Khamis, 5 Disember 2013

Autumn In My Heart di Abai Village, Korea


Entri sebelum ni tentang korea:

Entri kali ni tentang Abai village, Korea yang menjadi lokasi penggambaran drama bersiri Autumn In My Heart. Ya lah, Pulau Nami (Namimara Republic) yang terkenal sebab Winter Sonata tu dah pergi, alang-alang dah sampai Seoraksan National Park (OeSeorak), lansung ajelah singgah kat sini.

Selepas puas merayau dan bergambar dengan pohon-pohon cantik di Seoraksan National Park (OeSeorak), kami ambil teksi ke kampung Abai. Abai Village ialah perkampungan nelayan yang menjadi lokasi pengambaran drama Autumn In My Heart sezaman dengan Winter Sonata. Meletup-letup jugalah drama tu dan mengurai-ngurai air mata penontonnya pada waktu tu… haha poyo jer kan.

Errrrr….kalau tengok sekarangpun masih juga menuntut pembaziran air mata. Cer tengok kalau tak percaya h huh u hu

Ada banyak lagu dijadikan OST untuk drama Autumn In My Heart, antaranya;



Makanya, kami ambil peluang untuk alami sebahagian daripada pengalaman dalam drama tu...alang-alang dah sampai Korean kan...apa lagi, haruslah mencuba!

Kami naik teksi dan berhenti betul-betul di tebing ini;

turun je dari teksi, kami Nampak sungai ni...

ada peta kawasan Sockcho kat tebing sungai tu...bayangkan dari gunung sana jumpa laut hu hu hu

sepatah haram tak faham hu huhuhu

Add caption

pandangan dari tebing belah sana (dari atas bot)

dari sanalah kami datang...dah Berjaya seberang!

Jommmmmm mulakan pengalaman baru;

kagum tak dengan pakcik ni?


Kami turut rasai pengalaman naik bot (Gaetbae boat) tarik ala heroin drama tu dan berusaha juga menarik tali sauh berkenaan. Wow! Sekali seumur hidup kot pengalaman tu!

Gaetbae boat at Abai village dirakamkan pelancong Thailand kat sini…errrr kami dah kekeringan bateri untuk ramam segala. Tambah pula hari gelap nak hujan dan gelap nak malam juga…



Mereka masih tampal gambar-gambar dari drama tu;


Terjelir lelah itu ajushi hu hu hu hu

itu perempuan baju biru mula menyebok berangan macam heroin Autumn in My Heart




Mereka masih tayangkan drama bersiri ni di kawasan bawah jambatan tu. Kalau nak cuci mata, boleh tengok dua tiga episode akhir yang meruntun hati ni. Pastikan ada tisu untuk lap air mata dan air idung ya. Dulu tengok, dah bengkak-bengkak mata, kali ni tengok tetap cuci mata juga huh u huh u ;




Nak lagi banyak air mata, boleh tengok yang ni…




Kat tebing belah sana (bawh jambatan) kita boleh tengok mereka dirikan patung dan pondok telefon merah ni;




Banyak gambar kami peluk si hensem ni dan sengaja lindungkan heroin tu hu hu huhu

Inilah rupa jambatan tu...kat bawah ni lah depa letak skrin TV dan tayangkan siri Autumn In My heart tu;






Haaaaaa kat seberang jalan di atas tu kita akan Nampak kedai ni;




Lupa pulak naknak ambil gambar bahagian hadapan kedai. Masa ni bateri memang nyawa-nyawa ikan dah, guna ajelah mana gajet yang ada. Kami jalan-jalan juga kawasan sekitar tapi dekat-dekat situ je.

blogger lain tulis boleh makan, tapi...kami Tak Lalu nak makan hu hu huhu

kedai nI digunakan untuk siri yang lain...tak perasan pulak siri mana satu

comey je gerai ni...tapi tetap tak berani nak makan...


Sekejab sahaja kami di sini sebab kejar masa. Lagipun hari dah lewat. Perjalanan masih jauh. Nak teroka keseluruhan kampong Abai memang tak sempat. Kalau ada basikal, boleh juga kayuh huh u huh u lagi pula memasing dah capek panjat gunung. Mood nak meneroka dah ke laut hingga dah malas nak ke tebing belah laut sana. Kalau jalan kaki rasanya makan 10 hingga 15 minit juga tu.

geram je nak buat sambal sotong hu huhuhu


ikan masin, sotong masin bla bla bla masin hu hu hu hu



Melilau sekitar bawah jambatan seketika, kami akhirnya ambil teksi ke stesen bas terdekat.


Beli tiket balik ke Seoul jam 5.30 petang dengan bayaran 18100 won. Naik bas jer demer tiga orang tu terus tido sampailah ke Seoul sekitar jam 8.00 malam. Daku? Terkebil-kebil dalam gelap cuba jugak dok mengendap luar tingkap untuk tengok pemandangan sepanjang perjalanan walaupun yang lebih banyak Nampak hanyalah kelam dan gelap. Ohhhhhh! Daku bukannya boleh tidur kalau berada dalam perjalanan kecuali dah teramat capek. Maknanya, masih belum penatlah tu kan?

Kalau dah penat, mana mungkin kami sempat lagi cari ikan bakar di Seoul. Ikan bakar???? Ya…ikan bakar di Seoul yang bukan sahaja sedap tapi murahhhhhhhh berbanding kat tempat yang biasa orang lain pergi makan. Lain entri akan tulis sebab entri ni pun dah jadi sangattttttttttttttttttttttttt panjang! Itupun dan pecah dua hu huhuhu

Terjawab tak macam mana nak pergi ke Gunung Seorak dan kembali semula ke Seoul pada hari yang sama? Kalau nak tahu macam mana caranya, kena baca dari awal lagi perjalanan Soeraksan dari Seoul, pergi ke Abai Village, kemudian balik semula ke Seoul. Dua entri untuk menjawab satu persoalan hu hu hu hu ...





Rabu, 4 Disember 2013

Kuantan Lumpuh Akibat Banjir

Sejak beberapa hari lepas, jumlah hujan yang turun memang banyak…kita kat Bangi ni pun boleh rasa. Setiap hari memang hujan, matahari malu-malu je nak muncul. Mendung sepanjang hari.

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga esok. Hujan yang kadang kala sederhana akan berlaku di Kuala Krai, Kelantan; Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran di Pahang serta Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu di Terengganu.
 

masa kecik dulu, musim hujan begini kami perlu sabit rumput untuk kambing...
 
 
Keadaan itu akan menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah. Amaran hujan lebat peringkat kuning juga dikeluarkan di Jerantut, Pahang; Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu; Tumpat, Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Bachok di Kelantan; Sik, Baling dan Padang Terap di Kedah serta Hulu Perak, Perak.

Hujan itu dijangka berterusan hingga esok dan boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah. Amaran peringkat Kuning bermaksud tidak kritikal, yang melibatkan hujan yang kadang-kadang sederhana dan lebat. Peringkat Jingga juga tidak kritikal dengan hujan sederhana dan lebat yang berterusan, manakala Peringkat Merah bermaksud amaran peringkat tertinggi dengan hujan lebat yang boleh membawa banjir teruk.
 
Semoga mereka tabah dengan ujian sebegini...
 
Bekalan elektrik di bandar kuantan juga hampir pulih sepenuhnya hari ni apabila TNB memutuskan bekalan elektrik di sekitar bandar Kuantan berikutan air yang naik secara mendadak di dua Pencawang Masuk Utama TNB sejak petang Selasa. Tindakan tersebut dilakukan untuk menyelamatkan pencawang daripada mengalami kerosakan lebih teruk.

Kerajaan negeri Pahang juga sedang berusaha untuk menjaga kebajikan rakyatnya yang dipindahkan akibat banjir kali ini dengan menjadikan beberapa kem tentera sebagai pusat pemindahan baru mangsa banjir di Kuantan bagi memastikan setiap pusat pemindahan selesa dan tidak terlalu ramai. Pihak tentera juga ditugasakan untuk memasak dan membantu mangsa banjir.

Komen aku: Berita petang tadi menyatakan keadaan banjir di Kuantan semakin buruk. Beberapa batang jalan di Kuantan telah ditutup akibat banjir. Sehingga jam 5 petang tadi seramai 19,750 mangsa dipindahkan di 98 pusat pemindahan yang membabitkan 4,828 keluarga.

Penduduk Kuantan paling tinggi dipindahkan dalam banjir kali ini iaitu 12,007 mangsa di 69 pusat pemindahan, Rompin 3,982 mangsa di 13 pusat pemindahan, Pekan 2,750 mangsa di sembilan pusat pemindahan, Maran 1,005 di enam pusat pemindahan dan Jerantut enam mangsa di satu pusat pemindahan.

Sama-sama kita berdoa semoga keadaan banjir akan pulih dalam waktu terdekat. Semoga mereka yang terlibat dengan banjir juga banyak-banyak bersabar dengan ujian sebegini. Kita tahu, berkata memang mudah, hulurkan simpatipun mudah berbanding melaluinya, tetapi doa dan simpati dari rakyat Malaysia meringankan beban emosi mereka.
 
nak dapatkan info dan maklumat terkini tentang banjir, bolehlah jenguk di blog Why Always Us ni…

 
 

Selasa, 3 Disember 2013

Bila Usia Sudah Renta


Aku pernah tulis tentang dilema yang aku terfikir-fikir tentang pencen. Apa nak buat bila pencen nanti, apa yang berlaku masa tu…mampu tak aku survival diri dengan pencen yang tidak seberapa. Paling merisaukan bila KWSP dikatakan hanya cukup untuk 3 tahun sahaja. Nasib baik aku ambil sistem pencen, risiko yang tu tak termasuk dalam senarai. Namun, bagaimana pula dengan penjagaan kesihatan ketika usia lanjut?

Balik kampong masa Aidiladha hari tu, aku sempat juga melawat ziarahi sanak saudara warga emas yang dah tentulah memang tak ada KWSP atau pencen. Bila usia semakin renta, apa lagi yang daya dilakukan melainkan serahkan diri kepada takdir.

Upaya fizikal memang dah merosot. Nak kerja memang tak mampu, kalau boleh berjalan dan sihat tubuh badan itupun dah kira rahmat. Mampukah nak kerja? Masak untuk mulut sendiripun dah tak mampu, apalagi berkerja.

Seorang Tok Sedara hanya boleh menginsut sahaja, dah tak mampu berjalan. Sepanjang hari hanya berbaring di tilam kusam. Dukacitanya, Allah takdirkan IQnya memang rendah. Tanpa jodoh juga. Dah pasti tiada anak-anak untuk jaga dia.

Tinggal pula berdua dengan kakaknya yang lebih kurang sama sahaja tahap kesihatannya. Kakaknya itu pula baru sahaja kematian anak tunggalnya, mewariskannya banyak hutang piutang. Semua cucu tinggal di KL, maka bersendirianlah dia terlantar.

Kita sebenarnya tidak tahu apa bakal berlaku pada masa hadapan. Tok Sedara yang tidak kahwin itu memang menganggap anak buah dan kakaknya dapat membantu pada usia senja begitu. Kakaknya pula ingat hidupnya lebih baik kerana ada anak dan cucu yang bakal menjaganya. Namun takdir Allah tidak berlaku seperti yang kita kehendaki.

Bila Mek tanya, “Cucu balik raya tak?”, air mata kami hampir menitik bila dia menjawab “Ni lah cucu aku,” sambil memuncungkan bibirnya ke arah kami.

Sumpah! Aku tahan perasaan je masa tu. Rasa nak meraung!

Gamaknya, bagaimana takdir kita bila seusia dia nanti?
 
 
 

Isnin, 2 Disember 2013

Tarif Letrik Naik Bermula Januari 2014


Pak Menteri kata subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Jan 2014. Sekarang ni tarif elektrik 33.54 sen.

Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5 sen KWJ atau peningkatan 16.9 peratus daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen KWJ kepada 34.52 sen KWJ, berkuat kuasa pada tarikh yang sama. Katanya 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air lagi, kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Dis 2014. Pelaksanaan tarif baharu letrik ini, kerajaan masih perlu menanggung RM14 bilion subsidi setahun melalui pelepasan hasil perolehan gas asli ke atas semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia, termasuk RM2.4 bilion setahun untuk pengguna domestik kurang daripada 300 KWJ sebulan. Bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, subsidi yang ditanggung kerajaan sebanyak RM570 juta setahun, termasuk RM155 juta setahun untuk kategori pengguna yang sama.

Selaras dengan penyelarasan kadar purata tarif elektrik daripada 33.54 sen/KWJ kepada 38.53 sen/KWJ ini kerajaan akan menyelaraskan semula tarif elektrik yang melibatkan pengguna domestik, komersil dan industri. Ini juga melibatkan kesan penetapan harga gas asli cecair (LNG) yang diimport pada harga RM41.68/mmBtu ke atas tarif elektrik sebanyak 10.17 peratus atau 3.41 sen KWJ," katanya.


Komen aku: masa perubahan tarif lama tu, bil letrik bulanan aku bertambah 50%. Kali ni naik 50% lagi tak? Mmmmm nape sikit sangat…naiklah dua tiga ratus peratus. Aku memang suka bila segala benda di Malaysia ni naik harga, bukan je petrol atau gula aje…pendek kata, bila hujan turun, patutnya rakyat Malaysia perlu dikenakan caj tau untuk pengurusan air hujan tu.

Sabtu, 30 November 2013

Siapakah Di Sisi Ketika Itu?


Dalam beberapa entri aku sebelum ni ada menyebut tentang apa perancangan nak buat bila dah pencen nanti. Memanglah hidup mati itu Allah dah tentukan panjang singkatnya, entahkan esok lusa kita padam tan sempat nak pencenpun. Namun, sekurang-kurangnya kita perlu ada perancangan untuk hidup bila pencen nanti.

Persoalannya, mampukah kita nak hidup selesa masa pencen nanti? Tak kesah sangat bagi yang berkamampuan, namun bagi aku yang sangat terasa tak mampu dengan kehidupan pada hari ini, masih terfikir-fikir tentang kemampuan untuk hidup ketika dah pencen nanti. Ketika usia renta, apa lagi kudrat yang ada untuk membanting tulang mencari sesuap nasi?

Sepuluh atau 20 puluh tahun mendatang ini, semua perkara akan lebih banyak berubah. Kos sara hidup semestinya akan lebih tinggi. Kalau sekarangpun semput tak tertarik nafas nak beli rumah pertama, apalagi rumah kedua…apa jadi pada 20 tahun akan datang? Merempat di manakah kita?

Terfikirkah kita tentang satu lagi perkara selain daripada peningkatan kos sara hidup? Bagaimana dengan kesihatan? Sekarang ni bolehlah berlagak masuk klinik panel disediakan kampeni masing-masing. Bila usia dah renta, bila dah pencen…masihkah kita boleh nikmati keselesaan perkhidmatan perubatan seperti sekarang? Layakkah kita dapat perkhidmatan kesihatan secara percuma di mana-mana klinik atau hospital?

Pada usia renta itulah, banyak penyakit mula hinggap. Kalau sekarang ni kita selsema, adakah selsema yang sama seperti sekarang ni mampu kita lalui semudah sekarang? Itu baru selsema. Bagaimana dengan pelbagai penyakit kronik lain seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi…bagaimana dengan kanser?

Benar-benar yakinkah kita hidup dengan gaya yang sihat hingga pelbagai penyakit berkenaan gerun untuk hinggap? Bersediakah kita? Sekiranya menggunakan hospital atau klinik kerajaan, adakah meliputi rawatan untuk penyakit kronik serupa itu? Ataukah terbiar berbulan-bulan hanya untuk dapatkan satu tarikh temujanji dengan doktor pakar? Sekarang ni...paling cepat untuk dapat tarikh temujanji dengan doctor pakar adalah 3 bulan. Bergantung kepada siapa kita...kalau bukan sesiapa, masihkah tiga bulan?

Tiap kali baca di akhbar atau tengok berita TV tentang golongan yang tidak bernasib baik menderita kanser memohon bantuan, hati jadi sayu. Akan begitukah nanti kehidupan aku pada masa depan? Mengharap ehsan dan bantuan orang ramai. Walaupun kita ada insuran kesihatan, pernah tak semak semula setakat mana insuran kesihatan yang kita bayar setiap bulan selama bertahun-tahun itu mampu melindungi kita? Ataukah nanti, pada saat kita sangat memerlukan itu, "110 CancerCare" juga yang datang membantu?