Saja je letak tajuk tu…tu kan ayat yang selalu menteri sebut-sebut “jangan politikkan isu bla bla bla…”.
Tak ada siapa nak ditimpa musibah. Tak ada! Tanyalah sesiapapun, tak ada siapa nak susah. Namun bila sesuatu ujian itu melanda, ia bukan sahaja menguji orang-orang yang terlibat dalam kejadian itu, tetapi juga menguji orang lain di sekelilingnya. Termasuk kita. Ya…termasuk kita!
Balik dari bengkel di hotel setengah bintang semalam, aku terus masuk pejabat selesaikan beberapa perkara yang terdesak (setelah ponteng dua acara BESAR paginya…aku bukannya penting sangat, jadinya bila aku taka da tak jejaskan sesiapa huh u huh u). sambil buat kerja, dengar THR GEGAR online kat computer.
Bukan nak promosikan THR GEGAR tu…tapi stesen radio ini sahaja yang merangkumi kawasan pantai timur, jadi semua kejadian di negeri kami mudah nak tahu. Sambil dengar bual repek DJ nya yang bukan main lagi bertikam lidah sesama sendiri (DJ Zura & DJ Shah), ada panggilan masuk.
Awalnya aku memang tak ambil pot sangat…biasalah ramai orang suka telefon radio kan? Tapi…bila telinga dengar suara pemanggilnya tu lain macam je…semua kerja yang aku tengah buat terhenti bila dia sebut;
“Sejak semalam kami belum makan…bekalan makanan memang tak ada,” ada getar suara yang tertahan cuba akak tu sembunyikan.
Dia tak payah cakap banyak-banyak…satu ayat itupun dah berjaya buatkan pipi jadi basah. Subhanallah! Ya Allah, berapa banyak nikmatmu yang kami dustakan?
Nak tengok
gambar-gambar banjir terkini di Pantai Timur termasuk Kuantan, bolehlah jengah ke
Pray 4 Pantai Timur dan
1 Juta Pahang. Tahanlah hati bila ke pagi tersebut, juga ada
maklumat terkini tentang banjir walaupun tak adalah cepat sangat kemaskininya. Mungkin sebab banyak kawasan masih lagi terputus bekalan letrik.
|
khabar dari sukarelawan banjir di Kuantan... |
Aku kagum dengan ramai rakyat Malaysia yang pakat ramai-ramai kumpul dana dan berusaha keras bawa sumbangan kepada mangsa di Kuantan dan Trengganu. Di Bangi sendiripun ramai kelompok berbuat begitu sama ada diwarwarkan di FB ataupun melalui SMS. Mereka hebahkan dan senaraikan pelbagai jenis keperluan yang diperlukan selain makanan.
Walaupun ada kumpulan tidak begitu peduli dengan ujian yang menimpa orang lain kerana sibuk dengan agenda sendiri untuk menjadi lebih senang dan kaya, namun sebenarnya masih lagi ramai rakyat Malaysia yang prihatin dan turut berduka dengan musibah yang berlaku. Mereka tetap juga nak menolong walaupun ambil masa. Maklumlah, nak kerah team bukan mudah. Masing-masing pula ada komitmen sendiri.
Masa dengar berita radio dalam perjalanan cari makanan tengahari tadi, aku dengar ucapan wakil dari Parit Raja yang berbunyi “Ingatlah…kita sedang diperhatikan. Apa sahaja yang kita lakukan orang melihatnya…”
Ya…banyak mata melihat. Ramai orang memerhati. Banyak hati mula tersentuh.Video banjir di Kuantan;
Apa sahaja yang kita buat, walaupun tanpa suara kedengaran tentang apa yang kita buat itu…semua hati tetap berbicara.
Akhir kata, pesan aku yang tak pernah sudi nak jadi menteri ni… janganlah politikkan isu banjir huh u huhu hu Doakanlah mereka. Kirimkanlah biarpun hanya pakaian terpakai. Kalau ada rezeki lebih, carilah stok susu untuk bekalann kanak-kanak kat sana.Semoga ganerasi mesa depan itu bakal mengubah suasana dunia Malaysia yang kita tempuh sekarang ni.
Komen aku: Berita terkini mengatakan lebih 2500 mangsa banjir di Kelantan telah dipindahkan. Gelombang kedua banjir juga sedang melanda Pahang berikutan hujan lebat turun tidak berhenti. Pasukan menyelamat menjumpai mayat seorang remaja yang lemas di sungai Isap.