Rabu, 6 Mac 2013

Gambar Mayat Pengganas Penceroboh Sulu Mula Diedar


Hari ini pihak polis dan tentera mula mendedahkan maklumat mengenai Ops Daulat dan Ops Sulu yang telah dijalankan. Walaupun keluasan kawasan penggeledahan semakin luas, barisan perwira Negara kita sedang melakukannya dengan teliti.

Menurut sidang akhbar yang dibuat KPN di Lahad datu, 13 anggota pengganas Sulu mati dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal pagi semalam sehingga kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Video SIDANG MEDIA KPN LAHAD DATU 6 MAC 2013



Pihak polis juga mula mengedarkan foto @ gambar sembilan daripada mayat pengganas kepada wartawan bagi menghentikan bermacam khabar angin yang berlaku terutama di dunia maya.Komen-komen yang aku baca tu sesedap mulut tok nenek kalian je nak komen apapun, padahal Semporna dan Lahad Datu pun belum ramai yang dah sampai hu hu hu

Pasukan polis menemui satu kubur besar di kampong Tanduo mengandungi 9 mayat dan senjata yang digunakan.

Seorang pegawai forensik polis diserang pengganas Sulu ketika menjalankan tugas dalam operasi mencari dan menggeledah tetapi terselamat pada kira-kira jam 1.45 petang tadi.

Semporna hari ini: 4 Penceroboh Ditangkap Dan 1 Pemberi Maklumat Pada Tentera Sulu Dicekup. Pengkhianat betul. Rasa nak humban ke ke laut!



Adik Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Azzumuddie, 60-an, yang mengetuai operasi pencerobohan ke Sabah pada 12 Februari lalu masih belum ditangkap. Terdapat 3 teori bagaimana Raja Muda Azzumuddie melarikan diri;

Pertama, pengganas telah membuat laluan bawah tanah dan laluan tikus ekoran mereka telah berkubu di kawasan kampung tersebut sejak lebih tiga minggu lalu.

Kedua, keluasan kawasan tersebut menyebabkan pihak berkuasa menghadapi sedikit kekangan untuk mengawal keseluruhan tempat. Jadi mereka boleh melarikan diri ke kawasan yang tidak dikawal untuk bersembunyi.

Teori terakhir pula ialah pengganas mengambil kesempatan keluar dari kampung ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya mengosongkan rumah. Mungkin mereka ikut jalan berlainan dengan penduduk untuk mengelakkan daripada dicekup.

Selamat berjuang perwira Negara.



Kita Boleh Berjaya Kalau Kita mahu


Nak kongsikan video ini dengan semua anak bangsaku.



Jommmm, kita bangunkan masa depan dan negara kita.

Yasin Diugut Bunuh Kerana Video Reformasi Ini


Hanya kerana video reformasi bajet rendah ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu dakwah ini, Yasin menerima ugutan bunuh di youtube. Kalau tengok video ni, rakaman nyanyian Yasin hanya di lorong belakang rumah kedai yang tertutup. Macam kawasan rumah kedai yang masih belum beroperasi.



Sabar lah ya Yasin, kalau rasa macam tak selamat sangat, buatlah laporan polis.

Video serangan Offensif Lahad Datu


Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi 5 mac. Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.



 

Detik Cemas Wartawan TV3 Hadapi Serangan Hendap Pengganas Di Lahad Datu



Polis dan ATM telah melancarkan serangan ke atas penceroboh di Tanduo, Lahad Datu sejak 7 pagi 5 Mac 2013




Pencerobohan Lahad Datu-Serangan offensif pada 05 Mac 2013




Kini operasi pembersihan pula dilakukan. Semoga saki baki pengganas Sulu dikutip. Moga-moga wira negara kita sentiasa selamat.

Ops Daulat:



masih diteruskan dengan lebih teliti, dengan keluasan kawasan diluaskan lagi.



Alhamdulillah, berakhir sudah konflik di Semporna Sabah. Walaupun begitu, kawalan ketat masih berterusan di Lahad Datu dan Semporna.


Selasa, 5 Mac 2013

Kata-kata Semangat Rosyam Nor Kepada Perwira Negara di Lahad Datu


Semangat berjuang kepada semua perwira negara, kami mendoakan kejayaan kalian.

Terjumpa kata-kata semangat buat para satria sedang berjuang di Lahad Datu dalam operasi Ops Daulat yang ditulis pelakun, penerbit dan pengarah Rosyam Nor yang ditinggalkan di Sinar Harian. Sangat indah, penuh kobaran semangat;




Tak nampak? Okey, aku salin semula di sini:

9 Februari 2013, tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar,
Dalam rundingan, kami bersabar,
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar

1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar

Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar

Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar


Berdiri bulu romaku membaca tiap patah kata itu. Selamat berjuang perwiraku!

Nak tengok versi yang lebih cantik? Mmmmm siap ada kapai terobang lagi tu!


 Versi ini disebarkan di FB Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia.

Selamat berjuang wira negara!