Rabu, 27 Jun 2012

Finalis Konsert Akhir Kilauan Emas 2


12 semi finalis kilauan emas 2 telah berentap malam ini untuk menentukan siapakah finalis yang bakal beraksi di kemuncak kilauan emas 2 nanti. Mereka ini mewakili setiap zon kilauan emas 2 yang disiarkan secara langsung malam ini di astro prima (105) dan mustika hd (134). Senarai 12 semi finalis kilauan emas adalah seperti berikut:
1. Muari
2. Jumat
3. Iwan
4. Tauraht
5. Zauyah
6. Julaini
7. Fadzil
8. Fuad

9. Mona
10. Salina
11. Zul
12. Azri
*nama yang diwarnakan biru adalah senarai finalis yang bakal berentap di final konsert kilauan emas 2 nanti.

Awalnya, hanya 4 peserta sahaja dipilih, tetapi kemudiannya 2 orang lagi turut diumumkan untuk bersaing di peringkat akhir @ final konsert kilauan emas dua yang akan berlangsung minggu depan.

Peringkat zon dulu, malas jugak nak ikuti, tapi bila dah masuk separuh akhir tadi, nampak benar mereka ni sangat berbakat. Macam penyanyi profesional dah. Paling best sebab mereka nyanyikan lagu-lagu jiwang rock kapak dangdut tahun 80-an dan 90-an yang nostalgia. Sangat mengundang kenangan.

Kita tunggulah ya siapa bakal jadi juara kilauan emas 2 minggu depan…


Bila Suami Orang Mengejar…Apa Nak Buat?


ramai orang kata andartu macam aku hanya akan kahwin dengan suami orang
huh! Usah doakan ya…aku ni tak sesuai kahwin suami orang
bercinta dengan suami orangpun aku tak sanggup…
aku tamak, ketamakan itu akan buatkan dunia jadi huru hara

namun, bila suami orang mula mengejar
bukan mudah untuk mengelak
apa nak buat ya?


Isnin, 25 Jun 2012

Wanita Bersendirian Jadi Sasaran Perompak Bersenjata


Sekarang ni, ada cara baru penjenayah cari sasaran, iaitu
wanita yang bersendirian dan sedang menghampiri kereta
dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa kes jenayah
melibatkan wanita yang berseorangan diserang penyerang bersenjata.

Ahad lepas, seorang wanita hampir terputus jari
diserang berhampiran Taman Tun Dr Ismail jam 6.30 pagi
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields,
Assisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid
"Lelaki berkenaan berkulit hitam mengacukan pisau
meminta mangsa menyerahkan barangan berharga termasuk beg tangan.
wanita berkenaan berhenti di depan rumah rakannya di Jalan Datuk Sulaiaman
dan tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal menghampirinya.
dalam pergelutan itu perompak berjaya melarikan diri bersama beg tangan mangsa
manakala dua jari mangsa hampir terputus apabila suspek cuba menetak”

Kurang 32 jam sebelum itu, seorang lagi wanita turut diserang
dan dirompak kurang 9 kilometer daripada tempat tersebut dan
kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah.
wanita yang berusia lingkungan 20-an itu dikelar di kepala
ketika dia cuba masuk ke dalam keretanya di Mid Valley pada Jumaat,
wanita tersebut baru sahaja keluar dari lif berhampiran panggung wayang
pada pukul 10 malam semasa diserang. Mangsa bergelut
dengan suspek yang cuba merampas beg tangannya dan dia merayu
supaya tidak mengambil barangan tersebut namun mangsa ditetak di kepala.
Dia kehilangan iPhone, dompet yang mengandungi wang tunai,
kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad banknya
laporan polis dibuat pada pukul 4 pagi Ahad.

polis kini sedang menyiasat semua kes di bawah
Seksyen 395 Akta Kanun Jenayah atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata
Pihak pengurusan Mid Valley City Sdn Bhd berkata
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian serangan
dan rompakan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Kes-kes yang melibatkan wanita menjadi sasaran perompak
dapat perhatian apabila seorang pedagang saham Internet, Chin Xin-Ci
menulis di Facebook mengenai serangan dan cubaan menculik
yang dilakukan oleh dua lelaki ke atasnya di sebuah pusat beli belah

Mmmmmm seram sejuklah pulak rasanya
tak kanlah macam tu sekali tak selamatnya berada di negara kita ni
nak pergi pusat beli belah pun rasa tak selamat?
biar benar, ada CCTV pun belum jadi jaminan keselamatan?
sebelum ni, aku sangat suka dan akan cuba pilih park kenderaan
di tempat yang luas, dekat dengan CCTV dan tak terlindung dek tiang
kononnya tempat macam tu boleh elak kejadian sebegini
rupanya anggapan tu tak betul sangat
kalau nak beli barang sekupang dua pun nak kena berteman
rasa macam peliklah pulak
nak kena cari body guard yang body ketul-ketul ni
ada sesiapa nak bagi perkhidmatan percuma?

kepada semua perempuan yang selalu keluar bersendirian,
sila tambah sikit tahap kawalan keselamatan diri ya
beringat sebelum kena, kalau nak kena juga memang tak boleh kata apa
tapi kalau sentiasa cuai...dan tiba-tiba berlaku
rasa menyesal juga kan?


Sindiran Maut Laman Sosial


Dah baca Harian Metro tak hari ni?
gara-gara maki hamun, sindir menyindir dan kata mengata
di facebook, seorang remaja berusia 17 tahun dibelasah dan ditikam hingga mati
oleh empat lelaki di Taman Flora, Batu Pahat malam kelmarin.

kejadian jam 10 malam itu, mangsa, Aw Soon Ming didekati
empat suspek berusia 17 hingga 20 tahun di tempat letak kereta
sebuah pasar raya dan bertanya mengenai lelaki bernama Kelvin
yang dikatakan kawan mangsa kerana tidak puas hati
dengan kata sindiran yang ditulis di laman facebook.
“Berlaku pertengkaran sebelum suspek mengetuk kepala mangsa.
Mangsa yang berang kemudian menghamburkan kata kesat,
menyebabkan keadaan bertambah tegang sebelum mangsa dibelasah
dan ditikam senjata tajam dipercayai pisau,” kata
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad
Inilah namanya, lembu punya susu sapi dapat nama
kawan punya hal di facebook, dia pulak kena bunuh hu hu hu

Fuhhhhh! Macam dalam filem pulak!
kalau aku kata filem boleh beri kesan negatif kepada masyarakat
orang filem akan kutuk aku
tapi pernah tak kita analisis bahasa budak-budak sekarang?
tak ubah macam bahasa dalam filem-filem...kalau anak buah aku
dah lama kena lempang hu hu hu nasib baik dok sedar
tak boleh lempang anak orang sesuka hati
anak sendiri pun tak boleh lempang sesuka hati ya
kang depa buat aduan kena dera pulak
dah tua-tua nanti jangan nak meroyan kata anak derhaka
bila kena hantar ke rumah orang-orang tua
errrr apa yang aku melalut ni?
Mmmmmm anggap sahaja kacau bilau bahasa sebab migrine!


Jumaat, 22 Jun 2012

Doakan Kajol Kembali Ke Pangkal Jalan


Aku memang suka lagu-lagu dikir barat
Tak kira yang jenis moden, klasik, dikir patani ataupun irama bollywood
Tak kesah Seman Wau Bulan, Daud Bukit Abal, Cikgu Sulizi, Ropi
Zaidi Buluh Perindu, hinggalah Man Khan dan Halim Yazid...
memang naik angin bila dengar dikir barat ni
tak pun dengan suara merdu Faridah, ROSALINDA, adik wani
hinggalah penyanyi bergetah lain dalam kumpulan Jaguh
Elyana, Ezrin...kalau nak sebut memang tak habis

Masa pergi UM jumpa penyelia pagi tadi
Terpandang akhbar, ada gambar Kajol...
Awalnya ingatkan Kajol heroin Shah Rukh Khan tu
Rupanya Kajol si penyanyi dikir barat moden terkenal tu..

‘Kajol’ atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26 kata
“Saya akan cuba insaf” selepas Mahkamah Tinggi Syariah
menerima rayuan berhubung sabitan hukuman penjara sebulan
oleh Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah, tahun lalu bersabit tuduhan
“berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai”
di tapak ekspo, 15 April tahun lalu.
Tahun lalu Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah menjatuhkan hukuman
penjara sebulan dan denda RM1,000 atau
lima bulan penjara jika gagal membayar denda.
Dia menjelaskan denda tersebut dan mengemukakan rayuan
supaya hukuman penjara itu diketepikan.

Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya
bagaimanapun menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu
selama setahun dengan syarat “Kajol berkelakuan sopan” dalam tempoh itu
iaitu, tidak ada kesalahan sama berbangkit.
Jika perayu gagal, maka hukuman akan terlaksana.

Mohd Hafiz adalah Orang Asli suku Temiar dari
Rancangan Penyusunan Semula (RPS) Orang Asli, Kuala Betis, Gua Musang.
Menurutnya, dia akan cuba berubah dan mengurangkan aktiviti
persembahan dikir barat...
“Saya akan cuba insaf secara perlahan-lahan, kalau hendak secara mendadak
saya tidak pasti tetapi perkara yang berlaku ini memberi pengajaran kepada saya,”

aku setuju sangat keputusan Pak Hakim yang berpandangan jauh ni
beri Mohd Hafiz peluang...beri dia dorongan
bukan semua perkara jadi baik dengan hukuman
sama-samalah kita doakan agar Mohd Hafiz ni diberikan lebih kekuatan
bukan mudah nak jadi baik, nak kembali ke jalan yang benar
pasti akan banyak cobaan, ujian dan setan-setan yang
cuba menariknya kembali ke arah tak betul
Jadi jahat sangat mudah, nak jadi baik tu yang susah
Orang macam Mohd Hafiz ni lah patut kita dorong,
kita dekati dan berkawan moga-moga membantu dia
bukannya kita kutuk, hina, sindir, perli atau sisih
kita bukanlah sesiapa untuk menghukum dia
sebab kita sendiripun belum tahu lagi masa depan akan bagaimana