Khamis, 26 Julai 2012
Salah Waktu Berbuka Puasa?
Pernah alaminya? Berbuka puasa pada waktu yang tak sepatutnya?
Terawal buka puasa, atau terlambat berbuka?
Dua-dua aku pernah alami…
Kes terawal berbuka berlaku tahun lepas
Kesahnya mudah sahaja:
TV kat rumah ni terletak di ruang keluarga kat atas
Kat bawah tak ada apa, luas je macam padang bola
Jadi aku pasang kuat sikit dan sibuk memasak di dapur
Goreng cekodok sikit sebanyak, lauk dan sayur
Biasanya satu lauk dan satu sayur je
Mana ada makan mewah-mewah dan membazir buang segala
tak sempat nak buang...Masak cukup-cukup tembolok aje
Sambil tu sediakan juga neskepe panas
Waktu petang, biasanya ada drama kat TV3
Aku hanya dengar je lah sayup-sayuo kat dapur
Entah macam mana, belum sempat siap masak
Azan dah bunyi kat TV, apa lagi, kelam kabutlah sekejab
Ingatkan aku yang berangan hingga tak sempat siap masak
Apa lagi nak hidang…jadinya, Terus je capai cekodok bawang tu sebijik
Terus ngap-gap kunyah kunyah sambil siapkan menggoreng
Sambil angkut semua makanan kat saperah kertas surat khabar
Tetiba terdengar bunyi azan...Lagi sekali azan?
Habis tu azan tadi apa ke benda?
Ternganga sekejab sambil pandang jam
Mmmmmmm tadi memang bukan azan ek?
Maknanya aku terawal lebih kurang lima minit berbuka puasa
Gara-gara drama kat TV dok laung azan juga
Kes terlambat berbuka juga berlaku tahun lepas
Kesnya sama juga, kelam kabut dok masak
Sampaikan tak TERdengar pulaknya dah azan
akhirnya termanggulah aku sensorang tunggu
hingga lebih masa berbuka 10 minit
bila rasa pelik je, kenapa lambat sangat waktu bukanya
cepat-cepat pergi semak jadual waktu berbuka
huh u hu dahhhhhhhhhhhhh lama orang lain buka
aku baru je nak berbuka ….
Rabu, 25 Julai 2012
Bonus Setengah Bulan Gaji @ RM500 Sempena Aidilfitri
Alhamdulillah, hari ni semua dah tahu yang
Penjawat awam akan dapat imbuhan @ bonus setengah gaji
Sempena Aidilfitri bakal tiba,
manakala bekas penjawat yang dah pencen juga turut
mendapat imbuhan sebanyak RM500
maklumat lanjut boleh kalian baca di sini
Bufet Ramadan Tanpa Sijil Halal Boleh Kena Tindakan
Makanan halal dan bersih mempunyai pengaruh terhadap
rohani dan jasmani individu…ramai yang tak ambil kesah hal ni
asal benda makan, main rembat je terutama kalau yang percuma
tak semestinya dalam bentuk makanan
duit syiling kat lebuh raya pun boleh masuk kategori ni
telur ayam jiran sebelah yang terbertelor dalam pasu bunga kita
pun masih dikira status halal haram tu
pendek kata, asalkan bukan hak kita, tetap haram kan?
Setakat ni, aku masih lagi berpegang kepada kepentingan “halal” makanan
yang aku suap, apalagi kalau makanan tu aku suap ke mulut lain
kalau aku was-was, rasa tak yakin walaupun ada tampal lambang halal
(sebelum ni sesiapa je pun boleh tampal lambang halal)
Aku sanggup tak makan walaupun lapar
tahan makan sejam dua bukannya mati…
bukan nak tunjuk alim ke apa tapi bagi aku apa yang kita makan tu
akan jadi darah daging, akan jadi darah mengalir satu badan
akan sebati dengan diri kita, dah lah Cik bintang kata
“aku ni keturunan pendekar” huh u hu mengalahkan Tok Janggut
bila dah naik angin tu, tebas gunung Kinabalu pun boleh roboh
makanan juga ada pengaruhnya terhadap perangai kita
cuba baca kisah Al-Ghazali, kisah-kisah orang alim
mereka berhadapan dengan masalah untuk menghafal
bila salah makan…padahal, bukan banyakpun salahnya
tersalah makan semut dalam air minuman je pun…susah nak hafal al-Qur’an
kalau kita, entah berapa kilo semut dah kita makan
itu sekecil-kecil contoh…
Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengorek mulut cucunda baginda
(lupa dah saidina Hassan ke saidina Husin…jangan kata aku Syiah dah la ya
bila sebut nama cucunda baginda ni)
untuk keluarkan kurma yang sepatutnya hak perbendaharaan negara
sebiji je pun…adakah nilai sebiji itu sama ketakutannya dengan kita
zaman sekarang ni…makan main rembat je
kalau kat pejabat tu, tak kira siapa punya makanan kat pantry
belasah sampai licin…tuannya nak makan dah melopong!
Bila makan di hotel, atau mana-mana kedai makan tersohor
pernah tak kita terfikirkan halal tidaknya makanan di situ?
ataukah, kita sentiasa beranggapan semua hotel sediakan makanan halal?
ada tak sesiapa tahu bahawa jus atau kek yang kita order
mengandungi sedikit arak di dalamnya? Perasan tak?
kalau anda perasan, dan bertanya kepada mereka
selamba burung puyuh je akan dijawab:
kami tak pernah terima komplen dari sesiapa yang pertikaikan
jadi kami anggap semua orang suka dengan rasa begitu…
apa perasaan anda?
Itulah antara sebabnya mengapa daku tak akan makan
Di tempat yang aku was-was status halalnya
Walaupun di foodcourt beli belah terkemuka
Anda rasa daku melampau? Terlalu fobia?
Tak kesahlah…asalkan daku yakin dengan diri sendiri!
Pernah terfikir tak bahawa di Negara kita ni pun
kita tidak mampu untuk benar-benar pastikan yang
makanan @ minuman kita order itu benar-benar halal 100%?
kalau di Paris lainlah…kalau di Amsterdam lainlah…kalau di Frankrut
masih lagi kita kira lain walaupun sebenarnya kat sana
banyak terdapat makanan halal, lagi mudah kita nak kenal paasti
sebab mereka nyatakan apa ke benda yang diletakkan dalam tu
di Malaysia?
Pernah tak anda perasan sesetengah tempat
ada jual nasi lemak berendangkan babi?
kita tengok orang jual tu pakai tudung, kita anggap dia islam
rupanya indon tu pakai tudung sebab tak mahu rambutnya
jatuh ke dalam hidangan, bukan sebab menutup aurat
apa perasaan anda bila tetiba ada yang order
“nasi lemak rendang babi satu!”?
Tolong jangan muntah!
Jadinya, bila Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor
akan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada mana-mana Restoran atau hotel
menggunakan perkataan bufet Ramadan tetapi tidak mempunyai sijil halal
kerana boleh mengelirukan umat Islam yang beranggapan
premis itu menyajikan makanan halal…aku sangat bersetuju. Sangat setuju!
Pengguna tidak akan tertipu lagi
Tindakan ini turut melibatkan premis yang menggunakan ayat al-Quran
sebagai melambangkan makanan orang Islam,
tetapi tidak memiliki sijil halal yang sah.
Banyak kedai macam mamak aku nampak buat macam ni
gantung ayat al-Quran macam nak roboh dinding…
rupanya bukan kedai orang Islam
orang Islam makan dengan berselera siang malam
tak tahupun ayam goreng yang sedap kat situ tak sembelihpun
Mana-mana pihak yang didapati bersalah buat Bufet Ramadhan tanpa sijil halal sah
boleh dikenakan denda RM1 juta atau penjara tiga tahun,
manakala bagi syarikat denda RM5 juta mengikut
Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah dikuatkuasakan bermula 1 Julai 2012.
Bila hal lambang halal ni dah kuatkuasa seluruh Negara
dan aku tak perlu was was lagi
dah tentulah senang sikit untuk aku makan kat mana-mana kedai
tanpa risau dan terfikirkan ayam yang aku kunyah tu
sembelih ke tidak…harapnya, seluruh malaysia akan aktif
kuatkuasakan semua ni…mmmm bermaharajalelalah aku makan selepas ni!
Harga Kereta Turun Selepas Pilihanraya?
Fuhhhhhh! Aku sangat teruja
Nanti bolehlah aku beli kereta impianku itu
Selama ni rasa macam mimpi ngeri je untuk guna kereta impian
Selepas pilihanraya ke 13 nanti,
kemungkinan untuk impian jadi realiti tu ada walaupun peratusnya kita tak tahu
bolehlah aku guna kereta yang selama ini aku dok mimpi siang malam
mandi tak lena makan tak basah dek impian tu…
Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjanji akan melakukan rombakan
terhadap Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta
sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya selepas
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata
menerusi penstrukturan semula dasar berkenaan dapat mengurangkan
beban hutang rakyat sekaligus meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah rakyat.
duti eksais yang dikenakan kepada pembeli kereta sekarang juga akan dihapuskan
Menurut beliau: "Kereta yang paling kecil dengan dengan saiz enjin
di bawah 1,500 cc dikenakan duti eksais 60% dan cukai jualan 10 peratus.
Ini meningkat kepada 100 peratus jika kereta itu diimport
dengan tambahan cukai import sebanyak 30%
Ini bermakna, bagi sebuah kereta Perodua yang kecil pada harga RM40,000,
pembeli perlu membayar cukai sebanyak RM16,500,
kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta yang lebih besar,"
Pembeli terpaksa membelanjakan lebih separuh daripada gaji setiap bulan
bagi tujuan penyelenggaraan. Pentadbiran kerajaan juga mengabaikan
pelaburan dalam pengangkutan awam menyebabkan
pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian," katanya.
Laporan Kaji Selidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009
dikeluarkan Jabatan Statistik, 53% daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia
hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan dan sebanyak 71.9%
keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai dan
menggunakan kereta sebagai pengangkutan.
Jadinya…belum tentu lagilah harga kereta akan turun kan?
Kalau PKR menang di Putrajaya je…kalau menang tempat lain
Tak diambil kira…mmmmmm gitulah pulak
Baru je berangan nak usha ferari merah cili yang menyala-nyala tu,
berkilat merelip relip dok parking sebelah ferrari kuning Remy….
Errr aku tak kata Remy Ishak…ramai lagi Remy hensome kat Malaysia ni
Tambah lagi bukan ramai pun Remy yang ada ferrari kuning kan?
daku hanya melukut, aku sedar tu...berangan bukannya salah,
tak kena bayar pun!
Selasa, 24 Julai 2012
BERSIH 2.0 dah Tak Haram???
Untuk rakyat marhaen yang tak lah berapa tinggi manapun mengaji
errrrr itu bukan bermakna sijil aku tu sijil palsu ya
sijil tu aku dapat sebab belajar macam nak rak tonggang terbalik
siang malam macam tak cukup dunia nak kejar
bukannya bayar sijil tujuh lapan ribu, dalam seminggu dah bergelar graduan
namun belum tentu lagi reti pasal hal-hal perundangan
menteripun boleh terbabas salah faham, apalagi aku
yang berasal dari negeri paling miskin, dulu sekolah atap je
errrr sebenarnya, BERSIH 2.0 dah Tak Haram ke?
Sekejab haram, sekejab tak haram…mana satu betul ni?
Tak faham aku!
Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan perintah Menteri Dalam,
Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai 2011
yang mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram
Hakim Datuk Rohana Yusof berkata, beliau membenarkan petisyen
14 ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S Ambiga
untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan:
“BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar”
Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana memutuskan
“keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram
dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan @ mengambil kira fakta yang tidak relevan.
"keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.
alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966,
seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri
(responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah
dalam tempoh beberapa hari, "Adalah tidak munasabah
bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang
untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud
memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai,
dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.
Ohhhhhh! Itu ayat undang-undang…aku tak berapa nak faham
ilmu aku tak berapa nak cukup mentafsirkan tiap patah kata tu
kena tanya orang yang lebih layak ya…
ada sesiapa kat sini yang mampu menterjemahkan
laras bahasa undang-undang ni dengan lebih mudah difahami?
Pada 8 Julai tahun lalu, Ambiga dan 13 ahli memfailkan permohonan
semakan kehakiman bagi membatalkan perintah Hishammuddin
yang mengisytiharkan gerakan itu sebagai pertubuhan haram dan
menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN)
dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Selain memohon perintah certiorari untuk
membatalkan pengisytiharan perintah itu, mereka juga mahukan satu deklarasi
bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.
Rohana berkata, walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0
adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan
sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu,
kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.
mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam
menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0
pada 28 April lalu tertakluk kepada syarat ditetapkan pihak berkuasa.
keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak
yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan
tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
Selain itu, tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon
walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu
selepas menteri membuat pengisytiharan.
"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan
yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011,
kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian,
jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad berkata,
beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dulu
sebelum mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.
Jadi, keputusannya dah tak haram ek?
Mmmmmm apa-apa je lah labu…asalkan tak terpesong akidah,
ubah ajelah berapa kali nak ubahpun
tapi kalau dah pesongkan akidah hingga boleh sebabkan murtad
jangan dok buat pasai…kang sekeh kepala baru tau!
Pertubuhan BERSIH 2.0 tu yang tak haram ya....adusssss!
Langgan:
Catatan (Atom)