Ahad, 5 Mei 2013

Baca Puisi Dalam Bahasa Kelate Sambil Tunggu Giliran Mengundi


Belajar puisi dalam Bahasa Kelantan dululah ya sebelum pergi mengundi.


Hok Sengoti [SAJAK DALAM BAHASA KELATE]



Laghe tok serupo denge suroh,
Hok comey bakpo duk pakat kato hudoh,
Saye sohh doh laeng denge beci,
Jerok mamey tok serupo denge jerok celagi.
Takot.. ado keno mengeno denge ketar gegar,
Serupo dahago ado sabit denge lapar,
Ngiga sebenarnyo ada sabit denge kemama,
Selok tak dok bezo denge tok kaba.
Sapo kato buluh tu galoh,
Sapo kato tekeng tu tok bekekoh,
Naka laeng sikit denge jahat,
Dawa pun oghe duk pangge krawak.
Kalu tunggo tok serupo turuh pagar,
Sengotilah tolo tok srupo denge panda,
Lagu mana gadoh, belah tu jugoklah lorat,
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano dakak Hok mano krabak.
Demey tok keboh bezo denge leloh,
Senyung semeweh tok serupo denge sengeh,
Baling tu laen denge kipah angin,
Bereng.. abe sikit jah pado kerah keng.
Kito tok leh wak tok tetu kalu,
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu,
Kito duk ralit berembah badi cah keting,
Oghe laeng gi seruh-serah.. Kito duk pakat reboh teguling.
Ulat kekek jange wi tuka denge ulat belucah,
Jale bejeket jange kato srupo denge hungga derah,
Kalu karak buleh lagi kito peteri,
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?
Payoh sengoti nok bekecek nok bekiro
Culah lagu laeng tok srupo denge celiko
Payoh jugk nok bezo mano lakoney mano sandiwaro
Hok sengotinyo, manih leting tu belung tetu ibu gulo!

- Lim Swee Tin

Bagi sesiapa yang nak tahu cara sebutannya, bolehlah tengok dan dengar macam yang dideklamasikan oleh Prof. madya Dr. Lim Swee Tin masa Pesta Buku Antarabangsa 2011. Tapi, audio dan videonya kurang memuaskan. Kalau takat nak dengar bolehlah...





Selamat mengundi semua! Pilihlah calon yang boleh membela nasib kita ya...5 tahun tu agak lama juga untuk kita TUKAR semula.


Sabtu, 4 Mei 2013

Antara Akujanji Tan Sri Annuar Musa di Ketereh dan Manifesto Pakatan Rakyat Rafizi Ramli

Aku jadi kawan FB Tan Sri Annuar Musa sebab nak ikuti perkembangan bola sepak Kelantan The Red Warriors. Tak sangka pulak dia akan bertanding semula dalam pilihanraya umum PRU13 Ahad nanti.

Berikut adalah akujanji yang dibuat Tan Sri Annuar Musa yang dipetik dari FB beliau. Tak ada tujuan untuk mempolitikkan apa-apa di entri blog ini, sekadar catatan yang akan aku belek semula lima tahun nanti sekiranya beliau menang kerusi Parlimen P 026 [Parlimen Ketereh pertandingan antara calon Ab Aziz Abdul Kadir (KEADILAN), Annuar Musa (BN)].

Azam saya buat rakyat Ketereh:

Azam 1: Bersuara dengan berani demi rakyat; di dalam DAN di luar parlimen

Azam 2: Berkhidmat untuk semua, tanpa mengira parti melalui pengwujudan KHADAM Ketereh (Khidmat Amal dan Aktiviti Masyarakat Ketereh)

Azam 3: Mewujudkan muhibah semua rakyat Kelantan untuk merealisasikan prinsip "Orang Pas dan UMNO adalah bersaudara".

Azam 4: Membawa kemajuan ke kawasan Ketereh untuk membuka peluang pekerjaan, perniagaan, pelajaran dan lain-lain.

Azam 5: Bekerjasama dengan semua pihak untuk membangunkan DUN Kok Lanas, Kadok dan Melor.

Azam 6: Membantu rakyat menerima pelbagai bantuan tanpa pilih kasih.

Azam 7: Berusaha untuk membina sebuah stadium bola sepak yang baru untuk Kelantan dan sebuah Akademi TRW di Ketereh.

Azam 8: Mewujudkan Pusat Pelajaran Al-Quran yang moden dan PECUMA bagi segenap lapisan masyarakat Ketereh.

Azam 9: Memastikan komuniti minoriti terus mendapat layanan yang adil dan saksama.

Azam 10: Menjaga dan membela Perajurit, Polis, Guru dan Penjawat Awam sejajar dengan besarnya jasa mereka memajukan Ketereh.

Azam 11: Memastikan seluruh rakyat Ketereh dibela sepenuhnya.

Insya Allah jika dberi peluang dan kepercayaan, kita boleh bersama-sama menjadikan Ketereh kawasan yang disegani dari segi kemajuan agama Islam, perniagaan, sosial dan akademik.


Komen aku: Aku malas nak komen apa-apa dalam bab politik ni, sebab kalau aku komen, memang akan ada pihak yang terasa hati. Aku pernah hidup dalam pentadbiran BN, termasuk semasa Tan Sri Annuar Musa menjadi wakil rakyat kami. Aku juga pernah hidup sepanjang 20 tahun negeri Kelantanku terchenta itu berada di bawah pentadbiran PAS.

Silalah jangan auta aku tentang kemajuan, kemiskinan atau apa-apa berkaitan politik BN atau PAS di kawasan Ketereh ni, aku lebih makluminya walaupun sekali sekala sahaja aku balik kampung. Konco-konco ramai kat sana untuk ceritakan semua benda yang berlaku di kawasan sekitar.

Ini pula manifesto Pakatan Rakyat. Hanya ini je yang aku TERjumpa;



Selamat mengundi kepada adik kakok semua di Parlimen Ketereh. Sila buat pilihan yang tepat ya...




Jumaat, 3 Mei 2013

Video Buah Nyo Yang Banyak Pengajaran


Dok tercari-cari sesuatu di Youtube, tak sangka-sangka terjumpa dua video berikut. Kalau tengok latar belakang persekitaran dan budaya, macam dibuat di Kelantan. Bagi yang tak pernah jejak kaki di kampung-kampung kami nan miskin papa kedana lagi dihina-hina itu Kelantan, begitulah suasana kemiskinan kampung kami. Budak-budak pandai main guli ajelah ya...tadak ipad bagai hu hu hu Tak tahulah pulak kalau mereka buat rakaman ini di Trengganu.

Agak berbakat juga mereka ni. Paling penting adalah masej yang nak ditengahkan. Sangat menarik, menghiburkan dan masej tu pulak sampailah kiranya kepada penonton. Itupun kalau anda faham bahasa Kelantan. Bagi yang tak faham, bolehlah baca terjemahan yang disertakan pada bahagian sarikatanya.

Jom kita tengok apa sebenarnya yang nak mereka sampaikan.

Buah nyo=buah kelapa.

Buoh Nyo. Tuo ko Mudo..? (versi Kelantan)




Yang kedua ni benar-benar kena segedebuk kat muka aku…tidur selepas subuh. Kerapkalinya aku akan tidur lambat atau tak tidur langsung dok menyiapkan kerja sekolah. Akhirnya akan mengantuk terutama selepas waktu subuh tu. Kalau lepas subuh aku lelap sekejap, sempatlah juga lena sejam dua huh u huh u

Cer tengok apa yang dia perli aku tu…

Buoh Nyo 2. Tuo ko Mudo..? (versi Kelantan)



mmmmmmmm…ada sesiapa nak komen?

Khamis, 2 Mei 2013

Hepi Gila Ini Hari...Dah Boleh Tidur Bawah Meja ni!


Mmmmmm ini entri merapu pertama yang aku akan buat la la la sdla bersedia mental dan fizikal ya.

kenapa nak merapu? Sebab suka hati hu hu hu hu 

Betul ni...hari ni hati sangat suka. Pertama, mesorat bulanan yang biasanya bermula jam 8.30 pagi dan berakhir biasanya sekitar 11.30 pagi...gila kentang lama kan hu hu hu, tetiba dimulakan jam 10.00 pagi. Seronok!

Tak perlu kelam kabut nak iron baju pepagi buta dengan mata yang masih lagi pejam, tak perlu kejar lampu merah sambil curi-curi lelap sesaat dua, tak perlu juga tersengguk-sengguk seawal tu mengadap banyak muka yang taklah jelita manapun!

Jadi hari ni aku lenggang lenggang kangkung masak belacan macam itik pulang petang je panjat tangga dan masuk bilik mesorat. Bila masuk....fuyooooooooooooooooo ni perkara kedua yang buat aku gembira. Ekon dah ada!!!!!! La la la la akhirnya, pendingin hawa dah selamat dibaiki pada hari Pekerja hu hu hu siapalah yang dapat klaim OT bebanyak pada hari pekerja tu betulkan ekon ya? Terima kasihhhhhhh! Nasib baik dia tak ada depan aku...kalau tak, dah dapat pelukan @ ciuman percuma pagi ni dahhhhhh! Kalau dia tau macam tu, mesti dia menyesal tidak berada di hadapanku ketika itu hu hu hu hu

Mmmmmmm, dah Khamis minggu ke tiga barulah ekon berjaya dibaiki dan tempat kami merasa dingin bak salju di Swiz tempat lisa Surihani dan Yusry KRU pergi honeymoon @ bulan madu tahun lepas tu. Fuhhhhhhh! Sangat dingin okeh, setelah 3 minggu berpeluh segala celah. Bolehlah mulakan operasi tidur bawah meja ya...

Mmmmmm inilah antara kesedapan yang tak terhingga bila kerja gomen ni...

PssssT: hari ni ada orang tegur usik aku "Marah kat sapa ni? macam protes je pakai baju merah. Tak pernah nampak pun pakai baju merah"

La la la kalau pakai baju BIRU, atau HIJAU...kang kena komplen pulak berpakaian menyerupai parti politik tertentu hu huhuhu ...boleh gitu?


Selasa, 30 April 2013

Video Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO dalam PRU13: BN vs PR

Semua video ini akan jadi bukti lima tahun lagi sama ada mereka yang berjanji bersedia untuk tunaikan janji masing-masing. Lima tahun lagi, aku akan buka semual entri ini dan semak setiap manifesto mereka.

Selama ini, ramai sangat yang pandai berjanji tapi liat nak tunaikan. Dah terdesak musim PRU barulah masing-masing buka mata semula.

Jommmmm….kita tengok dulu Video Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO dalam PRU13: BN vs PR yang berlangsung petang tadi.


Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 1




Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 2




Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 3




Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 4




Kita tunggu dan lihat ajelah ya berdaya tahan ke tidaknya mereka ini memikul tanggungjawab untuk majukan Negara. Kalau dah tak mampu, tak kiralah dalam pilihanraya yang mana, kita kenalah TUKAR. Ya tak?