Memaparkan catatan dengan label dewan undangan negeri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dewan undangan negeri. Papar semua catatan

Rabu, 3 April 2013

Akhirnya Parlimen Bubar Juga Hari Ini!


Memang ramai yang teruja nak mengundi tahun ni. Dok tunggu je bilakah masanya parlimen dibubarkan sejak tahun lepas lagi, tapi macam tunggu durian yang tak gugur. Akhirnya, dalam siaran langsung ke udara di semua siaran televisyen dan beberapa stesen radio secara langsung pada pukul 11.30 pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen.

Kalau tengok laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Seperti di tulisnya: 

"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," 

Pagi tadi, kira-kira pukul 8.30 pagi, kenderaan dinaiki Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Negara dan meluangkan masa selama hampir sejam.

Sejak petang semalam dah ramai menulis di blog dan FB Bayangan Parlimen akan dibubarkan hari ini berikutan arahan Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir mesyuarat Kabinet pakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah bagi lelaki untuk sesi bergambar pagi ini. Sesi bergambar pada mesyuarat terakhir Kabinet dah jadi tradisi sebelum pembubaran Parlimen dan Perdana Menteri biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.

Video Pengumuman Pembubaran Parlimen 2013... bubar 3/4/2012? 



Bermula hari ini, maka parlimen dahpun dibubarkan. Dewan Undangan Negeri juga mohon dibubarkan agar pilihanraya boleh dilakukan secara serentak. Dalam tempoh ini, proses pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung. Suasana hangat yang berlaku sekarang ni akan jadi lebih panas. Tak mustahil dalam tempoh ini aku akan malas tengok TV lagi. Penat mata dan telinga!

Nasihat aku kepada semua rakyat Malaysia, ceeeeewah, macamlah aku ni Perdana Menteri nak bagi nasihat segala! Tapi, aku nak nasihatkan jugak jugak ni…tolonglah berfikir secara matang sikit sepanjang tempoh ini hingga berlangsung PRU13.

Undi itu rahsia, usahlah buat provokasi, benci membenci, fitnah memfitnah, tuduh menuduh bagaikan hanya kita sahaja yang SUCI murni dan bakal menghuni syurga tanpa hisab. Hormatilah orang lain, ingatlah setiap apa yang kita buat di dunia fana ini akan diadili di SANA nanti.

Sekian, pesanan dari penaja!