Khamis, 12 September 2013

Kena Kencing


Bahasa Melayu memang tinggi budaya dan khazanahnya. Cer tengok peribahasa “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, bukan semua orang faham maknanya. Yang orang dok faham adalah bab kencing itu…

Entri kali ni tak senonoh sikit…pasal orang Melayu suka kencing sama-sama melayu. Errrr…ada beza ke orang Melayu kencing dengan bangsa lain kencing?

Beza utama adalah biasanya orang Melayu tu dah sinonim dengan Islam, walaupun tak semestinya melayu itu Islam. Kalau dah islam sepatutnya tak boleh kencing merata-rata. Tak kan nak letak papan tanda "Dilarang kencing merata-rata". Kalau terpercik kencing itu ke pakaian kita, dah timbul masalah pulak nak solat.

Tapi, agak kerap juga kita jumpa anak bangsa seagama kita kencing merata-rata. Lebih kerap lagi kita kena kencing. Dikencingi merata-rata.

Paling sakit hati bila orang yang kencing kita itu adalah orang yang kita lepaskan ekornya dari tersepit macam dalam peribahasa “melepaskan anjing tersepit”. Perasaan kita waktu itu umpama nak sepitkan semula ekornya yang pernah kita lepaskan itu supaya dia terkial-kial tak terlepas, agar nanti orang lain pun tak kena kencing macam kita dikencinginya.

Kalau memang dah anjing, resamnya memang kencing merata-rata. Nak buat macam mana, hanya kali ini giliran kita pulak kena kencing.

Hishhhh! Entri ni tak boleh tulis panjang-panjang, nanti google marah kerana kata kencing ditemui dengan banyak dalam satu entri. Google mentafsirkannya sebagai spam, bukannya Search engine optimization (SEO).
 
 
 

Rabu, 11 September 2013

Nahas 2 Bas di Lebuhraya Karak


Lagi sekali berlaku kemalangan bas di Lebuhraya Karak. Cuma kali ni tak terbang masuk gaung macam kemalangan bas persiaran Genting Karak yang berlaku sebelum ni. Seramai 13 mangsa cedera dalam nahas membabitkan dua bas, satu treler dan sebuah kereta di KM31.5, Lebuhraya Karak petang tadi.

Kemalangan membabitkan empat kenderaan itu dari arah Karak menuju ke ibu negara dipercayai berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah bas pelancong mengawal kenderaannya lalu merempuh sebuah bas ekspres dan kereta Toyota Vios yang kemudiannya melanggar treler di hadapannya.

Puncanya: kenderaan yang dibawa laju dan perlahan. Laju pun susah, perlahanpun menyusahkan. Tapi jalan tu memang agak susah nak kawal kalau bawa laju. Kalau bawa perlahan, sebab jalan menuruni bukit, karang kena sondol dari belakang. Itu yang kena tekan brek memanjang.

Terdapat 13 mangsa, 11 penumpang bas dan dua daripada kereta Vios dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang untuk menerima rawatan. Lebih banyak gambar kemalangan jalan raya 2 bas di lebuhraya Karak boleh tengok di ondscene.
 
 

Andartu Memang Suka Suami Orang EK?


Mmmmmm andartu mana suka suami orang ni?



Ke isteri orang yang sedang mencari maklumat tentang andartu suka suami orang?

Jangan main tarik-tarik rambut kat sini sudahlah ya!



Nak Jadi Cikgu Dah Makin Susah


Menteri kata Syarat jadi guru akan diperketatkan, demi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 tercapai, kerajaan perlu mengambil langkah tegas dalam soal kelayakan mereka yang bakal bergelar pendidik. Syaratnya sekarang sekurang-kurangnya 7A di Semenanjung dan Sabah Sarawak 5A. Fuyooooooo memang sah aku tak layak nak mohon!

Guru akan jadi kerjaya hebat pada masa akan datang, kata menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh. Kementerian Pendidikan menetapkan hanya 30 peratus sahaja calon terbaik untuk menggalas tanggungjawab sebagai guru, bagi memastikan matlamat kerajaan menjadikan sekolah tempatan sebagai satu pertiga terbaik di dunia tercapai menjelang 2025.

Sekarang ni kerajaan jadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus dalam SPM menjelang 2015 sekali gus membidas kritikan pedas sesetengah pihak yang mempertikaikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Ini adalah antara isu yang dibincangkan dalam program Bicara Minda yang bertajuk, 'Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-Satu Perspektif' di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf,

Komen aku: baguslah macam tu. Harapnya juga pihak kementerian tak lupa juga tingkatkan mata pelajaran kenegaraan dikalangan bakal cikgu. Semangat cintai Negara juga kena tinggi. Tak adalah nanti bila dah ditawarkan ke sabah dan Sarawak, belum pergi lagi dah meroyan mintak tukar nak mengajar ke semenanjung. Masa isi borang memanglah semua orang sanggup aje.

Aku ni sejak dulu lagi memang tak layak nak jadi cikgu, maklumlah bukan cemerlang manapun. Jadi, kepada kalian yang berminat nak jadi cikgu tu, biarlah betul niatnya. Janji patutnya ditepati, bukan dicapati. Sebenarnya, sangat seronok juga kalau dapat peluang berkerja di pedalaman. Nilai masyarakat masih lagi murni huh u hu maklumlah, aku ni kan orang kampong. Masuk kampong dan hutan bagai tu memang suka sangatlah!

Agak kesian jugak dengan adik ipar aku yang hensem tu, tak pernah putus asa dia mohon nak jadi cikgu, tapi tak juga dapat. Seorang sepupu aku tak pernah serik memohon untuk jadi cikgu, akhirnya dapat jugak kat dia setelah 7 kali memohon. Aku memang tabik spring dengan dia!
 
 

Selasa, 10 September 2013

Tak Boleh Guna Semula Telefon Curi


Mulai November ini, telefon bimbit yang dilaporkan dicuri oleh pemilik asalnya tidak lagi boleh diguna pakai semula. Berita baik ni!

Ketika ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan semua syarikat telekomunikasi membangunkan satu sistem baharu yang dapat menyekat penggunaan semula semua jenis telefon yang telah dilaporkan dicuri.

Komen aku: Bila dah tak boleh pakai semula, maknanya…tak adalah orang nak curi telefon kan? Kurang satu masalah.