Biasanya, kalau berlaku perkara macam ni, hujan lebat yang berpanjangan kemudian Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, boleh juga jumpa gambar-gambar di tempat kejadian yang boleh kita jumpa di akhbar tempatan. Paling tak ada pun, masih juga boleh tengok di Utusan dan Berita Harian.
Semalam, 10 April 2013 sekali lagi Kuala Lumpur di landa banjir kilat bila hujan lebat turun secara berpanjangan selama beberapa jam. Ingatnya, bolehlah tengok sejauhmana seriusnya kawasan yang tenggelam itu, tetapi bila rujuk akhbar online yang biasanya lebih cepat sikit dari versi cetakan, malangnya payah nak gambar-gambar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat tersebut. kecuali satu akhbar, itupun hanya sekeping gambar.
Tertanya-tanya juga aku, adakah situasi ini ada kaitan dengan kerancakan musim pilihanraya umum? maklumlah, semua tajuk kemaskini di akhbar berkaitan politik sahaja.
Kalau nak juga tengok gambar-gambar banjir kilat di kuala lumpur pada 10 April 2013 tu, kenalah baca blog. Ramai juga blogger ambil alih tugas wartawan rasmi ni, walaupun ramai orang tak suka dengan penulisan blogger. Kononnya penulisan blogger tak dapat cop SIRIM tentang etika kewartawanan. Macam ramai benarnya blogger tak beretika di Malaysia ni. Padahal berapa kerat je yang begitu.
Mmmmmm kalau yang ada kod etika kewartawanan tak ada sumbernya nak baca, kenalah juga tengok tulisan blogger. Kalau tak, sampai bilapun kita ni PEERAK (bukan negeri Perak ya!), jakun, tak ada maklumat walaupun info sepatutnya di hujung jari.
Terima kasih kepada ramai blogger yang kemaskini entri blog masing-masing tentang kejadian Banjir Kilat di Kuala Lumpur petang semalam. Bagi sesiapa yang nak tengok gambar-gambar banjir kilat di kuala lumpur semalam, boleh baca entri beberapa orang blogger yang menceritakan pengalaman menempuh banjir kilat tersebut. mereka adalah;
Aku suka baca blog
Perjalanan Pulang yang tulus ikhlas setiap entrinya, dengan bahasa yang berlapis-lapis itu. Dah tak ramai orang mampu guna bahasa banyak lapis ni..., manakala
miera pula ceritakan pengalamannya yang terlibat dalam kejadian banjir tu.
Blogger lain adalah:
info harian mengutip banyak gambar dari Facebook dan blog lain.
Nampak gayanya, internet memang lagi mudah, cepat dan lebar sebarannya. Kalau facebook, twitter tu, cepat sahaja tersebar kan?
Walaupun kita tak suka penyalahgunaan dan penyebaran malumat yang tidak diperlukan, namun hakikatnya kita juga kena terima bahawa sebaran menggunakan media online lebih meluas berbanding secara bercetak. Pencerobohan Lahad Datu telah buktikan.
Sekarang ni pula, banyak kes jenayah seperti video buli budak sekolah di Pulau Pinang atau Cikgu Menghina Anggota Keselamatan membantu pihak berkuasa untuk bertindak.
Jadi, ambillah juga peluang media sosial untuk beramal melalui sumbangan derma ke masjid, pusat pendidikan Islam, membantu keluarga kurang mampu dan sebagainya. Namun begitu, kena kenal pasti dulu kesahihannya sebab sekarang ni Iklan sewa rumah palsupun ada. manusia penipu ni ada kat mana-mana sahaja.
Jika anda rasa nak
buat kebaikan tanpa modal sesenpun, masih juga boleh dilakukan. Jika kita
membantu orang dalam kesukaran, insha Allah aada insan lain akan bantu kita masa kita susah. Silalah bantu rakan saya ini yang
kehilangan adik perempuannya Siti Syafiqah masa di sekolah. Sebarkanlah di blog anda, di FB anda, di twitter anda, dengan harapan, usaha kecil kita itu mampu menyebarkan info ini dengan lebih luas. Moga-moga adik perempuan sahabat saya ini lebih mudah dikesan dan ditemukan.
Daku mengucapkan berbanyak terima kasih dengan usaha murni anda itu. terima kasih.