Rabu, 3 April 2013

Akhirnya Parlimen Bubar Juga Hari Ini!


Memang ramai yang teruja nak mengundi tahun ni. Dok tunggu je bilakah masanya parlimen dibubarkan sejak tahun lepas lagi, tapi macam tunggu durian yang tak gugur. Akhirnya, dalam siaran langsung ke udara di semua siaran televisyen dan beberapa stesen radio secara langsung pada pukul 11.30 pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen.

Kalau tengok laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Seperti di tulisnya: 

"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," 

Pagi tadi, kira-kira pukul 8.30 pagi, kenderaan dinaiki Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Negara dan meluangkan masa selama hampir sejam.

Sejak petang semalam dah ramai menulis di blog dan FB Bayangan Parlimen akan dibubarkan hari ini berikutan arahan Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir mesyuarat Kabinet pakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah bagi lelaki untuk sesi bergambar pagi ini. Sesi bergambar pada mesyuarat terakhir Kabinet dah jadi tradisi sebelum pembubaran Parlimen dan Perdana Menteri biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.

Video Pengumuman Pembubaran Parlimen 2013... bubar 3/4/2012? 



Bermula hari ini, maka parlimen dahpun dibubarkan. Dewan Undangan Negeri juga mohon dibubarkan agar pilihanraya boleh dilakukan secara serentak. Dalam tempoh ini, proses pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung. Suasana hangat yang berlaku sekarang ni akan jadi lebih panas. Tak mustahil dalam tempoh ini aku akan malas tengok TV lagi. Penat mata dan telinga!

Nasihat aku kepada semua rakyat Malaysia, ceeeeewah, macamlah aku ni Perdana Menteri nak bagi nasihat segala! Tapi, aku nak nasihatkan jugak jugak ni…tolonglah berfikir secara matang sikit sepanjang tempoh ini hingga berlangsung PRU13.

Undi itu rahsia, usahlah buat provokasi, benci membenci, fitnah memfitnah, tuduh menuduh bagaikan hanya kita sahaja yang SUCI murni dan bakal menghuni syurga tanpa hisab. Hormatilah orang lain, ingatlah setiap apa yang kita buat di dunia fana ini akan diadili di SANA nanti.

Sekian, pesanan dari penaja!






Ada Sesapa Nak Belanja Tengok Filem Sembunyi: Amukan Azazil Tak?


Aku tak suka tengok filem seram Malaysia, sebab…macam tak seram je (maaf, aku memang demand tang ni!). Macam sengaja nak menakut-nakutkan penonton padahal tak takut manapun. Begitu juga filem korea, masih tak seram.

Kalau nak tengok filem seram yang Berjaya buat aku rasa seram adalah filem Jepun atau filem seram Thailand. Berjaya buatkan aku seram. Setakat inilah.Esok lusa belum tau lagi!

Tapi bila tengok Sembunyi: Amukan Azazil - Official Trailer 28 Mac 2013, tetiba macam tertarik pula. Lagi tertarik bila tahu pengarahnya Khabir Bhatia huh u hu pengarah pooojaan hatiku tu! Patutpun sinimatografinya sangat cantik!



Filem genre seram dan misteri itu dibintangi antaranya Diana Danielle, Remy Ishak, Umie Aida dan Sharnaaz Ahmad. Filem Sembunyi: Amukan Azazil ni dah pun ditayangkan di pawagam pada 28hb Mac 2013.

Pengarah muzik bagi filem ini adalah Hafiz Hamidun. Alahaiiii…lepas dengar Zikir Terapi dan beberapa lagu lain ciptaan si hensem ni, tetiba rasa sangat teruja pula.Semua lagunya "lain". menyentuh hatiku!

Lagu tema Filem Sembunyi: Amukan Azazil ini yang berjudul ‘Sayang‘, digubah Hafiz Hamidun dan dinyanyikan oleh Aiman Sidek (Naib Juara Akademi Nasyid). Cer dengar…mendayu jeeee!

OST Sembunyi: Amukan Azazil (Aiman)



Baguslah, kalau mengaku bersalah. Bukan mudah nak buat pengakuan sebegitu.

Penulis skrip filem ni: Alfie Palermo. Ceritanya tentang watak Aishah (Diana Danielle), yang hidup pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Aishah telah ditawan oleh Askar Jepun dengan hanya membawa seutas kalung yang menjadi tanda pengenalan dirinya. Semasa sedang disoal siasat, tiba-tiba askar-askar Jepun itu ditembak. Aishah sempat melarikan diri sebelum kawasan itu dibom. gegaran bom tersebut menyebabkan Aishah jatuh dan tidak sedarkan diri.

Jom kita tengok Di Sebalik Tabir Sembunyi: Amukan Azazil Part 1




Bila sedar, Aishah berada di sebuah perkampungan yang sangat cantik dan tinggal bersama Ibu Yani (Datin Paduka Umi Aida) dan anaknya, Kamal (Remy Ishak). Di sini Aishah selalu ternampak seorang budak perempuan yang cacat mukanya, bila ditegur, budak itu akan lari ke tengah hutan. Aishah mengejar budak tersebut sehingga ke sebuah Gua yang dipenuhi tulang manusia, iaitu tempat persembunyian makhluk yang bernama Azazil.

Di Sebalik Tabir SembunyiAmukan Azazil Part 2



Semua kisah seram dan kelam kelibut yang berlaku dalam filem ini bermula setelah itu kerana dikatakan Aishah telah melanggar ‘Pagar Mentera‘ yang dipasang oleh penduduk kampong. Tang situlah seramnya itu.

Apa yang aku nak tengok adalah sinimatografi dalam filem ini dan keindahan serta suasana zaman dahulu tu. Nampak sangat klasik.

Ada beberapa adegan dalam Filem Sembunyi: Amukan Azazil ini sebenarnya telah dipotong semasa penapisan finas, namun scene yang tidak ditayangkan dalam filem telah tersebar di youtube. Scene tersebut adalah adegan panas di ranjang antara watak Diana Danielle dan Remy Ishak serta satu scene seram. Disebabkan blog ini bukannya blog lucah atau blog pornografi, maka scene berkenaan tak akan anda temui di sini. Kalau nak tengok jugak, silalah cari sendiri di blog lain.

Hishhhhh! Ada tak sesiapa nak ajak aku pergi tengok ni? Aku teruja benar ni sebab Kabir Bhatia. Seriussss! Bukan sebab adegan ranjang Diana Danielle dan Remy Ishak tu ya!

Errrr...kenapa? Tak percaya?

 



Selasa, 2 April 2013

Untungnya Redza Syah Irfan!


Haaaaaaaaa siapakah gerangannya yang bergelar Redza Syah Irfan? Tak lain dan tak bukan anakanda bujang nan terchenta kepada Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer.

Anak sulung Irma Hasmie dan Redza Syah yang baru seminggu dilahirkan ni dah dirakamkan dalam bentuk video. Comel sangatttt...tak percaya? Cuba lihat Exclusive Teaser REDZA SYAH IRFHAN yang lahir pada 29.03.13



Nampak kan betapa gembiranya mereka menyambut kedatangan orang baru.

semoga REDZA SYAH IRFHAN bin Redza Syah Azmeer menjadi anak yang soleh nanti. Tahniah juga kepada pasangan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer yang dapat cahaya mata beberapa hari lepas. Semoga kehadiran Irfan lebih mengeratkan lagi kasih sayang dan kebahagiaan mereka. 





Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Pertama Sesi Akademik 2013-2014 bagi Lepasan ASASIpintar UKM


Hasil pembelajaran menerusi sistem yang unik dan tersendiri menyerlahkan kejayaan semua 99 pelajar kohot pertama Pusat PERMATApintar UKM mendapat A dalam semua mata pelajaran yang mereka ambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012.

Maklumat lanjut tentang kejayaan Pelajar Permata Pintar

Untung mereka kan? UKM dengan itu membuka Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Pertama Sesi Akademik 2013-2014 yang ditawarkan kepada Lepasan ASASIpintar UKM sahaja.


Permohonan akan dibuka pada 02/04/2013 (hari ini)

Tarikh tutup permohonan pada 15 Mei 2013

Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Pertama Sesi Akademik 2013-2014 bagi Lepasan ASASIpintar UKM boleh dimohon secara online.






Isnin, 1 April 2013

Yasmin Hani Kena Ragut???


Walaupun pencerobohan pengganas di Lahad Datu menjadi antara berita panas yang sering jadi tumpuan sejak sebulan dulu, hari ini pun masih juga panas bila pihak keselamatan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menyiarkan gambar Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, sebagai orang dikehendaki untuk membantu siasatan berkaitan sumbangan kewangan ke Filipina berhubung kes berkaitan Operasi Daulat Lahad Datu.

Siang hari ini, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman dahpun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Hingga kini, seramai 122 orang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah.

Dalam dunia selebriti pula, berita gembira tentang kelahiran dua anak pasangan selebriti popular iaitu anak Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer, dan anak pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Manakala Nurul Wahab dan Eric Depp pula mengumumkan bakal menimang cahaya mata. Nurul dah mengandung 3 bulan.  Tahniah kepada mereka, 3 pasangan terlibat.

Dah banyak gambar anak Irma Hasmie dan gambar anak Ayu Raudah disebarkan di facebook dan di blog, comel macam mak ayah mereka juga. Geram je nak cubit. kalau malas nak merayau jejauh, boleh je tengok gambar-gambar anak irma hasmie dan ayu raudah di blog Kesuma Angsana ni.

Sayangnya, Pelakon cantik Yasmin Hani, pula nyaris jadi mangsa ragut apabila cermin keretanya telah dipecahkan semasa berhenti di lampu isyarat Mutiara Damansara sekitar jam 9 pagi tadi ketika dalam perjalanan menuju lokasi penggambaran di kawasan berhampiran.

Walaupun gagal diragut, Yasmin Hani mengalami kecederaan di tangan kerana cuba menyelamatkan tas tangannya daripada diambil. Cermin keretanya dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal dari sebelah kiri kereta, kemudian terus cuba menarik tas tangan pelakon terbabit.

Dalam keadaan panik, Hani menarik semula beg tangan berkenaan sambil menjerit menyebabkan peragut berkenaan terus lari.

Komen aku:
Ramai perempuan suka letak beg tangan mereka atas kerusi sebelah semasa memandu yang boleh menarik perhatian penyamun. Di bangi pun banyak kali juga berlaku.

Kita memang tak boleh jangka bila masanya akan jadi mangsa ragut, tapi sekurang-kurangnya cuba elakkan untuk tarik perhatian penyamun sebegini. Antara tips yang aku selalu amalkan bagi mengelakkan jadi mangsa ragut dan samun adalah:

  1. Sentiasa kunci pintu kereta kalau kereta kalian bukan jenis autolock.
  2. Letakkan beg tangan di lantai. Biasanya alas kaki berwarna gelap, jadi sekali pandang dari luar tak perasan pun ada beg kat situ.
  3. Sentiasa waspada dengan persekitaran terutama semasa berhenti di lampu isyarat. Sentiasa perhatikan tingkahlaku orang sekeliling yang nampak mencurigakan. Nak berangan pun kena kawal huh u huhu
  4. Kalau jalan kaki, pastikan berjalan ikut arah yang bertentangan dengan arus kenderaan, jadi kita boleh nampak kenderaan yang dating dari depan.
  5. Sentiasa tukar kedudukan sandangan beg di bahu kanan atau kiri mengikut arus kenderaan. Sandanglah beg di bahu kanan bila arus kenderaan di kiri, jika arus kenderaan di kanan, tukarkan pula menyandang beg di sebelah bahu kiri.