Memaparkan catatan dengan label sekolah ditutup akibat jerebu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah ditutup akibat jerebu. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2013

Sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Kuantan, Melaka & Johor di tutup Esok


Jerebu semakin buruk pada 5 petang tadi dan sekolah sudah diminta tutup sebagai tindakan perlu sejak kualiti udara yang merosot boleh memudaratkan kesihatan pelajar.

Petang tadi dah diumumkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Kuantan, Melaka dan Johor di tutup esok. Jangan lajak pergi sekolah pulak ya cikgu!

Keadaan Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan pada jam 7 malam, 23 Jun 2013 mencatatkan 3 stesen pada tahap berbahaya, 2 stesen pada tahap sangat tidak sihat dan 14 stesen berada pada bacaan tahap tidak sihat iaitu;

3 stesen pada tahap berbahaya:

• Muar, Johor (IPU 456)
• Bukit Rambai, Melaka (IPU 432)
• Bandaraya Melaka (IPU 351)

2 stesen pada tahap sangat tidak sihat:

• Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 216)
• Port Dickson, N.Sembilan (IPU 295)

14 stesen pada tahap tidak sihat:

• Seri Manjung, Perak (IPU 110)
• Petaling Jaya, Selangor (IPU 157)
• Banting, Selangor (IPU 139)
• Shah Alam,Selangor (IPU 135)
• Kuala Selangor, Selangor (IPU 112)
• Batu Muda, KL (IPU 147)
• Cheras, KL (IPU 135)
• Putrajaya, W.Persekutuan (IPU 140)
• Nilai, N.Sembilan (IPU 136)
• Seremban, N.Sembilan (IPU 110)
• Kemaman, Terengganu (IPU 182)
• Paka, Terengganu (IPU 121)
• Indera Makota, Kuantan, Pahang (IPU 148)
• Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU 188)

Sumber: Jabatan Alam Sekitar

Seharian aku di Putrajaya hari ni. Singgah Festival Bunga & Taman Floria Putrajaya 2013 yang diadakan di PeSisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya bermula 21 Jun 2013 - 30 June 2013.

Jam 9 pagi, Nampak sikit je jerebunya, tapi bila dah ke tengahari…masjid putrajaya dan bangunan pentadbiran Putrajaya makin tenggelam dalam jerebu. Tak Nampak. Kena pergi dekat baru boleh tengok kelam-kelam.

Ini gambar masjid putrajaya berjerebu jam 9 pagi...



gambar jerebu Bangunan di putrajaya jam 9 pagi:




gambar Bangunan pentadbiran putrajaya berjerebu  jam 9 pagi...



 Bangunan pentadbiran putrajaya pada jam 6 petang, terang sikit dah...boleh nampak jelas sikit;




Bilalah jerebu ni nak pupus ya...dah penat sedut habuk setiap hari.





Khamis, 20 Jun 2013

Jerebu: Sekolah Di Muar & Ledang Diarah Tutup Dua Hari


Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang diarahkan ditutup selama dua hari mulai hari ini akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya. Yaaaa....dah capai tahap bahaya. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 383.

Arahan dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah mulai jam 11 pagi tadi. Kota Tinggi turut mencatatkan tahap sangat tidak sihat dengan IPU 232, meningkat berbanding 211 yang dicatatkan pada jam 7 pagi. Pasir Gudang dan Larkin Lama di kawasan bandaraya Johor Bahru pula mencatatkan tahap tidak sihat dengan catatan IPU 199 dan 181.



Setiap tahun, perkara yang sama berlaku. Asal pertengahan tahun je, kita perlu sedut jerebu. Asap. Bau hangit terbakar. Cuaca jadi makin panas menyengat. Dan setiap tahun jugak, ada pihak cuba dan mengelak dari bertanggungjawab. Tak mau mengaku. Dah jadi budaya!

Maka setiap tahun juga, pasukan bomba kita perlu ke seberang sana buat khidmat masyarakat padamkan kebakaran. Kenapa tak pernah belajar dari sejarah? Aku pun tak faham!

Komen aku: Jerebu juga boleh mengakibatkan ketidakstabilan horman. Boleh meroyan. Sebelum aku meroyan lebih panjang, baik aku letak titik cepat-cepat. Titik.