Khamis, 20 Jun 2013

Jerebu: Sekolah Di Muar & Ledang Diarah Tutup Dua Hari


Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang diarahkan ditutup selama dua hari mulai hari ini akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya. Yaaaa....dah capai tahap bahaya. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 383.

Arahan dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah mulai jam 11 pagi tadi. Kota Tinggi turut mencatatkan tahap sangat tidak sihat dengan IPU 232, meningkat berbanding 211 yang dicatatkan pada jam 7 pagi. Pasir Gudang dan Larkin Lama di kawasan bandaraya Johor Bahru pula mencatatkan tahap tidak sihat dengan catatan IPU 199 dan 181.



Setiap tahun, perkara yang sama berlaku. Asal pertengahan tahun je, kita perlu sedut jerebu. Asap. Bau hangit terbakar. Cuaca jadi makin panas menyengat. Dan setiap tahun jugak, ada pihak cuba dan mengelak dari bertanggungjawab. Tak mau mengaku. Dah jadi budaya!

Maka setiap tahun juga, pasukan bomba kita perlu ke seberang sana buat khidmat masyarakat padamkan kebakaran. Kenapa tak pernah belajar dari sejarah? Aku pun tak faham!

Komen aku: Jerebu juga boleh mengakibatkan ketidakstabilan horman. Boleh meroyan. Sebelum aku meroyan lebih panjang, baik aku letak titik cepat-cepat. Titik.




Persoalan Malam Jumaat



Antara orang yang mengumpat kita dan orang yang datang mengadu bahawa ada orang sedang mengumpat kita, mana satu lebih jahat?

Macam soalan periksa, tapi agak lama juga persoalan ini berlegar dalam kepala.

Komen aku: Aku memang muka tembok yang jarang nak peduli apa yang orang tengah umpat. Usah buang masa mengumpat aku walaupun daku teruja juga bila ada orang mengumpat. Sebabnya? Mereka sedang memberi aku koleksi pahala yang tak terhitung huh u hu

Jangan kantoi tengah mengumpat aku sudahlah ya...

Ada orang nak mengumpat aku tak? Silalah! Moga-moga makin bertambah pahalaku!

Video 15 Saat Sebelum Penebat Kilat Menara UMNO Runtuh

Yang runtuh memang dah runtuh. Tak kiralah runtuhan kerangka jambatan ke dua Pulau Pinang yang boleh kita lihat rakaman videonya ka ataupun runtuhan penebat kilat Menara UMNO, ataupun video kebakaran besar kampung melayu di Sibu.




Hari ini, rakaman video dari CCTV bangunan berhampiran bangunan UMNO Pulau Pinang berdurasi 15 saat sebelum penebat kilat terjunam dan menghempap jalan, kemudian mengenai beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Honda City berwarna gelap dipercayai milik, Lim Chin Aik, 44 telah beredar di FB dan media sosial yang lain.

Dalam kejadian angin kencang pukul 6.45 malam itu, penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan Menara UMNO Pulau Pinang telah runtuh dan menghasilkan lubang sedalam lima meter. Kejadian itu juga meragut nyawa kelindan lori tong gas, Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia sebaik saja tiba di Hospital Pulau Pinang selepas kepalanya cedera parah ditimpa serpihan konkrit penebat kilat itu.

Polis sebelum ini mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.






Rabu, 19 Jun 2013

Video Kebakaran 50 Buah Rumah Terbakar di Sibu


Satu kebakaran besar berlaku di satu kawasan rumah orang Melayu di Kampung Hilir, Sibu, Sarawak telah terbakar jam 4 petang tadi. Blog Belia bangkit melaporkan sebanyak lebih kurang 40 buah rumah sedang terbakar, Berita Harian mengatakan terdapat kira-kira 50 buah rumah. [laporan akhbar kata kampung Datu, tak pasti mana satu benar]

Anggaran je ya bilangan rumah tu. Tak ada siapa nak rajin dok pi bilang masa api tengah marak tu.

Suasana cemas semasa kebakaran besar di kampung melayu, Sibu Sarawak:(dari arah darat)




Detik-detik kebakaran perkampungan melayu di Sibu, dari arah laut:




Berikut, rakaman video kebakaran Kampung Hilir, Sibu, Sarawak: dah tinggal abu...habis semua.



Nak tengok GAMBAR-GAMBAR TRAGEDI kebakaran di Sibu tu...sila lah ke blog Belia Bangkit. Tadi ada 3 keping gambar kebakaran komuniti melayu Kampung Hilir, Sibu, Sarawak. Hebat betul blog Belia Bangkit ni, kampung tengah terbakar pun beritanya dah meluas satu dunia.

Kita tunggu Berita Perdana nanti kalau ada. Tak pun, tunggu akhbar esok. 

Kemaskini:

Berikutan kebakaran besar yang berlaku di perkampungan melayu di Sibu, 100 buah rumah di Kampung Datuk, Sibu antara perkampungan Melayu tertua di Sarawak, musnah dalam kebakaran besar hari ini, lebih 600 orang tinggal sehelai sepinggang. [ada mengatakan kampong tersebut bernama kampong Hilir….mmmm macam jauh pulak beza nama kampong ni].

Kebakaran berlaku jam 4 petang. Seramai 47 anggota dari dua balai di Sibu dan Kanowit berjaya mengawal kebakaran lima jam kemudian. Kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah kosong itu merebak dengan pantas berikutan cuaca agak panas selain rata-rata rumah di kawasan tersebut dibina daripada kayu.


Menurut Penghulu Kampung Datuk, Hussain Abdul Rasit, kira-kira 600 orang mangsa telah didaftarkan dan ditempatkan sementara di dewan Sekolah Kebangsaan Abang Ali berdekatan kampung itu.



Bajet 2014 dibentang 25 Oktober


Dah pun tengah tahun. Dah pun nak bentang bajet 2014...rasa baru semalam tahun 2013 disambut. Cepat benar waktu bergerak. Banyak lagi benda belum aku khatamkan untuk tahun ni. Kalau macam ni lah pantasnya waktu berputar, tak sedar kiamat dah sampai ni...alahai! insaf sekejab!

Menurut PM NAJIB Tun Razak dalam Majlis Konsultasi Bajet 2014 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen 25 Oktober ini. Macamlah PM tu sesapa je kan, main taram je sebut nama.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap isu dan cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkepentingan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebagai input penyediaan bajet 2014 tersebut. Beliau juga tubuhkan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara cabaran yang dihadapi ekonomi negara ialah dalam pembangunan potensi pertumbuhan sektor perkhidmatan, meningkatkan modal insan dan pengurusan bakat bagi wanita dan belia serta menguruskan pembaharuan fiskal.

Malaysia mempunyai penduduk yang agak muda, katanya, yang memerlukan kerajaan melabur dengan banyak terhadap pembangunan belia, khususnya dalam pendidikan dan latihan kemahiran. Golongan belia hari ini lebih berpendidikan, cekap ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dan juga berkait kepada rangkaian sosial melalui blog, Facebook dan Twitter di mana maklumat yang tepat dan tidak tepat merebak dengan cepat. Mereka juga mengharapkan lebih banyak peluang dari segi pendidikan tinggi, pekerjaan, keusahawanan dan pemilikan rumah yang mampu milik. Di samping itu, mereka mahu suara mereka didengar. Nak dengar suara aku tak?


Komen aku: aku bukan pakar ekonomi yang bijak pasal defesit fiscal, dasar fiscal segala. KDNK ka…KNK ka...semuanya aku blur bila libatkan angka. Tapi, masih adakah peluang untuk kami rakyat marhaen ni kemukakan pendapat?

Selain golongan belia, cuba-cubalah tengok keperluan kami yang bujang ni, walaupun bujang tua macam Bujang Lapuk tu...nampak macam kami tak ada tanggungan, tapi ketahuilah, kami yang bujang inilah yang banyak menyumbang kepada ibu bapa dan adik-adik dengan alasan “tak ada tanggungan”. Maknanya, kena menanggung jugaklah tu. Hanya tak boleh potong dalam cukai pendapatan tahunan disebabkan status single minggel itu.

Paling tidak, sediakanlah untuk kami Rumah orang-orang tua, dah tua bangka nanti tak ada siapa nak jaga, kenalah merempat rumah orang tua menagih simpati nanti. Insuran kesihatan sahaja belum mencukupi. Pencen juga dah tentu tak berapa nak cukup untuk masa akan datang kerana perubahan persekitaran masa itu. Salah hari petrol masa kami pencen nanti dah jadi RM10 seliter, gula dah jadi RM20 sekg...manalah kami mampu nak hidup dengan pencen ya...merempatlah kami mintak sedekah di jalan Tengku Abdul Rahman tu, sedangkan warga asing pulak jadi tokeh gedung.

Apa aku merepek ni?