Sabtu, 12 Oktober 2013

Nantikan Ketibaan Kami


Alhamdulillah, semalam urusan di Lembah Pantai berjalan lancar walaupun sedikit kepenatan. Dari Beach Valey (huh u huh u sila gelak ya!) terkejar pula ke pejabat. Sebenarnya ada mesyuarat, tapi pontengpun tak kesah kan? Kan? Kan?

Ada beberapa surat aku kena hantar sebab hari ini pagi-pagi lagi dah kena gerak balik ke kampong halaman kami yang berada nun jauh di negeri paling miskin itu. Aku cuti Aidiladha seminggu, jadi banyak perkara kena selesaikan dulu sebelum balik. Bila cuti nanti aku tak nak terima gangguan semata-mata kerana kerja …boleh gitu?



Ketika kalian membaca entri ni, kami dalam perjalanan balik kampong. Entah sesak dan terhenti di mana. Entahkan terkandas di tengah hutan mana. Doakan perjalanan kami selamat ya…


Jumaat, 11 Oktober 2013

Top 10 Sumber Vitamin A Untuk Si Rabun Ayam


Entri ini berkaitan dengan si Rabun Ayam. Sebab dah rabun, kenalah cuba atasi. Aku bukan pakar pemakanan atau doktor kesihatan, tapi aku cari maklumat ni untuk sendiri punya kesihatan. Kalau berguna untuk kalian, silalah amalkan. Kalau ada salah info tu, silalah betulkan.

Dulu-dulu, ramai sarankan aku makan karet bagi mengurangkan masalah rabun. Karet memang sentiasa ada dalam jenis sayur yang aku beli. Sebabnya mudah sahaja, tahan lama dan warnanya yang cantik bila masak dengan sayuran hijau atau kobis sekalipun.

Namun, sejak rabun hingga sekarang, memakan karet tidak pernah mengurangkan kerabunan aku. Kunyah mak karet dan bayi karet sampai luruh gigipun macam tak ada apa-apapun perubahannya. Aku rasalah. Tak macam yang didakwa ramai, barangkali karet perlahan berfungsi kot untuk aku. Ataupun sebenarnya, kalau aku tak makan karet tersebut, kerabunan aku lagi cepat meningkat. Aku agak ajelah!

Bila aku cari maklumat tentang rabun ayam atau rabun malam, makanya barulah aku tahu penyebabnya. Antaranya kekurangan vitamin A. jom kita semak top ten sumber makanan yang mempunyai kandungan vitamin A yang tinggi.

1. Hati
Hati mana-mana haiwan penuh dengan vitamin dan mineral, dan paling best dikukus atau digoreng dengan bawang dan herba, terutama hati Ayam belanda. Herba? Lada hitam tu sejenis herba jugak kan? Okeh, boleh goreng berlada hitam ;)

Masa aku kurus dulu, berat dalam lingkurang 45kg hingga 50kg (rindu pulak nak kurus macam ni hu huhuhuhu) aku alami tekanan darah rendah. Doktor nasihatkan makan hati hingga akhirnya dah sangat muak untuk makan hati. Tak mampu nak telan sudaaaaaa. Sekarang ni, bila tekanan darah normal, dah jarang makan hati walaupun kerap juga “makan hati”. Mmmmmm nak kena makan hati semula ke ni? Kang naik darah tinggi pulak! Encik dan Puan doktor, sila bagi nasihat sikit!

2. Paprika, Lada Merah, serbuk Cili
Satu sudu besar paprika mengandungi 3691IU (74% DV) bagi vitamin A, atau 52.735 IU (1055% DV) bagi setiap 100 gram. Mmmmmm kena makan rempah ratuslah ni...errrr aku ni sebenarnya tak berapa suka sangat rempah-rempah bagai ni kecuali lada hitam. Mmmmmm tetiba rasa nak makan daging masak lada hitam... tunggu Aidiladhalah ya, baru banyak daging hu u huhuhu rakyat marhaen mana mampu nak makan daging sentiasa hu hu hu hu

3. Keledek
Ubi keledek berwarna oren penuh dengan vitamin A. Bagi setiap 100 gram keledek terdapat 19218IU (384% DV) vitamin A. Yang ni memang aku suka. Pantang jumpa keledek kuning ni, geram je nak beli. Rebus dan makan macam tu aje pun dah cukup sedap bagi aku. Kampungan betul kan?

Paling rajin kalau buat Cek mek Molek...fuhhhhhhh! memang terujalah bila terkenangkan keledek ni. Tapi, keledek kuning sangat susah nak jumpa apalagi yang jenis manis tu...yang selalu jumpa keledek berwarna merah kulitnya, isi kat dalam putih. Kurang sedap, tapi kalau dah tak ada pilihan, aku rembat jugak. Mmmmmm keledek gorengpun sedap jugak!

4. Karet atau lobak
Baru je aku tulis kat atas tu kan? Lobak baik dimasak atau dijadikan sebagai snek. Kunyah macam tu pun tak apa, sebab lobak merah ni rasanya manis. Kalau ada yang segar, terutama baby karet, best untuk kunyah-kunyah macam tu je. Tapi kalau tak berapa nak segar tu, rasa manis dah hilang.

5. Sayuran hijau berwarna gelap
Sayuran daunan yang segar berwarna hijau gelap kaya dengan vitamin A, selain Kalsium. Maknanya kena rajin makan ulam-ulaman ni...ermmmm boleh juga celur kan. Hishhhh! Kalau cicah dengan budu, memang mabelesss...tak pepasal air liur menitik!

6. Labu
Aku suka sangat makan labu, walaupun selepas makan memang akan sendawa keluarkan angin. Tapi kalau dah jumpa sama ada diletak dalam sayur lemak pucuk manis, ataupun buat kuih muih, memang aku tak akan lepaskan peluang. Mmmmmm dah lama tak makan sira labu. Nak tahu macam mana rupanya sira labu tu, silalah ke blog Teratak Mutiara kasih.

7. Herba kering
Rupanya herba kering menyumbangkan vitamin A yang agak tinggi jugak. Hu huh u hu aku tak suka herba. Makan spageti pun aku tak letak aregano…tak best bau dia. Lepas ni kena tingkatkan azam untuk telan herba kering ni…
 
Pasli kering paling banyak menyediakan vitamin A bagi setiap 100 gram atau sesudu besar, diikuti dengan Basil kering, Marjoram Kering (161% DV), Dill dan oregano (138% DV).

8. Pelbagai jenis salad
Pelbagai jenis salad menyumbang kepada vitamin A. Salad gelap berwarna-warni memberikan vitamin A paling banyak dengan salad Daun Merah dan Hijau menyediakan 7492IU (150% DV) bagi setiap 100 gram hidangan. Biasanya aku jumpa dalam nasi ayam, secarik aje pun. Aku memang suka kunyah salad ni, letak satu pinggan pun habis. Soalnya, tak pernah beli kot. Sebabnya, salad ni mudah rosak. Kalau beli, kena makan terus. Bila dah simpan-simpan tu, alamatnya buang ajelah hu hu huhu.

9. Aprikot kering
Boleh makan sebagai snek. Ikutkan, aku jarang beli apricot kering tapi selalu jugak makan yang orang bawak balik Mekah. Sebabnya, bila yang kering tu jarang jumpa apricot yang lembut. Biasanya memang kering dan keras nak kunyah. Tapi kalau ada depan, kunyah juga!

Aku biasa makan kurma dan kismis je, terutama kismis. Sakit kepala migrin teruk aku tetiba sahaja hilang bila aku makan kismis dengan kapasiti yang banyak. Kebetulan masa tu aku dah tak mampu nak tahan migrin tu akibat terdedah dengan cuaca panas. Habis satu taperware (RM10) tu, tetiba je lenyap migrin aku hu h uh uhu. Lepas ni, kalau migrin aku datang, aku dah tau apa benda boleh aku kunyah hu huhuhu

10. Tembikai
Tembikai dan lain-lain jenis tembikai kuning / oren adalah sumber besar vitamin A. Ikutkan, tak adalah aku suka sangat tembikai sebab malas nak ulang-alik pergi tandas lepas makan. Walau bagaimanapun, kalau ada depan, takat sepinggan tu, sekejab sahaja aku habiskan.

Selain daripada senarai 10 jenis makanan tinggi kandungan vitamin A di atas, terdapat beberapa jenis makanan lain juga kaya dengan vitamin A seperti Betik, Mangga, Kacang Hijau, Tomato, Peach, Susu (Bukan Lemak), Susu, Semua jenis Susu, Telur (Kuning), Oatmeal (Diperkuat).



Mmmmmm mana yang boleh makan, jom kita makan. Bab makan memang payah aku nak tolak huh u huh u hu



Khamis, 10 Oktober 2013

Bajet 2014: Dua Bulan Bonus & Kenaikan Elaun Penjawat Awam


Dah musim bentang Bajet kan? Haaaaa khabarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober. Hujung bulan nanti je ni…

Macam biasa, sebelum pembentangan Belanjawan @ Bajet setiap tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mintak macam-macam walaupun tak semua permintaan itu akan ditunaikan. Biasanya adalah juga gula-gula yang tertunai.

Tahun ni, CUEPACS meminta kerajaan memperuntukkan pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014. Biasanya kalau mintak bonus sebulan gaji, akan dapat setengah bulan atau lima ratus je. PM hanya gelak je bila wartawan ajukan pasal bonus ni...waaaaaa comeyyyynya PM kita gelak hu hu huhu hu Aku nak cadangkan datuk Presiden ceupacs Datuk Omar Osman supaya mintak bonus satu tahun untuk penjawat awam. Boleh?

Aku tau la kalian mesti kutuk aku kaw-kaw punya hu hu hu hu kutuk sikit-sikit dah la, tak payah bagi pahala banyak sangat kat aku hu hu hu

Pemberian bonus dan kenaikan elaun sangat perlu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini. Mmmmm kalau tinggal di Bangi ni, nak merasa duduk rumah teres dua tingkat, paling murah sewanya BARU RM1000 sebulan. Mana ada ratus-ratus lagi...

Selain itu, Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza. Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah. Nak beli rumah di Bangi? Paling murah, kena ada setengah juta...tak banyak, setengah juta je hu hu hu hu

Cuepacs juga menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini. Beliau berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.


Komen aku: komen pun payah, tak komen pun payah jugak. Tapi aku memang memerlukan sangat-sangat penstrukturan cukai pendapatan setiap tahun tu. Kami yang belum ada keluarga sendiri memang sangat terasa sebab tak boleh nak tolak bahagian anak-anak tu. Dalam cukai juga patutnya dimasukkan pemotongan cukai kepada ibu bapa, bukan hanya anak-anak sahaja. Ada yang nak bantah???? Ada???? Ada????
 
 


Gambar Banjir Kilat Di Bangi


Hujan lebat selama setengah jam lebih kurang di Bangi dan merata tempat termasuk Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam dan tempat lain lagi menyebabkan banyak kawasan banjir kilat dan dinaiki air. Termasuk Bangi juga banjir.

Bila buka FB Bandar Baru Bangi, banyak gambar mula dimuatnaik hasil maklumat orang ramai. Banyak kawasan di Bangi dah naik air dan banjir kilat. Ada juga gambar pokok tumbang menghalang jalan laluan, kawasan tasik cempaka yang deras alirannya, dan Seri Bangi juga banjir dan dah mula tenggelam. Tenggelam tanahnya je ya…rumah belum tenggelam…tapi air dah naik.

Elly Nadyra paling awal paparkan suasana banjir berhampiran pejabatnya di syeksen 9 Bandar baru bangi. Boleh Nampak air kuning atas jalan raya tu kan… dan, kesesakanpun bermula.
 





Gambar kereta ditenggelami banjir berhampiran stesen KTM UKM oleh Muhammad Norfaiz Razali;


Rasanya banjir paling teruk di Seri Bangi yang terletak berhampiran syeksen 8. Nabil Ashaari kongsikan gambar paling awal;


Juga di Seri bangi, gambar oleh Nadia Zainal;


Banyak kereta terpaksa patah balik dari bulatan syeksen 4 menghala PKNS. Selain naik air, terdapat pokok tumbang juga di situ. Gambar oleh Mickie Firdaus Ismail tak jelas dan kabur…tapi, tuan punya kereta itu sudah semestinya sedang berduka lara;


Rahim Hunter kongsi gambar banjir di syeksen 4 tambahan, Bangi.



Terima kasih kepada abang bomba yang pantas bertindak bersihkan pokok tumbang menghalang jalan raya bagi memudahkan ramai orang...hujan tu. kilat dan petir juga...



Banjir kilat memang akan berlaku di banyak tempat petang ni. Silalah rakan-rakan semua berhati-hati. Dari Kuala Lumpur lagi akan mula sesak, pusing arah manapun biasanya aka nada kenaikan air banjir kilat ni. Hanya, harapnya rakan-rakan lebih hati-hati dan tingkatkan kesabaran. Semua orang memang penat, letih, sesak dan tak sabar nak balik rumah, namun toleransi sesame kita buatkan perjalanan lebih lancar.


Dah Namanya Rabun Ayam!


Cerita ini tak ada kaitan dengan orang lain sama ada yang masih hidup, yang dah mati, yang akan mati atau yang sedang mati. Cerita ini hanya berkaitan dengan aku. Mungkin juga ada berlaku persamaan dengan orang lain…mungkin. Mungkin tidak!

Jadi, kajian kes ni hanyalah tentang aku sahaja. Aku tak akan bertanggungjawab dengan hal yang sama tapi berlaku kepada orang lain. Jelas?

Fuhhhhhh! Jelas dan nyata batasan kajian nya!

Sebenarnya, aku nak tulis pasal apa ya? Lupa pulak! Tu lahhhh…sape suruh terpesong tang bahagian pengenalan. Sila fokus. Fokusssss ya!


Rabun ayam tu apa?

Mengikut Kamus pelajar edisi kedua:

Rabun malam adalah: pemandangan menjadi kabur pada waktu malam atau ketika samar-samar, manakala Rabun ayam adalah: tidak dapat melihat dengan jelas ketika senja.

Kamus Dewan edisi ke empat: Rabun ayam; kabur pada waktu malam.

Kamus perubatan: berasal daripada kata nyctalopia atau dalam bahasa Melayunya adalah niktalopia atau lebih dikenali sebagai rabun malam, iaitu: Kekurangan daya penglihatan pada waktu malam atau dalam cahaya yang samar.

Jadinya, dalam kes aku…akan rabun dan tak boleh tengok dengan jelas bermula pada waktu senja hingga siang hari esoknya. Tu kira rabun malam ke rabun ayam? Mmmmm ayam rabun kot…bantai ajelah labu!

Secara mudahnya, asal malam sahaja pandangan mata jadi tak jelas. Susah nak cam orang, tak Nampak. Tak boleh nak anggarkan jarak. Silau juga. Dek kerana itu, orang yang rabun malam atau rabun ayam macam aku tidak digalakkan memandu pada waktu malam. Boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain.



Masalah utama orang rabun ayam

Masalah utama aku adalah silau dengan sinar lampu. Bermula pada waktu senja, ketika kilauan lembayung nak masuk waktu maghrib tu…waktu itulah paling tak tahan. Kalaupun aku tak memandu pada waktu ini, namun keadaan pada waktu itu tetap mendatangkan senak pada biji mata. Akhirnya, migrin pulak akan datang. Fuhhhhh! Banyak benornya penyakit ya…

Silau menyebabkan tak boleh anggarkan jarak. Semuanya Nampak macam berada dekat je dengan mata. Kalau memandu ketika ni, alamatnya memang tak akan tukar line lah. Nak masuk ke kiri atau kanan akan teragak sebab tak tahu beza kereta belakang, depan, kiri atau kanan jaraknya dekat ke jauh. Selalu benar kena hon kalau dok gagah nak menyelit bagai…kalau tak terkejut tak apa, bolehlah bertindak pantas kuasai pemanduan. Kalau dah terkejut bagai kena serangan jantung tu…salah hari tekan brek pulak.

Kerana itu juga, orang yang rabun ayam @ rabun malam macam aku akan susah nak cam apapun waktu malam. Apalagi nak baca tulisan di signboard, nak tengok nama jalan. Tambah lagi memang aku dah sedia Rabun, campur pula Rabun malam @ Rabun ayam ni...makin berganda rabunnya. Kalau bertembung sang kekasih hatipun tak Nampak ya…sila ingat tu. Jadi, tak payahlah nak buat kejutan waktu malam buta ya….salah hari kalian pulak yang terkejut tidak dikenali. Kang rasa hati pulak!

Tak cam itu juga melibatkan persekitaran. Bangunan besar macam manapun, macam KLCC tu ke, aku tak tahu aku sedang berada di sebelah mana. KLCC memanglah aku tahu, tapi…tang area mana aku sedang berdiripun aku tak tahu. Apa lagi takat bangunan yang tak pernah aku tengok atau jarang tengok sebelum ni. Stesen minyak petronas tu aku tau la…tapi usah tanya aku stesen minyak tu dok tang mana sebab bagi aku yang rabun ayam atau rabun malam ini, semuanya serupa sahaja. Dalam kepala hanya ada stesen minyak petronas tanpa dapat cam jalan apa atau lokasinya tang mana. Dahsyat tak?

Sebab-sebab itulah, daku balik kampong awal-awal pagi subuh-subuh. Errrr….subuh nampak pulak ek? Ada orang pernah tanya begitu. Sebenarnya, waktu awal pagi begitu masih juga tak Nampak, tapi sebab bilangan kenderaan di jalan raya sangat kurang pada waktu itu, jalan raya pulak terang benderang…makanya, gagahkan diri kuatkan azam ajelah balik kampong. Jalan sukar bermula selepas Gombak. Jadinya, waktu itu hari dah terang. Kawasan sesak dah dilepasi. Mudahlah sikit perjalanan.



Sebab Rabun Ayam


Ada banyak sebab berlaku rabun ayam ni, antaranya kekurangan vitamin A. Kekurangan vitamin A antara lain disebabkan diet rendah makanan berasaskan haiwan seperti telur, produk susu, daging dan ikan.

Errrr…daku kan golongan marhaen aje, mana mampu nak makan daging segala…anak kembungpun belum tentu mampu nak makan. Telur pun gred C je…itu pasal kurang makan huh u huh u tak pepasal dah rabun!

Nak bela ayam pun, dok Bangi. Tak ada ladang untuk usahakan penternakan ayam atau bertani ternak segala di belakang rumah, melainkan lalang jualah tinggi hingga terlindung rimau gajah barang seekor dua. Sesiapa nak lengkuas, bolehlah datang gali belakang rumah…itu ajepun muat nak tanam kat ladang aku yang luas sesayup mata memandang itu.

Kurangnya pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi beta-karoten, seperti mangga, bayam, ubi dan sebagainya yang diubah tubuh menjadi vitamin A, juga dapat menyebabkan kekurangan vitamin A.

Mmmmm rasa macam dah banyak makan bayam. Sebab bayam ajelah yang banyak dan murah nak dapat. Maklumlah rakyat marhaen kan…paling mewahpun bolehlah makan cendawan. Sudah ditakdirkan ilahi daku tergolong dalam golongan marhaen ni, tak dapatlah nak buat apa melainkan mensyukuri segala rezeki yang ada. Kalau aku komen bebanyak kang, kata aku tak bersyukur pulak. Jadinya, kenalah bersyukur. Paling-paling tidakpun, masih ada lalang dan rumput boleh dibuat ulam kan? Cer tengok orang di padang pasir sana, kesian depa…pasir je ada. Nak kunyah pun tak dapat kan!


Cara atasi rabun ayam

Menurut artikel DoktorGaul, rabun ayam ni boleh diatasi dengan memakan banyak tomato. Errrrr, aku sangat suka makan tomato. Ratah segar pun boleh. Kalau masak mi atau kwetiau tu, memang guna sebiji tak kira besar atau sederhana besar. Pendek kata, yang dimasak itu dah berkurang sebab aku ngap ngap kunyah segar masa memotongnya. Mmmmmm boleh pakai ke petua ni?

Keduanya kena makan minyak ikan. Yang ni aku belum makan lagi. Sebenarnya tak tahupun. Ingatkan minyak ikan ni sesuai untuk budak-budak je huh u huh u betapa jahilnya. Akak blogger Kesuma Angsana ada kongsikan petua berdasarkan pengalaman Enche Suaminya. Bolehlah baca di blog beliau ya…


Komen aku: tak pepasal ayam pulak yang dapat nama!