Ahad, 12 Ogos 2012

Pinjaman Pelajaran Selangor 2012

TAWARAN PINJAMAN PELAJARAN SELANGOR SESI KEDUA TAHUN 2012

Pemohon adalah dipelawa untuk memohon Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor dan Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir "Fast Track" bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan secara Sepenuh Masa bagi Sesi Kedua Tahun 2012 bermula pada 1 Ogos 2012 (Rabu).

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut :


PERKARA
KETERANGAN
KELAHIRAN
  • PEMOHON lahir di Negeri Selangor; atau 
  • IBU atau BAPA pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
  • Pemohon telah BERMASTAUTIN lebih dari lima (5) tahun di Negeri Selangor dengan pengesahan daripada ADUN/ Penghulu/ Pengerusi JKKK/ Ketua Kampung.  
PERINGKAT PENGAJIAN
  • Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara SEPENUH MASA sahaja. (Pengajian secara jarak jauh (PJJ) / luar kampus (PLK) tidak layak memohon).  
 PENAJAAN
  • Pemohon yang BELUM MENERIMA SEBARANG PENAJAAN dari lain-lain penaja akan diberi keutamaan.  
PENCAPAIAN AKADEMIK
  • Pemohon yang memperolehi PENCAPAIAN AKADEMIK yang baik akan diberi keutamaan.  
TAHUN PENGAJIAN
  • Pemohon BUKAN PELAJAR TAHUN AKHIR PENGAJIAN atau diberi tempoh pelanjutan pengajian.


Pemohon juga mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan akedemik seperti berikut :

Peringkat Pengajian
Kelayakan Akademik
Ijazah Pertama
  • Memperolehi kelayakan Sijil Tahun Asas/ Pra-Ijazah/ Matrikulasi/ Diploma dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) GRED C dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STPM; atau
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kelulusan (jayyid) dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat STAM.
Diploma
  • Memperolehi sekurang-kurangnya lima (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran di peringkat SPM; atau   Memperolehi kelayakan Sijil dengan kelulusan PNGK/ CGPA 2.50 ke atas.
Sijil (IPTA)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya empat (4) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di pringkat SPM.
Sijil (bidang kemahiran & teknikal sahaja)
  • Memperolehi sekurang-kurangnya tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran di peringkat SPM.

TAWARAN PERINGKAT PENGAJIAN
Tawaran ini adalah terbuka bagi peringkat pengajian seperti berikut:
  1. Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor:
    Semua bidang pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ) / Institusi Tinggi Swasta (IPTS) tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta pengajian peringkat Sijil di Politeknik/ Kolej Komuniti (tidak termasuk Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ Ijazah Lanjutan).
  2. Pinjaman Pelajaran Tenaga Mahir ‘Fast Track’ Negeri Selangor:
    Bidang kemahiran dan teknikal peringkat Sijil di IPTS tempatan yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian dalam tempoh kurang dari satu (1) tahun sahaja.

KADAR PINJAMAN YANG DITAWARKAN
Kadar Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Peringkat Pengajian
Kadar Pinjaman (Setahun)
Ijazah (Perubatan)
RM7,000.00
Ijazah (Lain-lain)
RM6,500.00
Diploma
RM4,900.00
Sijil
RM4,000.00

Nota: Kadar tajaan pinjaman ini adalah terpakai bagi pengajian di semua IPTA dan IPTS tempatan.


PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN
  1. Pemohon dikehendaki melayari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran http://tkwbns.selangor.gov.my.
  2. Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang telah disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
  3. Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak (print) terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
  4. Pemohon dikehendaki menyertakan semua salinan lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan dengan menandakan (/) pada kotak berkaitan.
  5. Semua salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana Pegawai Kerajaan (Kumpulan A / Pengurusan & Profesional / Pengetua / Guru Besar sahaja) manakala Surat Pengesahan Mastautin (jika pemohon/ibu/bapa lahir di luar negeri Selangor) & Surat Pengesahan Pendapatan (jika ibu bapa tidak bekerja/pesara/bekerja sendiri) hendaklah diperakukan oleh ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung sahaja.
  6. Borang permohonan yang gagal diisi dengan lengkap atau tidak disertakan dengan salinan dokumen yang diperlukan tidak akan dilayan.
  7. Pemohon boleh membuat semakan status permohonan melalui laman web rasmi Kerajaan Negeri Selangor atau pun laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor selepas sebulan dari tarikh tutup permohonan.

SENARAI LAMPIRAN DOKUMEN PERMOHONAN


i.
Sijil Kelahiran
  • Salinan SIJIL KELAHIRAN Pemohon  
ii.
Kad Pengenalan
  • Salinan KAD PENGENALAN Pemohon
  • Salinan KAD PENGENALAN Ibu/Bapa Pemohon (bagi pemohon bukan lahir di Negeri Selangor sahaja)
  • Surat PENGESAHAN MASTAUTIN daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung (bagi pemohon/ibu bapa bukan lahir di Negeri Selangor sahaja)  
iii.
Surat Tawaran
  • Salinan SURAT TAWARAN KEMASUKAN dari Universiti/Institusi Pengajian  
iv.
Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan
  • Salinan SIJIL BERHENTI SEKOLAH dan SURAT AKUAN (testimonial) (bagi pemohon kemasukan baru melalui SPM/SPMV/STAM/STPM sahaja)  
v.
Keputusan Peperiksaan
  • Salinan Keputusan Peperiksaan SPM/SPMV/STAM/STPM atau
  • Salinan keputusan DIPLOMA /MATRIKULASI/ASASI (jika berkenaan) atau
  • Salinan KEPUTUSAN PEPERIKSAAN bagi setiap Tahun Akademik/Semester Pengajian (bagi pemohon selain dari kemasukan baru/tahun pertama)  
vi.
Sijil Penyertaan
  • Salinan sijil penyertaan KO-KURIKULUM  
viii.
Pendapatan
  • Salinan PENYATA PENDAPATAN /PENYATA KWSP/SLIP GAJI Ibu bapa/Penjaga Pemohon (jika masih bekerja) atau
  • SURAT PERAKUAN PENDAPATAN (jika bekerja sendiri/tidak bekerja) KAD PESARA & PENYATA BAYARAN PENCEN (Jika pesara Kerajaan)  
viii.
Tanggungan Keluarga
  • Salinan SIJIL KELAHIRAN/SALINAN KAD PENGENALAN mereka yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga


PROSEDUR PERMOHONAN


1. Permohonan adalah secara atas talian/online sahaja.
2. Sila layari laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor seperti berikut bagi tujuan permohonan: http://tkwbns.selangor.gov.my
3. Borang Permohonan yang lengkap di isi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Unit Biasiswa & Pinjaman Pelajaran
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Sekiranya memerlukan informasi tambahan hubungi :
Tel: 03-5521 2275 / 5544 7543

Permohonan yang tidak mendapat sebarang maklumbalas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan permohonan boleh disemak melalui laman web rasmi Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor http://tkwbns.selangor.gov.my.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2012 (Jumaat)

Sabtu, 11 Ogos 2012

Namewee Yang Hina Lin Dan, Chong Wei Pulak Kena Mohon Maaf??? Patutpun Monorel Terkandas di Landasan!



Setahu aku, orang yang biasa keluar dari Malaysia
ramai yang meningkat semangat patriotiknya
mungkin sebab rindu sambal belacan dan budu
atau juga sebab syukuri, biar serendah dan sedhaif mana negara kita
malaysia tetap tempat yang paling nak kita kenang
apa lagi kalau musim durian kan? walaupun di chinapun
ada jual durian huh u hu

Tapi ramai juga orang yang lama sikit je hidup luar Negara
bila balik tetiba dapat alahan dengan bau durian dan belacan
tak berselera lagi nak makan budu…
paling tak boleh terima bila seleranya dah bertukar spageti
macamlah sebelum ni tak pernah makan spageti di pizza hut
kemudiannya, mencari aje salah silap orang
untuk diejek, dimaki, digelak, di apa-apa ajelah segalanya
macam tak ada kerja lain pula, tak pernah pulak tu nak serik,
apa yang dia cari dalam hiduppun...aku tak tahu

Terkini, Datuk Lee Chong Wei terpaksa memohon maaf
Ekoran meluasnya klip video menghina bintang badminton China, Lin Dan.
dirapkan Wee Meng Chee atau Namewee, kononnya
mengandungi maki-makian terhadap Lin Dan dalam bahasa Hokkien
selepas Chong Wei kalah menentang Lin Dan
dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London,
di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama
dan menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.
Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa
Nameweemempertahankan dirinya dengan berkata,
dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

Kata Lee Chong Wei dalam laman web peribadinya di
microblogging weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter:
"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa
tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua,
diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya,"

Adoiiii la! Tetiba je aku Nampak betapa kacak dan hensemnya
Lee Chong Wei hari ni…tebal muka je minta maaf
Dengan benda tak senonoh yang orang lain buat
Padahal orang tu…tak rasa bersalahpun!

 PsssT: aku sendiripun tak tau apa hubungannya dengan monorel terkandas!

183 penumpang monorel terperangkap 1 jam
Seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan,
dua lagi penumpang cedera ringan di bahagian kaki terkena serpihan kaca 




Kad Diskaun Siswa 1Malaysia September Ini



Semester baru dah nak mula…lepas raya nanti
Berbondong-bondong adik-adik kita daftar masuk university
Semester baru dah mula ya…bermakna,
Seramai 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
akan menikmati kemudahan potongan harga sehingga 60 peratus
ketika membeli-belah di pasaraya dan kedai terpilih
apabila Kad Diskaun Siswa 1Malaysia dilaksanakan September ini.
Wahhhhhhhhhhhh! tak sabar ni!

Kad ini membolehkan penuntut mendapat potongan harga
10 hingga 60 peratus di 100 buah kedai terpilih termasuk pasaraya,
kedai sukan, kedai cermin mata, kedai buku, kedai makanan segera
dan sebagainya diharap dapat meringankan bebanan pelajar
di samping membolehkan mereka membeli-belah dengan harga murah
rundingan sedang dilakukan dengan Syarikat Penerbangan Malaysia
dan AirAsia untuk membolehkan kedua-dua syarikat terbabit
memberikan potongan harga kepada pelajar.
turut diusahakan juga Keretapi Tanah Melayu, bas ekspres
dan lain-lain syarikat korporat menyertai skim iTU.
Yuuuuu haaaaaaaaaaaaaaa! Bolehlah aku keliling dunia nanti ya
Aku suker! Suker! Suker!

Masa aku skulah-skulah dulu, KTM memang dah bagi potongan harga 50%
Tak tahulah kalau nak tambah jadi 99% pulak
Sukanya je aku…masalahnya, semua tu hanya untuk pemegang kad
Tak dapatlah aku belanja kalian ya hu huh u


Tips Rumah Selamat Musim Perayaan


Beberapa hari lagi ibu Negara akan lengang,
Orang kata boleh main bola sepak atas jalan
Tapi aku tak pernah tengok pula setakat mana lengangnya
Walaupun bukan tak pernah aku raya sensorang kat sini

Sebelum masing-masing bergerak balik kampong
Pastikan dahulu kediaman @ rumah selamat untuk ditinggalkan musim perayaan
Sebaiknya singgah dulu di balai polis berdekatan atau SMS Rakan cop pun boleh
Selain tu, boleh tengok tips yang Yaya bagi kat dalam video berikut;



Selamat balik kampong ya…hati-hati di jalan raya
Pandu cermat jiwa selamat…ingatlah keluarga tersayang
Sedang menunggu kita di kampong halaman
cer dengar apa pesan Yaya kepada semua pemandu di Malaysia





Janjinya Nak Kerat Anu Kalau Pandelela Menang, Ada Berani??? Tak Cukup Tanah Nak Lari!!!


Perangai orang memang macam-macam
Allah nak uji pun macam-macam jugak
nampak sangat dia terlalu yakin atlet renang negara tak mampu
bawa balik pingat dalam sukan olampik london 2012
hingga sanggup bertaruh untuk potong @ kerat anu sendiri
nak jadi cerita bertambah menarik …tetiba Pandelela menang
Pandelela Berjaya juga bawa balik pingat gangsa Olimpik
walaupun dia sendiri kata dia tak sangka boleh dapat
jadinya, bila nak tunaikan janji tu?
Bila nak buat upacara potong @ kerat anu tu?

Gara-gara pertikai kebolehan penerjun negara, Pandelela Rinong,
para peminatnya menuntut seorang pemegang akaun laman sosial Facebook,
Johari Pain agar menunaikan janji yang dia sanggup memotong kemaluan
jika Pandelela memperoleh pingat dalam acara Sukan Olimpik yang disainginya.

Johari membuat kenyataan itu beberapa jam sebelum Pandelela bersaing
dalam peringkat akhir acara 10m Platform Wanita dan Berjaya bawa balik
pingat gangsa, sekali gus mencatatkan rekod sebagai atlet wanita pertama
membawa pulang pingat.

Johari antara lain menulis:
"Gua berani kerat xxxx laa kalau Pandelela menang pingat malam nih..
(saya berani memotong anu kalau Pandalela menang pingat malam ini...)."

Tindakannya itu berhadapan dengan reaksi marah dan tersinggung,
yang rata-ratanya menggesa dia memohon maaf.

Johari yang menggunakan akaun Twitter @JohariPain dalam mesej meminta maaf
berkata, "saya sudah memohon maaf, tapi tidak pulak orang nak print screen...
siap suruh buat permohonan maaf dekat @buletintv3 lagi."
Sedangkan Nabi boleh ampunkan umat, takkanlah manusia biasa
tidak boleh memaafkan orang lain... saya sedihlah,"
katanya dalam mesej Twitter berikutnya.
laman sosial itu telah pun ditutup, senangnya buat kerja…tutup je kan?
Hu huh u masa cabar tu Nampak sangat semangat JANTANnya tu
tak Nampak semangat patriotik langsung, dah jadi gitu
tetiba macam tukar jantina pulak oppps! Sasul pulak mak!!

Aku pun tertanya-tanya jugak bilalah si Johari Yahiko dan @JohariPain,
Nak tunaikan janji ni…ramai yang dok tunggu
Aku rasa TV3 pun boleh buat siaran langsung kalau ASTRO tak minat
Lagi pula dah banyak timbul nama FB

"Johari Pain Mohon Kerat", "Johari Pain dah potong ke belum",
"Johari Pain ku tunggu janji mu", "Janji Johari Pain Janji Dikerat."
"janji kerat" nya tu bila akan dilaksanakan ya? Tak sabar nak tunggu ni!

Wat malu orang Kelantan je!
Mari alik ulu legeh mano tok tahulah!

Komen aku: kalau ADUN pun tak ada semangat patriotik,
nak heran apa dengan orang lagu ni...lagilah ramai!
orang-orang macam ni patutnya kita hantar ke Syiria sebulan dua
biar kikis karat dalam otak tu sikit hu hu hu