Jumaat, 14 Disember 2012
Penyakit Mata Lalat: Bergaduh Tak Habis!
Kepada manusia, ada 3 “benda penting” dalam kehidupan seharian mereka iaitu;
1. Apakah “benda” yang penting
2. Masa bila yang penting
3. Siapa yang penting
Peluang hanya datang sekali, itulah masanya. Lakukanlah sekarang!
Khamis, 13 Disember 2012
Datuk K Kemalangan Di New Zealand
Tengah semangat buat kerja sambil dengar Radio THR Gegar online, tetiba berita radio siarkan tentang Datuk K Cedera kerana Kemalangan jalan raya Di New Zealand. Terhenti buat kerja sekejab, terus cari di akhbar online. Hanya Utusan yang dah tulis pasal cerita kemalangan jalanraya Datuk K tu... aku petiklah berita tu seperti di bawah lebih kurang;
Suami penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa cedera dalam kemalangan di New Zealand hari ini dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Datuk K menunggang motosikal kuasa besar mendapat kecederaan patah bahu, tangan dan kaki, namun keadaannya tidak membimbangkan.
Siti Nurhaliza yang sepatutnya menjayakan siri terakhir Konsert Ekspresi Karya Gemilang di Banjarmasin Indonesia malam ini terpaksa membatalkan persembahannya. Beliau akan berlepas ke New Zealand esok untuk bersama suaminya di sana dengan ditemani kakak iparnya, Datin Zaiton Mohammad Jiwa.
Apapun, aku nak ucap tahniah kepada golongan pesara yang akan dapat durian runtuh 17 Disember nanti. Ini merupakan bayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua sebanyak RM500 kepada para pesara kerajaan.
Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan di sini hari ini berkata, perkara itu diputuskan kerajaan untuk dilaksanakan sempena sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.
Sehubungan itu menurut kenyataan tersebut, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh menuntut bayaran berkenaan mulai 17 Disember ini manakala Bayaran Khas Pesara akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B iaitu mereka yang tidak perlu mengisi borang tuntutan pencen di kaunter bank.
Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 18 hingga 31 Disember 2012 juga boleh menunaikan waran mereka mulai 17 Disember ini. Perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada semua pihak termasuk bank yang terlibat bagi maksud pelaksanaan.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berhubung pembayaran itu boleh menghubungi talian 03-88854906/4475/4476/4477/4478.
Menyimpan Kenangan Angka 121212 Nan Comel
Selama ni pun aku memang suka nombor walaupun asal tengok nombor je aku terus blurrr. Itu kalau nombor untuk dharab, bahagi, tolak campur.
Kalau di jalan, aku suka tengok nombor-nombor kenderaan yang Nampak unik dan comel, malah aku ada nombor kegemaran sendiri. Rahsia ya…kang tak pepasal ada pulak guna nombor tu untuk tikam ekor hu huhuhu.
Masa semua orang dok bidik nombor 121212 yang istimewa itu semalam (sebenarnya entri ni aku tulis semalam, hanya paparannya sahaja set untuk hari ni), aku perasan satu perkara kat blog aku. Nak tahu apa? Cuba tengok gambar bawah ni;
Yang ni aku tengok pada tengah malam menjelang tarikh 12hb 12 tahun 2012, (lebih kurang jam 12.12 AM gitu). Masa tu aku dah ralat sikit sebab macam tak berapa nak cantik angka jadinya.Jumlah entri 1212 memang dah cantik...tapi bila tengok tarik akhir pos pada 11 Dec, macam tak comey lah pulak!
Seorang kenalan sarankan untuk aku post entri baru pada tarikh 12 Disember untuk jadikan angka berkenaan semuanya jadi 12. Namun, rasa macam tak aci pulak kalau buat gitu, lagi pula bila tambah entri...angka kat depan tu pulak akan jadi 1213...tak comey jugak!
Siang kelmarin, bila tengok kat dashboard blog, tetiba semuanya jadi 1212 dan 12, 2012 hu huh u gimana boleh jadi macam tu? Cer tengok, tak percaya kan?
Kena upah penyoasat ni!
Siasat punya siasat, barulah tahu macam mana boleh jadi macam tu…cer tengok kat bawah ni apa dia;
Sebenarnya, aku selalu kemaskini blog secara schedule. Pos entri sekali atau dua kali je seminggu, tapi tulis untuk seminggu terus ikut bahan yang ada. Rupanya apa yang belum disiarkan kat blog pun sudah dikira dek blogspot, itu sebabnya angka untuk jumlah entri tak berubah tetapi tarikh tu tetap berubah.
Mmmmmm dah dapat satu rahsia blogspot ni hu huhu
Makanya, dengan rasmi aku dah dapat nombor yang cantik itu tanpa aku plan pun. Tanpa perlu susah payah ubahsuai untuk dapat nombor tu. Kira okeylah kan tetiba TERdapat nombor macam tu. Tak menyusahkan orang dan tak paksa sesiapa.
Psttttt: Dengar cerita ramai orang sengaja MEMberanakkan diri pada tarikh cantik ni.
Rabu, 12 Disember 2012
Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari
Ramai tak peminat jejaka terhangat di Malaya, Anuar Zain? Hari ni entri jamu mata ya...tak kan nak tengok Che Lah MasterChef 2 je...nak juga nengok jejaka idaman Malaya.
Sempena tiga dekad pembabitan beliau dalam bidang seni, Anuar Zain akan mengadakan konsert pertamanya bertajuk Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari pada pada 16 Februari 2013 depan pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Sumber: Sinar Harian |
Harga tiket bagi konsert ini dari RM88 hingga RM698, akan dijual bermula Rabu ini pada pukul 12 tengah hari menerusi www.ticketcharge.com dan cawangan kaunter rasminya, manakala harga tiket VIP pula akan diumumkan pada Rabu ini.
Diskaun khas bagi mereka yang membuat tempahan awal adalah sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada 1,000 pembeli pertama bagi tempoh bermula Rabu (esok) sehingga 19 Disember ini. Bagi jualan tiket secara pukal, peminat boleh menghubungi Anuar Zain Network di talian 012-4642030.
Pihak pengurusan Anuar Zain juga turut menawarkan pakej perjalanan eksklusif '3Dekad 1Destinasi' untuk para peminat di luar Kuala Lumpur termasuklah dari Kota Bharu (Kelantan), Jerteh dan Kuala Terengganu (Terengganu), Johor Bahru (Johor) dan Singapura. Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/3Dekad1Destinasi.
Anuar Zain, 42, berkata, tiket konsert yang meraikan tiga dekad pembabitan Anuar Zain dalam bidang seni itu tak mahal dan berpatutan, bersesuaian dengan persembahan itu kelak kerana menekankan aspek kualiti selain ia adalah berskala mega yang menjanjikan persembahan terbaik dengan kualiti muzik, kesan khas dan pentas yang gah.
Komen aku: Ada sesiapa nak belanja tiket harga VVIP tak? Sila belanja! Sila belanja!
Langgan:
Catatan (Atom)