Khamis, 25 April 2013

Harga Emas Di Kelantan Murah Gila-Gila…Jom Ramai-Ramai Pakat Beli Barang Kemas


Aku sebenarnya nak cari senarai penuh calon dewan undangan negeri Kelantan di kampong aku tu…nun di negeri yang dah diistiharkan paling miskin di Malaysia. Aku sangat percaya negeri aku tu negeri paling miskin di Malaysia. Maklumlah, Perdana Menteri Malaysia yang terchenta sendiri yang umumkan…errrrr maksud aku BEKAS Perdana Menteri Malaysia. Gamaknya, dek kemunduran dan kemiskinan berkenaan juga maka Mahonara mengambil keputusan untuk lari balik Indonesia dan berkerja keras mengumpul kekayaan dalam dunia glamour semula. Mana nak cukup hitung harta benda di istana Kelantan kan, kalau dah negeri miskin. Sekejab sahaja kira, dah pun habis gedungnnya ya…errrr, salah hari, Istana Kubang kerian tu sama macam istana si Kiram III apa hu h u huhu...adoiiii, tarik nafas sat!


nenek ni miskin sensangat hingga perlu berjualan di usia lanjut...sila abaikan bulatan kuning


Minggu lepas, ada dengar dari rakan-rakan di negeri paling miskin itu tentang penurunan harga emas. Mak aihhhh…maka berlumba-lumbalah wanita-wanita di negeri paling miskin itu menyerbu kedai emas di serata ceruk negeri. Manalah tahu, untung-untung boleh beli emas barang segantang dua, sekilo dua sempena penurunan harga tu kan? Emas turun sebab PRU13 kot...

dapat segenggam macam ni cukuplah ;)


Hishhhhh! Aku jugak yang tak mampu nak beli walaupun berbelas tahun dah tinggal di negeri paling maju ini. Entah bilalah boleh beli barang dua tiga kilo emas tu, bukan nak banyak pun…takat tu ajelah larat nak pakai. Itupun dah jadi macam kedai emas bergerak. Macam pengantin baru ni okey tak?



Bila aku jenguh-jenguk ruang pameran kedai emas di Selangor ini, nyatanya harga ada beza jugaklah barang RM10 hingga RM15 (belum mintak diskaun lagi tu) setiap gram berbanding harga di negeri paling miskin sana. Gamaknya, mereka di negeri paling miskin itu melombong sendiri apa emas belakang rumah, sebab tu boleh jual dengan harga yang murah huh u hu

teringin jugak aku pakai macam ni...
Tetiba aku rasa tergedik gatai gelenyar nak kelik kampong beli sejemput udang rantas emas atau cincin barang sebentuk dua. Alang-alang harga dah turun ni kan. Tambah pula, dipercayai mutu emas di Kelantan lebih baik berbanding tempat lain terutama dari segi ketulinannya. Wanita Kelantan tak suka emas yang campur-campur ni terutama kalau faktor pembelian mereka bertujuan pelaburan emas untuk masa depan. Nak jual semula nanti dah tak dapat harga tinggi kalau emas campur. Biasanya emas 916 jadi pilihan.

Aku pernah bandingkan emas di Thailand (masa tu lebih murah, tapi kualiti kurang sikitlah), emas Kelantan dan emas di negeri lain. Memang ada beza walaupun aku bukanlah pakar sangat. Kalau aku…akan pilih 916 emas Kelantan juga.Nak buat macam mana, dalam darah aku ni dah mengalir "negeri kelantan", kalau boleh, nak menyedut udara bumi Kelantan aje memanjang hu hu hu

sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah

Masalahnya… cuti aku hanya berbaki sehari sahaja lagi ni. Masalah paling besar adalah…korek tabung unta itupun belum tentu cukup untuk beli walaupun sebesar janggut udang sahaja. Hishhhhh!

nak tahu harga emas kelantan terkini? Jangan lupa klik link tu...




Video Banjir Kilat di Kuala Lumpur


Hujan lebat sekitar Lembah Kelang bermula kira-kira pukul 4.30 petang semalam. Masa tu aku baru terhegeh-hegeh keluar Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di Bangi, sebelah Tasik Cempaka yang semerbak wangi itu. Hujan baru menitik gerimis masa tu, tapi langit memang gelap pekat. Berkurung dalam perpustakaan hingga tak sedar apa yang berlaku kat luar.

Nasib baik aku keluar sebelum jam lima, kononnya tak mahu bertembung dengan orang balik kerja. Elak jem. Hujan itu menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Gambar di bawah aku petik dari Mstar, dirakamkan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur oleh Bernama. Paras air memenuhi jalan raya manakala pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing.




Video banjir Kilat di Kuala Lumpur ini telah dimuat naik Harian Metro di laman webnya, jom sama-sama kita tengok apa yang berlaku setiap kali hujan lebat di Kuala Lumpur:



Nasib baik aku tak terjebak kerja di KL. Kalau tak, mesti stress setiap kali berlaku begini kan?

Dulu-dulu, zaman Tok Kadok…pernah jugak kerja belah-belah sana…bukan betul-betul KL pun, tapi lebih kepada PJ. Hakikatnya, daku sangat stress. Nasib baik ada rejeki kerja di Bangi ya…

Gambar berikut pula diambil di Universiti Malaya yang disiarkan FB I Love Kelantan;



Nasib baik masa aku ke UM hari selasa tu, bukan begini rupanya. Tapi, kalau hujan lebat jugapun bukannya aku tahu sebab masa balik dari UM tu belum jam satu tengahari pun. Sempat makan tengahari di Bangipun.



Rabu, 24 April 2013

Hatiku Menangis Berderai Pilu Insafi Lemahnya Diri


Adakah kita telah berjuang sehabisnya untuk menyelamatkan akidah dan agama kita seperti gigihnya dia?


Sejujurnya, air mata menitis membaca kecekalan dan ketabahan anak muda ini. Subhanallah!

Adakah daku mampu berjuang secekal dia andai berada dalam situasi yang serupa?

Semoga dia lebih tabah. Semoga lebih ramai insan baik hati membantunya meneruskan cita-cita murninya itu...


Selasa, 23 April 2013

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Sekitar Ampang. Lagi Sekali?


Beberapa kawasan sekitar Ampang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan berlakunya masalah henti tugas pam di rumah pam Wangsa Maju melibatkan gangguan di pam nombor empat dan lima.

Hanya tiga buah pam yang berfungsi sekaligus mengurangkan kadar pengepaman air untuk diagihkan di sekitar Gombak. Dianggarkan sejumlah 3,500 akaun pengguna di sebahagian Ampang terjejas. antara kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air sekitar Ampang termasuk di Desa Lembah Permai, Taman Dagang Jaya, Kampung Tasek Permai, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah dan Taman Halaman Indah.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252.

Komen aku: ini bukan isu politik, ini isu air. Sila tingkatkan kesabaran anda kepada penduduk yang terlibat. Dahlah musim panas ya, nak mandi manda turutkan suhu badan tak berapa nak boleh bila paip air hanya keluar angin je...

Tak boleh salahkan sesiapa kalau tiba-tiba ada orang mengamuk. maklumlah, hati nan panas tak mampu disejukkan dengan air. Sekarang ni musim panas, berganda suhu naik!

Isnin, 22 April 2013

Video kemalangan di Lebuhraya Persekutuan - Shah Alam



Ramai dah tahu tentang kemalangan maut melibatkan 5 orang maut di tempat kejadian di Kilometer 10.5 Lebuhraya Persekutuan-Shah Alam. Sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan merempuh tiga motosikal yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. Mangsa yang terbunuh termasuklah seorang penumpang kereta yang berhenti untuk membantu mangsa kemalangan.

Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali dan Lee terhumban keluar kira-kira 50 meter daripada keretanya. Akibat kejadian itu Lee dan dua penunggang motosikal iaitu Muhammad Faridzuan dan Amirul Faiq mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan kaki.

Sebuah kereta lagi berhenti di lorong kecemasan dan penumpang belakangnya, Kalaychelven keluar untuk memberi bantuan kepada mangsa tetapi sebuah motosikal yang ditunggang Syahmie Farid Izzat tiba-tiba datang dari arah belakang, hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven. Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang cedera parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh dikenal pasti sebagai Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21, kesemuanya penunggang motosikal dan pemandu kereta, Wilson Lee, 22, serta seorang penumpang kereta lain yang berhenti untuk memberi bantuan, M Kalaychelven, 50.

Berikut video kemalangan di Lebuhraya Persekutuan - Shah Alam dirakamkan di tempat kejadian pada pagi tersebut:



Rakaman video amatur kemalangan di Lebuhraya Persekutuan - Shah Alam dengan telefon bimbit oleh pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian;



DariNya kita dating, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Alfatihah.

Takziah kepada bukan islam. Takziah kepada seluruh keluarga, sahabat handai mangsa.

Kalau hati anda gagah untuk melihat lebih banyak gambar kemalangan di lebuhraya persekutuan-Shah Alam ini, silalah berkunjung ke blog ondscene. ada banyak kat sana. Tapi, kalau hati tak kuat, tak tengok pun tak apa.