) Pelajar Antarabangsa Yang Menuntut Di Malaysia.


Bulan lepas, aku ada terima email rasmi tentang Pekeliling imigresen Malaysia terhad 2013 berkaitan penguatkuasaan visa dengan rujukan (VDR) pelajar antarabangsa yang menuntut di Malaysia.

Amalan biasa di Negara kita bila menerima pelajar antarabangsa selama ini adalah: pelajar antarabangsa yang telah diluluskan permohonan pas Pelajar boleh masuk ke Negara kita tanpa Visa Dengan Rujukan (VDR). Kemudahan Pas Pelajar dan JP Visa akan dikeluarkan setelah mereka tiba di Malaysia, sementara bayaran proses JP Visa adalah dikecualikan. Mmmmmmm FREE je…patutpun berlambak depa ni masuk huh u huh u

Kini Jabatan Imigresen telah melakukan langkah berikut;

1. Memberhentikan penerimaan Pas Pelajar daripada pemegang Pas Lawatan Sosial
2. Memberhentikan pengeluaran Journey-Performed Visa (JP Visa) bagi pelajar antarabangsa yang ingin menukar Pas Lawatan Sosial kepada Pas Pelajar.
3. Pemohon berada dan dilakukan di negara asal semasa permohonan tersebut dibuat dan hanya dibenarkan masuk ke negara ini setelah mendapat kelulusan.

Berdasarkan pekeliling penguatkuasaan VDR pelajar antarabangsa di Malaysia yang baru berkenaan, maka pelajar antarabangsa yang mahu menyambung belajar di Malaysia perlu mematuhi perkara seperti berikut;

syarat VDR pelajar asing


Walaupun begitu, masih terdapat pengecualian;


Semua syarat ini akan digunapakai mulai tahun 2014. Dah tak lama lagi dah tu...

Peringkat awal, memang akan kelam kabut sedikit sebab maklumat sebegini tak sampai ke khalayak, tetapi setelah beberapa bulan, aku yakin semuanya akan dapat diatasi. Orang Imigresen di semua pintu masuk negara kita hebat-hebat belaka untuk tangani isu ini.

Patutnya dah lama dulu lagi kita lakukan begini. Ramai sangat dah mengaku jadi pelajar tetapi sebenarnya datang menjadi penyamun penyangak, ataupun pelacur. Fuhhhhh! harapnya, dengan langkah ini, kita boleh kurangkan secara berperingkat masalah yang sedang merebak ni. Nak cekup dia orang pun mudah sikit sebab kalau tak ikut syarat tu, memang sepatutnya tak boleh berada di Malaysia.

Walaupun akan tetap juga ada pihak yang cuba untuk bolos masuk, namun, kita harapkan itu hanya sekelumit sahaja dan kita boleh tangani lebih banyak kes yang lain seperti jenayah.