Jumaat, 27 September 2013

Celoteh Pagi Jumaat di Petang Hari

 
Hari Jumaat yang barakah. Pepagi yang tak berapa nak pagi itu aku jelajah Bangi untuk melunaskan semua hutang piutang sebelum menyinggah di Warta untuk beli sedikit keperluan. Asalnya memang nak beli sedikit ajepun. Nak beli mana yang dah benar-benar kehabisan sahaja walaupun perangai aku memang suka simpan stok sekadar perlu. Maksudnya, tak adalah minyak masak tu habis semua titiknya baru nak beli, agak-agak masih sempat guna dua tiga kali aku akan beli baru. Ramai orang lakukan begini. Yalah, mana tahu kalau kehabis tengah malam masa tengah kebulur, tak ke naya jadinya.

Sebab nak beli sikit, sekadar cukup 2 minggu ini sebelum balik kampong sambut Aidiladha, aku hanya guna bakul kecil sahaja. Ternyata, memang semua barang keperluan dah habis. Akhirnya tukar juga guna troli bila perlu ambil beras, minyak masak, sardin (Opssss! sardine dah jadi makanan mewah sekarang ni kan??? Daku yang marhaen dah tak mampu makan sardine lagi) dan keperluan lain. Alang-alang dah masuk Giant, angkut ajelah. Tak payah lagi buang masa datang semula. Tapi rasanya kena datang semula lagi sekali juga sebab tak semua barangan keperluan masa raya nanti dah beli.

Masa tengah pilih barang, telefon Mek tanyakan stok milo dan neskefe di kampong. Tanya dia nak yang mana. Bahaya jugak tanya macam tu, kena dia demand nak yang besar, masih mampukah aku?

Adik yang susun barang tu kusyuk je penuhkan rak. Bila aku ambil pack milo 3kg, adik hensem tu panggil dan mintak pack yang dah aku ambil tu. Dia kerobek dalam rak dan berikan aku pack yang lain. Rupa-rupanya pack yang itu ada hadiah jug milo. Satu-satunya sahaja yang tinggal. Terima kasih, adik hensem. Macam tahu-tahu pulak jug kat rumah aku memang bukan macam jug hu hu hu hu bila dapat jug percuma dari milo tu, bolehlah aku guna kalau-kalau ada tetamu datang. Ada sesiapa nak datang tengok dan rasa keenakan teh yang dibancuh dalam jug milo percuma itu tak? Errrr…teh je ada, milo tu kepunyaan Mek ya hu hu hu hu

Dah ambil itu ini, situ sini…mana yang sangat-sangat perlu sahaja. Yang boleh tangguh, tangguh dulu. Mana tahu kot esok lusa rezeki tersepak harta dari langit kat mana-mana...siapa nak tahu kan? Dah ke kaunter, huh u huh u sikit gitu tak penuh trolipun dah nak cecah RM200 hu huh u hu ohhhhhh aku memang marhaen! Tiba-tiba sahaja bajet dah lari. Dah potong sana sinipun masih lagi lari bajetnya…apa nak dikata. Alahai!

Baliknya singgah Asam Pedas tapau kan nasi + togeh goreng + ikan kembung gulai kuning + neskepe ais. Belum sarapan dan makan apa-apapun walaupun dah jam 1 tengahari. Bila bayar, harganya BARU je RM9.50 ya. Mana ada naik harga. Harga standard lah tu kan? Orang kat Jepun nun, sekali makan pun dah cecah RM130, tak geger satu duniapun. Takat RM9.50 pakej sekali dengan neskepe ais yang dah makin kurang manisnya tu, apa ada hal nak bayar.

Semua ni bukan sebab kenaikan harga minyak petrol sebanyak 20 sen itu, sebab Pak Menteri kata harga barang tak naik. Harga barang terkawal. Jangan salahkan menteri. Kalaupun hari ni harga petrol naik lagi sepuluh sen, apa ada hal. Kan harga barang tak akan naik. Itu janji pak menteri. Jadi, rakyat Malaysia yang sporting ni tak kesahpun takat nak naik banyak tu. Naik lagi banyakpun tak apa kan? Kan? Kan?
 
Dengarnya, harga petrol akan naik lagi 10 sen tengah malam ni ya? Betul ke petrol naik lagi?
 
 

Rabu, 25 September 2013

Entah Bila Sempat Qada Tidur


Hari tu, sangat bercita-cita tinggi untuk qada tidur hinggakan tak sabar menunggu malam Jumaat. Kononnya lepas isyak terus lompat katil empuk dan beradu bak tuan puteri hingga subuh menjelang. Apa yang jadi sangat berbeza…jam 1.30 pagi juga baru lelap.

Itulah jadinya bila dah biasa amalkan tidur 2 jam sahaja sehari, yang juga perlu tak tidur sehari semalam selama dua kali seminggu juga. Selama bertahun-tahun begitu.
 


Jawapan bagi persoalan rakan maya t.a.t.a adalah: Daku ni budak skulah yang kena siapkan semua kerja skulah. Daku juga kena kerja. Jadinya, kena korbankan masa tidur, kena korbankan RM, kena korbankan masa bersuka ria jalan-jalan atau berambu ramba. Jumaat petang itu daku berjaya hantar kerja skulah, jadi sangat mengantuk dan memerlukan bantal untuk qada tidur.

Orang kata, tak perlu tunjuk berapa kuat yang kau usahakan, tapi tunjukkan berapa banyak yang kau capai. Betullah tu. Sebab tu aku tak banyak cerita tentang apa yang aku buat. Hanya beritahu "tengah buat kerja skulah".

Bagi sesetengah orang, aku ni gila sebab sanggup buat begitu untuk tempoh bertahun-tahun sedangkan hasilnya tak adalah nampak apapun. Bagi aku pula, aku kena lakukan sehabis daya sebelum mengalah. Nak buat macam mana, Allah memang tahu aku ni keras kepala dan degil, jadi ujian Dia untuk aku lebih sikitlah berbanding orang lain. Apa yang penting, aku tak boleh mengalah!

Cara orang berjaya itu berbeza. Ada orang mudah sahaja dapat apa yang diusahakan. Senang sahaja laluannya. Ada orang lain pula, macam tak logik tak masuk akal pun ada, tapi tetap juga dia buat hingga dapat walaupun terlalu banyak perlu dikorbankan.

Agak banyak juga yang perlu aku korbankan. Memang banyakpun sebenarnya. Bukan sahaja masa, harta benda, malah kasih sayang, keluarga, persahabatan. Lebih dukacita, aku turut kehilangan kepercayaan.

Alhamdulillah, perjuangan hampir ke hujungnya walaupun belum capai 100%. Masih ada 30% perjuangan perlu aku lakukan, namun, sedikit sebanyak bahu dah ringan sedikit. Aku dah boleh qada tidur seketika sebelum sambung semula perjuangan.

Sekali lagi, aku ada hantar borang permohonan belajar dengan UKM untuk sambung belajar lagi. Tempohnya 7 tahun. Huh! yang tu pun belum tamat, dah sambung yang lain pulak ya...memang gila! hu hu hu
 
Apa yang best kali ni adalah…tiap kali kelas dalam bentuk bengkel berhari-hari itu, kami bukan sahaja tak perlu bayar yuran (sebab staf), kami juga disediakan makan minum huh u huh u best tak gitu?

Mestilah best…dah la kelasnya kat tempat banyak bintang bulan yang boleh dipetik, perut kenyang, ilmu pun dapat …tinggal lagi kena rajin buat kerja rumah je.

Alahai, Minah! Kau tak bosan ke dok belajar sampai beruban?

Jawapan aku mudah je: kalau takdirnya meninggal masa menuntut ilmu tu kan best… Ini cara aku berjihad. Lagipun, peluang dah depan mata...tak kan aku nak tengok je kan? Rembatlah!
 
 

Selasa, 24 September 2013

Cinta Monyet Cinta Pertama


Petang-petang biasanya aku suka dengar THR GEGAR online, sama ada di komputer pejabat ataupun di tablet. Nampak benar darah Kelate masih pekat kan walaupun berbelas tahun sudah aku menetap di Bangi huh u huhuhu

Selalunya THR GEGAR akan selitkan lagu-lagu rakyat sama ada dikir atau lagu-lagu dari Trengganu dan Pahang. Ada juga lagu Hindustan. Itu memang lagu-lagu kegemaran rakyat di pantai timur…tambah pulak kalau DJ Zura dan DJ Shah yang sentiasa sahaja gaduh gaduh manja dalam dialek ketiga-tiga negeri ini. Memang layanlah tetiap petang.

Selain lagu dikit Barat, aku suka jugak dengar lagu-lagu rakyat dan lagu anak tempatan. Selalunya lagu ni memang akan sentiasa ada;

Makwe Koi - Anok Semantan



Lagu ini merupakan Lagu Loghat Pahang Dari Album Anok Semantan. Sekali dua dengar aku memang suka, tapi tak adalah sampai dok cari siapa yang nyanyi. Lama-lama aku terpikat dengan lagu ni. Sedap. Merdu. Dan kena dengan telinga aku. Akhirnya, terpaksa juga cari siapa empunya suara.

Rupanya kumpulan Anok Semantan. Ada banyak lagu boleh dengar (satu album kot). Amat sayang jugalah bila hanya satu album sahaja yang ada. Kalaulah mereka rakamkan lagi album baru…mesti best kan? Cuba dengar lagu ni pulak…kaya dengan masej dalam lagu ni.


Ngape Bio Semok - Anok Semantan




Walaupun lagu ni tak adalah best sangat macam lagu pertama kat atas nun, tapi rentaknya macam comey je. Bila mereka buat videoklip yang sebegitu, rasa macam kelako pun ada. Comey pun ada. Tapi, tetap tabik spring dengan mereka…


Anok Ayam Didik - Anok Semantan



Lagu ni juga merdu didengar. Lebih best lagi terisi nilai budaya yang tinggi. Nampak macam biasa-biasa sahaja, tapi sebenarnya…ada nilai yang payah nak jumpa dalam lagu-lagu sekarang. Kenapalah mereka tak promosikan lagu ni biar glamer satu Malaya!


Mudik Meminang - Anok Semantan




Bermula dengan lagu cinta moyet cinta pertama zaman anak-anak, akhirnya aku mula menyukai kumpulan Anok Semantan ini. Silalah nyanyi lagi. Silalah tambah koleksi lagu-lagu rakyat yang merdu dan tinggi nilai budayanya tu…

Isnin, 23 September 2013

Kerepek Raya Aidiladha Sedia untuk Ditempah


Aidiladha akan menjelang tak lama sahaja lagi. Biasanya, bila tiba Aidiladha, tak ramai jual jual biskut raya atau kerepek raya. Tapi kami di Kerepek Rembow Kerepek Raya tetap buka tawaran jualan sempena kedatangan aidiladha nan mulia itu.
 
 
 
Tempahan sudah dibuka sekarang. Tarikh akhir tempahan pada Jumaat 4hb Oktober 2013. Kawasan terlibat: sekitar Bandar Baru bangi, kajang, UKM, serdang, Bukit Mahkota dan Nilai.

Ataupun kat Ketereh Kelantan, boleh ambik masa aku balik kampung nanti. Tapi, kalau kat kampung tu, pembayaran kena dahulukan ya...risiko pulak untuk Cik Bintang. Aku tukang serahkan aje!

Boleh tinggalkan komen di ruang komen untuk tempahan, ataupun ke FB kerepek Rembow Kerepek Raya.

Selepas kenaikan harga petrol 20 sen yang menaikkan banyak harga barang, walaupun menteri kata barang tak naik, namun hakikatnya neskefe ais pun dah mencecah harga RM2.50. Asalnya, Kerepek Rembow Kerepek Raya juga berhasrat untuk naikkan harga bagi menampung kos yang turut meningkat.

Bila fikirkan semula tujuan asal kami jual kerepek ni, maka kami memutuskan untuk mengekalkan harga tahun lepas. Ye lah, dulu-dulu kami jual kerepek sekadar tolong rakan-rakan yang nak bekalan kerepek. Setiap kali aidilfitri atau aidiladha, kami tetap akan pergi ambil kerepek untuk bawak balik kampung. Apa salahnya banyakkan sikit untuk rakan-rakan.

Semua kerepek tu kami ambil selepas hari Jumaat 4hb Oktober 2013, bukannya stok lama yang tak habis aidilfitri lepas. Bukannya kerepek tak habis jual hari tu. Sebabnya: kami nak makan yang rangup kriuk kriuk. Kalau lemau, sila kembalikan semula dan kami akan gantikan dengan yang baru.
 
 




Kerajaan Cadang Naik Harga Gula


Minggu lepas, rakan serumah aku yang manis itu balik sambil jinjing neskafe ais. Dia jarang minum ais, tapi bila dah dahaga sangat, tetap kena cari juga. Jadi, minumnya tu tak adalah banyak sangat. Boleh kongsi dengan aku lagi separuhnya.

“Akak tau dak teh ais ni harga berapa dah?”

“Berapa?”

“RM2.50,”

Errrrr...itu harga selepas dua hari kenaikan harga minyak petrol. Menteri kata tak ada kenaikan harga barang selepas harga minyak petrol diumumkan naik 20 sen.

Hari ni, kerajaan cadang naik harga gula dengan melakukan pengurangan subsidi gula secara berperingkat. Alasannya: sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan gula dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Bagus betul menteri di Malaysia ni kan? Ayam mahal, suruh rakyat dia tak payah makan ayam. Sayur mahal, menteri kata rakyat kena tanam sayur belakang rumah. Petrol naik harga 20 sen, menteri suruh rakyat kayuh basikal. Rakyat berdiabetik, suruh naikkan harga gula. Esok lusa, tepung pulak naik harga, maka menteripun berpantunlah kata "usah makan roti canai, pi makan capati" yaaaanaaaa deyyyyy!

Bila harga rumah naik, menteri kata...pergilah bina rumah dalam hutan belantara sana, tak payah dok bandar kan? Aku dok nampak bil letrik kat rumah aku mencanak naik berbanding biasa, tapi menteri kata tarif letrik tak naik. Heran jugak aku...apa yang naik sebenarnya. Komen lebih kang, menteri akan kata “gunalah pelita ayan kalau tak mau bayar letrik” Aku agak ajelah! Ikut situasi semasa gitulah menteri akan kata.

Cumanya, aku dok heran juga apa guna bina Bakun bukan main besar, tenggelamkan kawasan hutan sebesar singapura, kemudian bina pulak MuruM, tapi...letrik naik harga juga hu hu hu hu



Errrrr...entri ni pasal harga guna naik naik, bukan pasal Bakun, Murum atau tarif letrik. Bukan jugak pasal apa akan jadi 20 tahun akan datang. Hilang fokus pulak!


Komen aku: Tak payahlah komen apa-apa! Tunggu aku jadi menteri dulu, boru sedap lemak berkrim sikit nak komen.