Memaparkan catatan dengan label pertubuhan bersih 2.0 tidak haram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertubuhan bersih 2.0 tidak haram. Papar semua catatan

Selasa, 24 Julai 2012

BERSIH 2.0 dah Tak Haram???


Untuk rakyat marhaen yang tak lah berapa tinggi manapun mengaji
errrrr itu bukan bermakna sijil aku tu sijil palsu ya
sijil tu aku dapat sebab belajar macam nak rak tonggang terbalik
siang malam macam tak cukup dunia nak kejar
bukannya bayar sijil tujuh lapan ribu, dalam seminggu dah bergelar graduan
namun belum tentu lagi reti pasal hal-hal perundangan
menteripun boleh terbabas salah faham, apalagi aku
yang berasal dari negeri paling miskin, dulu sekolah atap je

errrr sebenarnya, BERSIH 2.0 dah Tak Haram ke?
Sekejab haram, sekejab tak haram…mana satu betul ni?
Tak faham aku!

Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan perintah Menteri Dalam,
Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai 2011
yang mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram
Hakim Datuk Rohana Yusof berkata, beliau membenarkan petisyen
14 ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S Ambiga
untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan:
“BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar”

Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana memutuskan
“keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram
dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan @ mengambil kira fakta yang tidak relevan.
"keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.

alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966,
seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri
(responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah
dalam tempoh beberapa hari, "Adalah tidak munasabah
bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang
untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud
memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai,
dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.

Ohhhhhh! Itu ayat undang-undang…aku tak berapa nak faham
ilmu aku tak berapa nak cukup mentafsirkan tiap patah kata tu
kena tanya orang yang lebih layak ya…
ada sesiapa kat sini yang mampu menterjemahkan
laras bahasa undang-undang ni dengan lebih mudah difahami?

Pada 8 Julai tahun lalu, Ambiga dan 13 ahli memfailkan permohonan
semakan kehakiman bagi membatalkan perintah Hishammuddin
yang mengisytiharkan gerakan itu sebagai pertubuhan haram dan
menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN)
dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Selain memohon perintah certiorari untuk
membatalkan pengisytiharan perintah itu, mereka juga mahukan satu deklarasi
bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.
Rohana berkata, walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0
adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan
sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu,
kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.

mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam
menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0
pada 28 April lalu tertakluk kepada syarat ditetapkan pihak berkuasa.
keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak
yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan
tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
Selain itu, tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon
walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu
selepas menteri membuat pengisytiharan.

"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan
yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011,
kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian,
jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad berkata,
beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dulu
sebelum mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.

Jadi, keputusannya dah tak haram ek?
Mmmmmm apa-apa je lah labu…asalkan tak terpesong akidah,
ubah ajelah berapa kali nak ubahpun
tapi kalau dah pesongkan akidah hingga boleh sebabkan murtad
jangan dok buat pasai…kang sekeh kepala baru tau!

Pertubuhan BERSIH 2.0 tu yang tak haram ya....adusssss!